Resepi Amie's Little Kitchen Dalam Majalah AROMA Januari 2013

by - 2:34 PTG

Assalamualaikum.
Jumpa lagi di petang Jumaat nan redup dan nyaman! Khas buat rakan-rakan blogger dan pengunjung yang setia bertandang ke Amie's Little Kitchen, Amie hulurkan sekalung penghargaan dengan paparan resepi Amie yang dimuatkan dalam Majalah AROMA Edisi Januari 2013.


Biasanya majalah ini akan sampai ke Lahad Datu pada minggu pertama setiap awal bulan dalam jumlah yang sangat terhad. Jadi, Amie kenalah sabar menunggu dan sempat berpesan dengan anak buah yang bercuti di KL supaya membeli beberapa naskhah. Anak buah Amie dijangka terbang dari KL esok. Mungkin rezeki Amie di pagi Jumaat, sebelum mesyuarat bermula seorang rakan sekerja menghulurkan 2 naskhah majalah AROMA. Terima kasih Ustaz Hasnan, kerana walaupun di Terengganu banjir dan jalan terputus dari tempat kediamannya, tetapi sempat juga dia singgah di Kuantan dan dapat membawa pulang ke Sabah majalah ini.


Alhamdulillah, terima kasih kepada wartawan Majalah AROMA, Cik Suria kerana sudi menghubungi Amie untuk mendapat beberapa resepi dari Amie's Little Kitchen. Resepi Lempeng Pisang Jagung Berkrim di atas merupakan resepi yang pernah Amie paparkan di dalam blog tetapi Amie perbaiki penampilannya untuk kali ini. Resepi asalnya DI SINI - LEMPENG PISANG PALING SEDAP! Resepi di bawahnya pula Buah Melaka Keledek Dwiwarna, merupakan resepi baru yang Amie hasilkan dan belum pernah dipaparkan dalam blog.


Antara resepi lain termasuklah resepi Ikan Kerapu Kukus Cendawan, juga belum pernah Amie kongsikan dalam blog. Begitu juga dengan resepi Bubur Nasi Laut China Selatan dan Nasi (sebenarnya Nasi Goreng) Hujan Panas akan Amie kongsikan kemudian. Manakala resepi Ikan Putih Panggang Sambal Tomato & Ulam-Ulaman merupakan menu yang biasa Amie paparkan tetapi sebelum ini Amie belum pernah gunakan ikan putih.


Menu seterusnya ialah resepi Sup Ayam Mak Nan, yang juga belum dipaparkan dalam blog. Resepi Nasi Kuning Sambal Ikan Tongkol merupakan resepi yang biasa Amie paparkan tetapi kali ini Amie tambahkan serunding, dan ini merupakan menu yang terkenal di Negeri di Bawah Bayu sebagai hidangan sarapan pagi. Resepi terakhir yang dipaparkan ialah resepi Nasi Ayam Panggang Madu yang merupakan hasil olahan dan ubahsuai dengan menggunakan bahan-bahan seperti minyak zaitun dan juga jus lemon.


Mungkin sedikit berlaku kesilapan teknik kerana di bahagian hadapan majalah ada tertera gambar (di atas gambar Lempeng Pisang Jagung Berkrim) ialah resepi terakhir Amie, yang ke 10 iaitu Salad Aneka Ria, tetapi di bahagian dalam majalah tidak ada keterangan resepi dan gambarnya. Apa pun Amie cukup bersyukur dan berterima kasih kerana Majalah AROMA sudi memaparkan resepi Amie dalam bentuk cetakan. Terima kasih sekali lagi untuk Cik Suria. 9 resepi yang tertera sudah cukup menggembirakan buat Amie, Encik Suami dan anak-anak serta rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan buat Amie!

Buat rakan-rakan pengunjung yang budiman.... Paparan ini Amie tujukan khas untuk anda!!!!! 


You May Also Like

44 ulasan

  1. Assalamualaikum...
    Wah...hebat rupanya kawan blog ckLah ni. Tahniah...tahniah!


    Tumpang bangga ni! Semoga maju jaya lagi tau!

    :D

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum...
    Wah...hebat rupanya kawan blog ckLah ni. Tahniah...tahniah!


    Tumpang bangga ni! Semoga maju jaya lagi tau!

    :D

    BalasPadam
  3. wow... best nye amie.. tahniah dah di sunting rupanya... :) berbaloi2 kalau hasil air tangan kita di iktirafkan ye... seronok.. tumpang amie gembira.. :)

    BalasPadam
  4. amboiii kak...dah masuk majalah...tahniah kak...saya pun kenalah dapatkan juga majalah AROMA ni...selamat tahun baru kak!!

    BalasPadam
  5. Tahniah, semoga banyak resepi menarik akan muncul nanti.

    BalasPadam
  6. TAHNIAH kak Amie...moga lps ni akak lbih sukses n teruskan bkarya...

    BalasPadam
  7. tahniah kak..dah beli dah kak..saja wt kenang-kenagan jgk..myokong kawan2 blogger jgk..smoga lbh sucsess kak:)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. Wah, tahniah ya kak.. seronoknya bila akak dan resepi2 akak masuk majalah.. saya tumpang bangga.. tapi memang resepi2 akak semuanya best2.. mmg layak sangat masuk majalah.. sekali lagi tahniah ya kak.. semoga dapat terus berkongsi dengan kami resepi2dan gambar2 masakan akak yang cukup menarik tu..

    BalasPadam
  9. Tahniah Amie...seronok dan bangga tengok kawan2 blogger masuk majalah :)

    BalasPadam
  10. tahniah amie...
    tumpang bangga & sangat gembira dengan berita ini.. selangkah lagi amie ke depan moga lepas ni akan lebih lagi lamaran yg dtg... insyaAllah...

    BalasPadam
  11. ckLah,
    waalaikumussalam...
    terima kasih banyak ckLah...in shaa Allah, masih belajar masak-masak ni...

    Jassnani,
    terima kasih Nani... he he ehh kena sunting dah, alhamdulillah ada yang sudi menyunting resepiku!

    Yati Ali,
    terima kasih Yati.... mudah-mudahan masih ada di pasaran, selamat tahun baru juga Yati.

    BalasPadam
  12. Hazila,
    terima kasih... in shaa Allah.

    Qasey Honey,
    terima kasih... sama-sama teruskan usaha berkarya.

    Zila,
    terima kasih... moga sama-sama sukses dalam dunia yang kita minati ini.

    BalasPadam
  13. Hanis Azla,
    terima kasih banyak... terima kasih sentiasa memberi sokongan, mudah-mudahan!

    ZalinZalina,
    terima kasih ZZ... sama-samalah kita meriahkan dunia masakan tanahair.

    Madiha,
    terima kasih Madiha... sesungguhnya rakan-rakanlah penyokong utama untuk Amie terus masak2...

    BalasPadam
  14. Waa nampak muka Amie dalam majalah tu, gambar masakannya pun cantik2, rasanya pula ummi yakin memang sedap. Tahniah Amie,yang terbaik dari air tangan Amie, tumpang bangga dan bahagia..

    BalasPadam
  15. Ummiross,
    terima kasih Ummi cayanggg... muka Amie tu ada seribu cerita di sebaliknya... tak cukup tidur & letih menyiapkan resepi, nampak sembab & bengkak he he he...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum kak amie!! tahniahhh!!!!

    BalasPadam
  17. Tahniah amie, tumpang gembira dgn kemajuan ini, semoga terus maju jaya dlm bidang masakan

    BalasPadam
  18. syokkknyerr kak amie..hasil air tangan masuk majalah tu...kenangan terindah 2012 ni..hehe

    BalasPadam
  19. tahniah kak amie.. moga terus maju ya.. :)

    BalasPadam
  20. tahniah amie..selangkah lagi ke hadapan.

    BalasPadam
  21. Salam kak...tumpang gembira jugak...ada jgak resepi dr sabah masuk aroma bah...hihi...tahniah..semoga akak terus rajin berkarya :-)
    Tumpang glemer jap hihihi....nnti nk cari majalah ni..:-)

    BalasPadam
  22. waahhhh...faa turut rasa bangga sebab faa salah seorang peminat setia blog akak..tahniah kak!

    BalasPadam
  23. Sue@Nenie,
    terima kasih Sue...

    Rahel,
    terima kasih...

    Tun Telani,
    waalaikumussalam... terima kasih Tun!

    BalasPadam
  24. Rosa,
    terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa menyokong!

    Nens,
    terima kasih Nens... ada juga yang sudi singgah di dapur kakak.

    May,
    terima kasih May... sama-sama kita teruskan dalam bidang yang diminati ini.

    BalasPadam
  25. Whitecappuccino,
    terima kasih WC kerana selalu ikuti perkembangan di dapur yang seadanya ini.

    Sury,
    terima kasih... he he heh resepi nasi kuning ya... boleh dokomersoalkan bah itu... sedap ooo.

    Izahdaut,
    terima kasih izah.

    BalasPadam
  26. Faa,
    terima kasih atas sokongan...terima kasih kerana meminati blog kakak!

    Norzie,
    terima kasih Norzie.

    BalasPadam
  27. tahniah jg pd k.amie
    tumpang gembira dan rasa banggga
    memang resepi2 k.amie menarik dan sedap2 dan rajin pula tu

    BalasPadam
  28. Tahniah mbak ayu..mugo2 terus moro..

    BalasPadam
  29. Mama Sara Nur,
    terima kasih... sama-samalah kita hasilkan masakan untuk keluarga tersayang kan mama Sara.

    Rohah,
    terima kasih... yo ayok bareng2 toh...

    BalasPadam
  30. Asslmkum..
    Tahniah kak Amie..(^_^)

    BalasPadam
  31. ibh_sue,
    terima kasih ibh...

    BalasPadam
  32. tahniah amie..whoaa..kena dapatkn gak la..semoga terus & tetap hasilkan resepi best2 lepas ni.. :))

    BalasPadam
  33. Salam Amie Cayanggggg,
    Tahniah, tahniah dan tahniah. Tumpang berbangga dengan kejayaan Amie....

    BalasPadam
  34. TAHNIAH!!...Semoga lebih maju lagi..

    BalasPadam
  35. Congrats kak Amie, semua recipes nampak sedap sekali. Happy New Year to you.

    BalasPadam
  36. Tahniah buat Amie, seronok mendengar berita gembira ni..moga terus maju jaya dan berkongsi lagi resepi2 yg sedap2 pada kita semua...cayalahhhhh...

    BalasPadam
  37. Lesung Batu,
    terima kasih...sama-samalah kita hasilkan resepi yang best!

    Wattie,
    terima kasih Wattie cayangggg... tercium gak Wattie ye di celah2 hartum durian he he he ehh.

    Suzana,
    terima kasih... moga sama-sama maju.

    BalasPadam
  38. Sonia,
    terima kasih... happy new year 2013 to you too!

    Yatie,
    terima kasih Tie... resepi wong kampung!

    BalasPadam
  39. salam kak Amie... kebetulan terjumpa blog akak ni.. wah sukanya Aty ada mcm2 resepi.. mudah la nk masak lepas ni... apapun klau sudi, sila2 la jenguk & follow blog Aty ya... ada banyak perkakas dapur yg Aty amik direct dr Thailand & Aty juga akan start jual perkakas dapur yg up to date diret dr UK lepas ni... http://kamybiz.blogspot.com/

    BalasPadam
  40. Tahniah kak Salami.. Tumpang bangga la dgn cegu.. hehehe.. ;)

    BalasPadam