Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 11) : Perjalanan (III) Dari Pondok Timpohon ke Laban Rata

1:03 PG

Ketika ini jam menunjukkan pukul 3.07 minit petang.

Perut berasa amat lapar! Dalam tempoh enam jam perjalanan, alas perut hanyalah sekadar roti sandwich dan sebiji epal bersama bekalan sebotol kecil air mineral!

Entah berapa kali tertoleh-toleh ke belakang mengharapkan kemunculan Nano bersama Bell. Akhirnya Amie duduk bersebelahan dengan batu besar ini.... dan keluarkan sebungkus kecil biskut kering!

Ahamdulillah.... beberapa minit kemudian muncul kelibat Bell....

Dengan penuh setianya Nano tetap mengiringi dari belakang....


                                               Bell yang penuh semangat....!

Inilah biskut yang Amie ada... ada lebihan 2 bungkus. Kami pun makan bersama. Nano memujuk Bell supaya mengisi perutnya yang kosong.... Bell makan sekeping biskut sahaja!

Dan inilah bekalan air yang kami ada! Botol air Amie sudah kosong! Amie minta seteguk air mineral Nano... yang sebenarnya hanya untk 2 teguk sahaja. Air mineral Bell masih ada setengah botol.
Kami membiarkan Bell meneruskan langkahnya mendahului kami.
Kenapa saya sanggup bersabar kak? Tanya Nano.
Engkau memang sangat penyabar... (dalam hati Amie katakan begini: bukan saja kucing-kucing di sekolah kau sayangi, tapi manusia lebih-lebih lagi kau jaga).
Apa hikmah di sebalik kesabaran ini kak? Tanyanya lagi.
Tentulah banyak hikmahnya.... kita akan lebih memahami erti perikemanusiaan... sahut Amie.
Semangat setiakawan.... kan kak? Sambung Nano.
Nano angkat kedua belah tangannya:
Ya Allah ya Tuhanku! Semoga sifat sabar yang Engkau kurniakan padaku ini, banyak hikmah tersembunyi yang akan aku perolehi. Amin..... Nano meraup kedua tapak tangan ke mukanya.
Jom... Bell sudah jauh tinggalkan kita... dan kami atur langkah di belakang Bell. 
Nano... apa kata aku naik dulu, minta bantuan kawan-kawan hantar makanan untuk Bell. Nampak Bell tak bermaya...
Alaaaa.... takkan nak tinggalkan Bell sorang-sorang....  

Pada ketika ini.... apa khabarnya kawan-kawan yang lain?


Sebahagian besar daripada mereka sudah sampai ke tempat penginapan di Laban Rata, dan menanti masa untuk menikmati hidangan....


Kami difahamkan hidangan boleh dinikmati pada pukul 4.30 petang hingga 7 malam sahaja! Cuma... harapan kami, kalau kami belum sampai pada masa tersebut, adalah rakan-rakan yang sudi membungkus makanan untuk kami....

Pukul 4.40 minit petang, kami tiba di Pondok Villosa. 

Tumbuhan semakin renek dan membantut, suhu semakin dingin! Perut yang mula kerap berkeroncong, dengan kata lain... sudah masuk angin, membuatkan tubuh berasa semakin lemah! Memandangkan air mineral habis tak bertitis... Amie tekadkan hati isi botol kosong itu dengan air gunung!

Berehat sebentar... mencari kekuatan dan mengumpul semangat!
 Come on Bell!

 Pemandangan ke bahagian atas dari Pondok Villosa.
Bahagian atas Gunung Kinabalu sudah kelihatan dengan jelas!

Pemandangan di kiri dan kanan jalan terus dari Pondok Villosa.

Setelah menempuh perjalanan di atas laluan batu kuning dari persimpangan laluan Mesilau - Timpohon, warna kuning batu semakin lama semakin pudar dan bertukar warna kelabu kehitam-hitaman. Pokok-pokok renek kelihatan semakin aneh....
Tiba-tiba Nano berjalan mendahului Bell dan terus duduk di tengah-tengah laluan. Dikeluarkannya bungkusan kacang yang hanya tinggal sedikit...
"Inilah kacang terakhir untuk isi perut!" Kata Nano.
Sebenarnya waktu itu perut Amie sudah tidak tertahan lagi menanggung kelaparan.... tapi tak sampai hati nak minta kacang yang sudah pastinya hanya tinggal beberapa biji dalam bungkusan yang dipegang Nano itu!

Bell tetap mengatur langkah. Perlahan, dan berhenti sebentar.... kemudian berjalan lagi, berhenti lagi... Dan ketika ini jam sudah menunjukkan angka 5.24 minit petang!


Oh! Bell....

5.40 petang.
Nano & Bell berehat seketika di Pondok Paka.... pondok terakhir sebelum sampai ke Laban Rata!

Ada waktu tertentu Bell akan menyandarkan badannya di atas batu....

Ketika ini... hari sudah hampir senja!
Pukul 5.55 minit petang... dan bermakna sebentar lagi kegelapan malam akan menyelubungi kawasan! Dan Bell...  tertidur di atas batu!

P/S: Whatsapp Group XPDC 15.02.2015
Nano : Dar... Misah or Kemi... tolong tapau makanan kami sebab kami kelewatan ni n starving. (13:49)
Nano  : Tolong ye... (13:49)
Nano  : Kami 3 orang di blkg ni akak kak Salami n Bell... plss ya (13:49)
Along Jr : ok... (14.25)
Akmi  : ok kak Nano
            saya sampai suda
            mau solat
            nt trs dtg blk , boleh muat 8 org (14:30)
Echafirah : Bru smpi kak... nnt kmi tapaukan (14:54)
Nano   : Kami jauh lagi ni baru jak naik dr lyg lyg ni 3 jam br sampai (15:27)
Echafirah : Caiyok cgu Salami Kak Zana, Kak Kam, Bell (15:45)
Echafirah : Cgu Salami, Kak Zana n Bell di mana sdh? (18:01)
Mimie  : Sapa lelaki dpt tolong Bell pimpin dia. Dia suda x larat jln 200 meter ke bawah (18:22)
Akmi    : Along ooo Along
              Jill ooo Jill (18:24)
Along JR : ok.. aq & Jill pg ambil (18:28)

1 comments

  1. Kesiannya dia kak ami.. Penat sgt ye.. Harap2 tak pudar semangat ye. Sy pun teringin nak ulangi pengalaman mendaki. Mungkin akan pancit kalau umur skrg ni.. Hehe..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe