Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu (Episod 14) : Menuju Puncak!
10:04 PTG Biarlah gambar-gambar di bawah ini yang berbicara!
Misaaa......!
Oh! Tuhan.... akhirnya aku berguling-guling di dadamu... Kinabalu!
Kenal tak?
Tak kenal pun tak apalah...
Jom kita turun....
Cynthia... selamat kembali ke Laban Rata....
Wajah nan lesu.... Jamsari... Akmi & Fauzan.
Tapi penuh dengan kemenangan!
Jill...
Bersihkan diri.
Berkemas.
Bersedia untuk turun ke Timpohon Gate.
Tapi isi perut dulu.
Selamat tinggal Aki Nabalu!
Dan banjaran gunung yang sekejap ada sekejap tiada kerana disaput awan!
Suasana sebentar terang benderang, seketika kemudian kelam diselimuti kabus!
Semangat setiakawan yang tak pernah pudar!
Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Ilahi!
Bell...
Ingat pesan Nano kelmarin... saat kau lesu, tak bermaya & tika jantung berdebar kencang!
Baca selawat... mulakan dengan langkah kanan... pesan Nano itu tak mungkin kau lupakan ... kan Bell?
Bell mendahului kami...
Ada beberapa orang rakan lain yang belum sampai ke tempat penginapan.
Dalam hati, dalam ingatanku... terbayang-bayang wajah Darwisah.... wajah Kamsiah... silih berganti! Sama seperti petang kelmarin... saat kami bertiga masih berada di pertengahan jalan!
Kam... aku sudah tunaikan janjiku padamu... janji kita untuk sama-sama mendaki gunung sebagaimana yang pernah kita lafazkan tahun lepas DI SINI. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan padamu dalam perjalanan turun dari puncak.
Darwisah... masih terngiang-ngiang di telinga ini saat kita mula berlepas untuk meneruskan pendakian... Cikgu... mari Cikgu... kita jalan di depan. Kita naik sama-sama!
Walaupun ketika itu kita kelelahan... dingin... beku... kurang oksigen... dan dalam gelap dinihari, hanya samar-samar lampu di kepala, kedengaran di sana sini desah nafas para pendaki mencari oksigen yang semakin lama semakin berkurangan! Dar... semangatmu tiada tandingannya!
"Kamsiah dengan Dar tak sampai lagi rupanya...", tiba-tiba Nano mengejutkan lamunan.
"Nanti jumpa juga kita di perjalanan..." Amie menyahut.
"Saya tak sabar nak jumpa Darwisah..." sambung Nano lagi.Dalam ramai-ramai rakan pendaki yang turun, memang kelibat mereka berdua belum kelihatan!
"Saya nak peluk diorang, " kata Nano lagi.
"Saya pun...."
Ketika itu... sibuk mengambil gambar pemandangan tapi kedudukan Amie tidak stabil. Tiba-tiba jatuh berguling di atas batu dihempap beg sandang.... adeeehhh kameraku! Syukur kameraku tak cedera (malam harinya di tempat penginapan barulah Amie tersedar lutut Amie luka terhentak di atas batu. Wah! Parut luka itu akan aku jadikan kenangan! Bukan senang nak dapat memori indah seperti ini!
Tiba-tiba teringat usik-usikan kami sewaktu bersama-sama mendaki Gunung Silam... kalau yang kurus jatuh tersangkut di ranting pokok, kalau yang bulat jatuh berguling-guling ke kaki gunung! Haaa... betullah tu... akhirnya berguling-guling juga diri ini di atas batu hitam!
Bersambung.....
Entri berkaitan dengan Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu:
CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?
CUTI-CUTI MASAK : LALUAN MENAWAN GUNUNG KINABALU
EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU : HASRAT CIKGU MUNIM
MEMBAWA SEMANGAT CIKGU MUNIM DALAM EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU
PERSEDIAAN & PERSIAPAN SEBELUM MENDAKI GUNUNG KINABALU
PERJALANAN LAHAD DATU-KUNDASANG
TAMAN KINABALU
BERTEMU MALIM GUNUNG & BERTOLAK KE TIMPOHON GATE
PONDOK TIMPOHON & SELAMAT MENDAKI
PERJALANAN DARI TIMPOHON KE LABAN RATA
MENDAKI KE LABAN RATA
BERMALAM DI LABAN RATA
DARI LABAN RATA KE PUNCAK KINABALU
MENAWAN PUNCAK KINABALU
TURUN DARI PUNCAK GUNUNG KINABALU
CERITA SELEPAS PENDAKIAN
DARI GUNUNG TURUN KE LAUT
BERSANTAI DI PULAU SAPI & PULAU MANUKAN
SEMALAM DI KOTA KINABALU
BILA NAK MENDAKI GUNUNG KINABALU LAGI?
4 comments
Beruntung siapa yang dapat naik atas tu kan!
BalasPadamTahniah Amie...bestnya saya membaca catatan Amie tentang Ekspedisi Menawan Puncak Kinabalu ini, semuanya saya baca.
BalasPadamSaya masih ada keinginan untuk mendaki Gunung Kinabalu ini, walaupun sudah lama saya pencen dgn aktiviti2 lasak ini..
Doakanlah semoga impian saya tercapai yer...
BalasPadamTahniah Amie. Hajat hati bulan 9 ni nak mendaki lagi. semuga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan. Dah nak masuk 5 series ni...insyaallah.
cantik2 gambar. dah jugak sampai...sy penah panjat gunung tebu aje, di terengganu
BalasPadam