Oreo Chiffon Cake

6:16 PTG

Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Sesiapa yang tersesat atau memang merancang untuk datang ke Amie's Little Kitchen petang ini, Amie sajikan dengan Oreo Chiffon Cake dan secawan teh 'O' panas kurang manis. Oreo Chiffon Cake merupakan hasil air tangan Amie yang pertama dan kalau dilihat pada bekas potongannya memang sah tuan punya tangan kurang mahir memotong dan sudah tentulah disalahkannya pada pisau....  he he hehh belum memiliki pisau khas yang tajam untuk potong kek yang lembut & gebu!

Okey tak kejadian Oreo Chiffon Cake di bawah ini? Sebelum ini memang tahu makan saja tapi tak berhasrat untuk mempelajarinya tapi bila mengikuti kelas masakan tersebut rasa teruja pula untuk mencubanya apalagi bila guru masakan menerangkan tidak perlu sapu   sebarang minyak atau mentega pada dasar tin pembakar syiffon dan sebaik sahaja kek dikeluarkan dari oven hendaklah terus di telungkupkan dan jangan diusik hingga sejuk. Semalam termimpi pulak buat kek chiffon! Apalagi.... menjelang petang, (kebetulan anak-anak & Encik Suami tiada di rumah & Amie tidak sediakan hidangan tenghari), Amie pun mulalah buat operasi sendirian di dapur. Sejam selepas kek dikeluarkan dari oven, mereka pun pulang...... dan dapatlah kami menikmati bersama-sama sebiji Oreo Chiffon Cake yang memang sedap dan gebu!


Petang kelmarin, Amie menghadiri kelas masakan di The Baker's Shop. Selain belajar cara-cara membuat Oreo Chiffon Cake, Amie juga  berkesempatan sekali lagi menimba ilmu dalam dunia kek cawan. In shaa Allah di kesempatan akan datang Amie akan praktikkan resepi Cheesy Cheese Waltz Cup Cakes yang Amie pelajari kelmarin. Kononnya hari ini Amie dapat menyiapkan Kiwi Mousse Cheese Cake kerana selepas belajar petang kelmarin memang berkobar-kobar untuk mencubanya di rumah disebabkan rasa enak dan lazatnya kek tersebut. Memang semua bahan telah dibeli, termasuk kiwi filling tapi sayangnya sebiji buah kiwi tidak Amie temui di mana-mana pasar dan cold storage. Agaknya bekalan buah kiwi belum sampai lagi. Jadi Amie batalkan hasrat tersebut dan akan membuatnya pada masa yang lain.



Tentu ramai rakan-rakan blogger yang telah berpengalaman membuat kek chiffon. Amie saja yang ketinggalan jauh di belakang. Bagaimana pun di sini Amie ingin kongsi sedikit tentang asal-usul kek ini dan kepada sesiapa yang ingin menambah ilmu pengetahuan bolehlah klik di CHIFFON CAKE.

Selain itu, kepada sesiapa yang ingin mengetahui tentang asas dalam pembuatan kek chiffon bolehlah baca paparan di bawah ini.

Here are the Chiffon Cakes, mentioned in Chapter 1, which were first introduced at the original Derby more than twenty years ago
"Basic Chiffon Cake, Serves 16-20
2 1/4 cups sifted Softasilk Cake Flour
1 1/2 cups sugar
3 tsp. Baking powder
1 tsp. Salt
1/2 cup Wesson or Mazola Oil
5 medium-sized egg yolks, unbeaten
3/4 cup cold water
2 tsp. Vanilla
Grated rind 1 lemon (optional)
7 or 8 egg whites
1/2 tsp. Cream of tartar

Sift flour onto paper, then measure. Sift together into mixing bowl the flour, sugar, baking powder, and salt. Make a well in the center of ingredients and add, one at a time, oil, egg yolks, water, vanilla, and lemon. Beat with wooden spoon until smooth. Place egg whites and cream of tartar in large mixing bowl and whip until whites form very stiff peaks. Do not underbeat, as this must be much stiffer than for angel food or meringue. Pour egg-yolk mixture gradually over whipped egg whites, gently folding batter into whites with rubber scraper or heavy spoon until mixture is just blended. Do not stir. Pour into ungreased pan immediately. Bake in a 10-in. Tube, 4 in. deep, for 55 minutes at 325 degrees F. And then for 10 to 15 minutes at 350 degrees F. If a 9 X 13 X 2-in. Oblong pan is used, bake in 350 degree oven for 45 to 50 minutes. Cake is done when top springs back when lightly touched. Remove pan and immediately turn upside down, placing tube part over neck of funnel or bottle to cool. If loaf pans are used, turn upside down and rest edges on 2 other pans. Allow cake to hand, free of table, until cold. Loosen from sides of tube with spatula, turn pan over, and hit edge sharply on table to loosen."
---The Brown Derby Cookbook [Doubleday & Company:Garden City,NY] 1949 (p. 231)
[NOTE: the other recipes in this book are for Orange, Chocolate and Walnut Chiffon cake.]


Di bawah ini, Amie kongsikan bersama resepi Oreo Chiffon Cake untuk tatapan bersama. Antara bahan tambahan yang digunakan dalam resepi ini ialah biskut Oreo yang dikisar halus, dan jangan lupa buang intinya yang putih manis berkrim itu sebelum dihancurkan! Bahan lain termasuklah yogurt asli. Bagaimana pun yogurt boleh juga digantikan dengan perahan jus lemon. Tidak bubuh yogurt atau jus lemon pun tidak mengapa. Jika anda masih ragu-ragu atau baru berjinak-jinak untuk mencubanya, bolehlah gunakan tepung naik sendiri, dan tidak perlu lagi mencampurkan dengan baking powder.

Bahan A:
150 gram tepung gandum
4 gram baking powder - (ayak tepung bersama baking powder & garam)
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
100 gram yogurt
6 biji kuning telur - gred B (jika gred A atau AA gunakan 4 biji sahaja)
100 gram minyak (jagung / canola / zaitun dll)
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
6 biji putih telur
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
1 sudu teh krim tartar

Bahan C:
50 gram biskut Oreo yang telah dibuang inti dan dihaluskan / dihancurkan / dikisar

Cara:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
2. Pukul telur kuning bersama yogurt, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati. (Boleh putar pada kelajuan minima selama 1 minit.) Kemudian masukkan minyak dan gaul seketika hingga minyak  sebati.
3. Gunakan bekas lain untuk memutar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan pastikan bahan menjadi kental.
4. Masukkan Bahan B yang telah diputar tadi sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. Kemudian tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya  dan terus gaul hingga sekata.
5. Jangan lupa masukkan dan gaul sebati Bahan C , biskut Oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi.
6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. (Tahap kepanasan sesebuah oven / ketuhar biasanya bergantung kepada jenis, penggunaan bahan api samasa gas atau elektrik)
8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk (oleh kerana kek chiffon naik menggebu), eloklah gunakan penyucuk yang panjang seperti penyucuk lidi sate untuk memastikan keadaan sebenar kek. Jika lidi dalam keadaan bersih bermakna kek telah masak sepenuhnya.
9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon (bersama isinya) sehingga sejuk.
10. Gunakan spatula untuk menyisip bahagian tepi tin pembakar untuk memudahkan kek tanggal dengan sempurna.

Rasanya tidak sampai satu jam Amie telungkupkan tin pembakar chiffon kerana anak-anak sudah pulang dan tidak sabar-sabar untuk menikmati Oreo Chiffon Cake. Alhamdulillah, Amie tidak perlu menyisip tepian tin sebab kek begitu mudah tanggal!

Memang rasa sangat seronok apabila berjaya menghasilkan Oreo Chiffon Cake yang agak sempurna (pada pandangan Amie... he he he hehhh), dan pada masa yang lain Amie ingin hasilkan lagi menggunakan bahan-bahan lain seperti strawberry, blueberry, pandan, oren dan sebagainya. Harap pengalaman Amie ini boleh dikongsi bersama kawan-kawan. Mana-mana yang kurang betul itu mohon ditegur, maklumlah Amie baru berjinak-jinak dengan dunia ini.

15 comments

  1. Salam petang Kak Amie...waduh waduh...geramnya tengok kek cifon ni...gebu...akan ditry jugak ni....

    BalasPadam
  2. as-salam kak
    gebunye chiffon tu..mesti sedap kek chiffon kak amie..

    BalasPadam
  3. salam akak... npak sdp ni.. nti kalau ada masa nak cuba jgk laa...

    BalasPadam
  4. wow....gebunya kek cipon ni, ada biskut oreo lagi...mesti sedapkan....leh cuba ni, tq berkongsi resepi..nak cuba gaklah..

    BalasPadam
  5. salam, kak memang namPak gebu kek akk tu..mesti nk try nie, tq kak syer resePi kek cifon yg terbaru nie...tq kak atas doa akk kat sy..

    BalasPadam
  6. Memang nampak gebu dan lembut. Saya masih ada badi nak buat cipon kek ni. Asyik tak jadi je...

    BalasPadam
  7. aduh kak Amie...sedapnye lagi2 gebu2 oreo gitu...feveret gak tu oreo..dpt wat chiffon cake lagi mantap tu..kene try one day gak ni :)

    BalasPadam
  8. Gebunya...terima kasih berkongsi resepi.ada masa nak cuba jugaklah.

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..yana terlewat smpai sini..mst kek cipon yg gebus ni dh abis ^^..sedapnyaa..ada oreo lg

    BalasPadam
  10. Cantik kejadiannya tu Amie.Teringin nk mencubanya.Kek begini tk jemu memakannya.

    BalasPadam
  11. salam amie..
    aduhhhh duhhh.. rindu betul nak mencipon. Dah lama tak mencipon.. lately ni rasa mcm malas sungguh nak buat kuih muih... bagai dipaksa2 je kalau buat.. hehe.. tp bila tgk cipon amie tu teruja plak rasanya.. kek cipon kek feberet madihaa... sebab ia sedap, lembut & tak jemu dimakan...

    BalasPadam
  12. Mm...sedap nya...gebu sgt..x prnh lagi buat cifon kek ni...nnti nk try jgk...:-)

    BalasPadam
  13. alahai kak Amie... sedapnya kita tengok cake tu. tak pernah bake tapi teringin sgt nak bake. cuma tak berani sungguh if the outcome nanti tak seelok yg diidam. hak hak hak

    BalasPadam
  14. ada lagi ke...mas nk sepotong oreo chiffon cake dengan 3 keping biskut oreo nak makan dengan segelas air susu...sedapnya hehehe...

    BalasPadam
  15. Sedapnya, ummi suka chiffon kek, tau beli je, hehe..Tq kongsi resepi.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe