Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 9) : Perjalanan (I) Dari Pondok Timpohon ke Laban Rata
8:07 PTG
Kamsiah merupakan peserta ekspedisi pertama yang melangkah kaki melepasi pintu pagar Pondok Timpohon.... 9.11 minit pagi. Di belakang Kamsiah sudah tentulah Amie.... penembak jarak jauh dan dekat! Kadang-kadang terkena sasaran, kadang-kadang tersasar dari landasan... apa pun, sekurang-kurangnya dapatlah Amie abadikan laluan 'keramat' yang kita sama-sama jejaki ye kawan-kawan ekspedisi! Mudah-mudahan ia akan menjadi kenangan indah dalam hidup kita.
Dan di belakang Amie yang sedang menuruni anak-anak tangga ialah Mimie, Darwisah, Akmi, Cynthia dan Pyan.
Wah! Mimie sudah siap sedia dengan tongkat saktinya!
Antara laluan pendakian di kaki gunung.... anak sungai, jambatan dan air terjun. Minta maaf, gambar tak berapa jelas, sebab nak cepat dan keadaan dalam hutan yang agak gelap dan suram disebabkan cahaya matahari tidak dapat tembus sepenuhnya ke permukaan laluan.... he he heheh dengan kata lain tak berapa pandai nak menembak! Lagi pun kita nak mendaki... menembak tu kerja sampingan jika ada kesempatan.
Ada ketikanya kami melalui trek yang sempit begini....
Siapalah itu di belakang Kamsiah... mungkinkah Bellylyn?
Wokeeyyy... Jill! Teruskan pendakian. Harap-harap kaki tak kejang... dan harap-harap lagi akan segera sampai ke Laban Rata!
Wadeeedeeehhhh.... Nano... nape nie?
Baru 9.34 minit pagi sayang oi.... teruskan pendakian!
Kalau tak silap mata memandang, dan kalau tak lupa ingatan... yang tengah mendaki dah sampai atas dan toleh belakang ke bawah tu Misa! Wah! Hebat ko Misa.... nampak gagah... ni mesti sebab selalu cabut kacang tanah dan angkat labu manis di kebunnya! Sorang aje ye Misa?
Dah Misa... jangan pandang belakang! Nanti lambat sampai! Yang di belakangmu itu kura-kura.... kamu tu arnab ha ha hahaha!
9.40 pagi... terserempak dengan Suderajat. Berapa kali aku terserempak dengan budak Ijat ni.... bual-bual kejap sambil lepaskan lelah. Lepas tu Ijat pun teruskan pendakiannya.... sian Ijat. Baru baik dari sakit. Katanya tak sempat buat latihan sebelum mendaki. Berbekalkan semangat yang kuat... moga Ijat sampai ke puncak gunung!
Adakalanya trek mendatar.... ini yang buat kita menarik nafas lega setelah tercungap-cungap mendaki dan memanjat tangga dan batu-batu curam!
9.46... hentian pertama, Pondok Kandis. Jumpa Ijat lagi.... rehat-rehat dan isi perut katanya. Kata Ijat, Nano dan Bell ada di belakang. Selepas itu terserempak dengan Anwar, dan katanya lagi Nano dan Bell masih di belakang.....
Dan laluan seterusnya.... bagaikan plot kehidupan. Naik, turun, mendatar, landai, curam...
9.52 pagi.... terserempak dengan Malim Gunung dan pelancong yang baru turun dari pendakian. Wah! Cepatnya sampai.... pukul berapa mereka bertolak dari Laban Rata?
Dan seperti mendaki sebelum ini, pemandangan inilah yang Amie tunggu-tunggu.... penduduk tempatan tidak kira wanita atau lelaki mengangkut barang di atas pundak!
Wanita tempatan ini menggunakan segenap tenaganya mengangkut barang dari kaki gunung ke Laban Rata.
Amie: Bawa apa tu?
Dijawabnya : Bawa makanan kamu..... (amat lembut halus perlahan suaranya).
Amie beriringan di sebelahnya. Wanita tersebut tetap menundukkan kepalanya, mengerah seluruh kudratnya. Ada beberapa bungkusan beras di dalamnya, bertutup dengan plastik hitam, mungkin sebagai persediaan sekiranya hujan, barang yang dibawa tidak basah.
Amie: Berapa kilogram?
Dijawabnya : 25 kilogram saja.
Amie : Saja?
Insaf!
Betapa halalnya rezeki yang dicari dan diperolehinya.... dari penat lelahnya! Sempat juga Amie bertanya bahan apa yang dibawah oleh lelaki tempatan.
Jawabnya : Daging.
Amie sempat intai di dalam keranjang yang dipikulnya... lamb!
Amie tanya : Berapa kilogram?
Jawabnya: 30 kilogram.
Oh!!!!
Pandangan Amie beralih ke trek kembali. Laluan ini agak sempit, tetapi suasana nampak ceria disebabkan terangkan sinaran matahari. Langit kelihatan biru, awan yang cerah dan banjaran gunung yang bersambung-sambung mengindahkan lagi landskap alam ciptaan Yang Maha Esa ini.
Walaupun sudah 'kehilangan' kawan-kawan ekspedisi, tetapi Amie tidak kesunyian kerana seringkali berpapasan dengan pendaki yang baru turun dari Laban Rata dan juga pendaki-pendaki lain yang sama-sama naik.
Amie hanya mampu menembak periuk kera yang berhampiran sahaja.
Bila terlihat periuk kera yang besar-besar, berwarna merah cantiktetapi bergantungan di bahagian dalam hutan, Amie padamkan hasrat untuk mendekatinya.... Amie pandang sahaja dari jauh! Dah tembak tapi hasilnya tak memuaskan. Simpan sajalah untuk kenangan sendiri!
Dan.... oh!
Inilah yang Amie nanti-nantikan!
Di hadapan Amie, seorang lelaki tempatan sedang memikul tong gas kosong menuruni tangga trek!
Di tangannya ada sebotol air... botol kecil! Barangkali di setiap pondok perhentian, diisinya semula botol kecil itu dengan air gunung!
Ya... Allah!
Amie sudah berjalan sejauh 1.5 kilometer rupanya.
Bermakna Amie perlu mendaki sejauh 4.5 kilometer lagi untuk sampai ke Laban Rata. Jam menunjukkan pukul 10.27 pagi, dan pada ketika itu jika dinilai, Amie termasuk dalam kategori pendaki normal iaitu antara 3 hingga 6 jam untuk sampai ke tempat penginapan. Kali pertama mendaki Amie sampai pada pukul 1 tengahari, dan kali kedua pada pukul 3 petang. In shaa Allah... jika tiada aral melintang, Amie akan sampai antara pukul 3 hingga 4 petang.
Tiba-tiba Amie teringat Nano dan Bell!
Kenapa belum nampak kelibat mereka?
Kam, Darwisah, Mimie dan Misa sudah lama berlalu.
Jill sudah lama meninggalkan laluan ini
Akmi, Azman, Junizam, Jamasri, Cynthia, Ramlee, Pauzan, Faiz & Pyan juga sudah jauh mendaki.
Anwar juga... siap bercakap... ada Nano sama si Bell di belakang sana.
Ijat juga... katanya ... Kak, saya jalan dulu. Kak Nano sama Kak Bell ada di belakang sana.
Bersambung....
Kam, Darwisah, Mimie dan Misa sudah lama berlalu.
Jill sudah lama meninggalkan laluan ini
Akmi, Azman, Junizam, Jamasri, Cynthia, Ramlee, Pauzan, Faiz & Pyan juga sudah jauh mendaki.
Anwar juga... siap bercakap... ada Nano sama si Bell di belakang sana.
Ijat juga... katanya ... Kak, saya jalan dulu. Kak Nano sama Kak Bell ada di belakang sana.
Bersambung....
Entri berkaitan dengan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu:
CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?
CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?
2 comments
Berbaloi juga usaha kita naik ke atas tu bila tengok keindahan puncak. Fuh!
BalasPadamPerasaan berkobar-kobar untuk mendaki lagi seletah baca entri ini...yes, nak kena plan ini selepas 20 tahun apakah stamina masih seperti dulu...sampai laban rata sebelum jam 1.
BalasPadam