Acar Buah Bambangan
3:38 PTGLeka mengutip buah berangan,
Dipanah mentari kilat memancar,
Terlihat bergolek buah bambangan,
Baiklah mari kubuat acar.
Ada 2 biji buah bambangan di dalam bakul di sudut dapur. Dari sehari ke sehari kulitnya semakin menyusut, aromanya semakin menghilang. Hanya dijeling-jeling dengan ekor mata.... padahal sewaktu membelinya di Kundasang bukan main terujanya nak buat sambal itu ini....
Petang kelmarin, sambil memanggang ikan cencaru... tiba-tiba tergerak hati untuk mengupas buah yang terbiar itu. Hiriskan itu ini, tambah itu ini... Akhirnya jadilah Acar Buah Bambangan. Bila diletak atas meja, Encik Suami terus meratahnya....
1 biji buah bambangan - kupas kulit dan cincang isinya
1 kuntum bunga kantan - hiris nipis
2 biji cili hijau - hiris nipis
10 biji cili padi - hiris nipis
5 biji bawang merah - kupas kulit dan hiris nipis
2 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
2 sudu makan cuka
1/2 cawan kacang gajus goreng - tumbuk kasar
Cara:
1. Campurkan cincangan isi bambangan, bunga kantan, cili hijau, cili padi, dan bawang merah dalam sebuah bekas.
2. Tambahkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati hingga mesra.
3. Taburkan kacang gajus tumbuk ketika menghidangkannya.
10 comments
tertelan air liur sendiri bah tengok bambangan ni Mie, dah macam rojak la pulak kan ada kachanggg tu
BalasPadamMasya'Allah..
BalasPadamInilah kali pertama K.Sham baca 'buah bambangan'.
Memang kena google jugak la utk more info.
T.kasih Amie sudi kongsi info.
1st time dgr nama buah bambangan..nnt kna tnya cik google rupa parasnya hehee..
BalasPadamnmpk sedap acar kak amie..rs nk terkam jee hehehe
Kerana entri ni, gigih saya pegi Google. Rupanya macam buah mangga tapi kulit sedikit keras, warna coklat macam ciku. Isi macam buah kuinin.
BalasPadamWahhh yang muda tu sedap la buat acar. Kena rajin belajar lagi ni...
Assalam kak amie..nmpk menarik acar buah bambangan tu.
BalasPadamKalerful gitew
Saya tak pernah tengok lg buah bambangan ni camana rupa parasnya..atau pun kat tempat saya lain nama panggilannya
Baca pun dah terliur, mesti sedap tu kan
BalasPadamwah, sedapnya wana tengok tu membangan kak amie..adei, terliur baa... :)
BalasPadamKak Noor,
BalasPadamkacang tu sesaja je nak goda Kak Noor ha hahahaa...
Shamsiah,
tak pa... tambah info.
Yana,
entrei sebelum ini pun Kak Amie pernah paparkan sambal bambangan.
Azieazah,
BalasPadamya... betul tu... kulitnya keras, isinya kaau tua bersabut.
Lina,
waalaikumussalam....
agaknya ada nama lain kot..
Suriya,
bagi yang menyukainya... tentu sedap.
Bbwana,
susah sikitlah nak dapat buah bambangan...
Salam Amie..
BalasPadamsedapnya nmpk acar buah bambangan..
sama ke buah ni dengan buah macang?