Ikan Layar Panggang & Sambal Bambangan

2:01 PTG

Assalamualaikum.
Dah makan tengahari? Kalau belum jom makan sama di dapur Amie. Hari ini Amie hidangkan Ikan Layar Panggang & Sambal Bambangan serta sayur bayam merah masak sup dengan hati ayam.... Wah! Sayur bayam boleh  tambah darah  bagi sesiapa yang menghadapi masalah kurang darah.


Resepi : Ikan Layar Panggang
Olahan : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
2 kepingan ikan layar
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh pati asam jawa
garam / perasa pilihan
aluminium foil / daun pisang

Bahan kisar:
3 biji cili kering
5 ulas bawang putih
3cm halia

Cara:
1. Perapkan kepingan ikan layar bersama kesemua bahan di atas kecuali aluminium foil / daun pisang selama 10 minit.
2. Bungkus ikan layar dalam aluminum foil / daun pisang. Panggang hingga masak.
3. Biasanya ikan layar yang segar akan mengeluarkan minyak ketika dipanggang. Jadi tidak perlu bubuh minyak lain.

Sebelum ini Amie telah paparkan beberapa kali resepi ikan layar tapi tentu ada di antara rakan-rakan pengunjung yang belum mengenali ikan layar.  Walaubagaimanapun dengan segala senang hati Amie kongsikan sekali lagi info tentang ikan layar. Bukannya susah pun, copy & paste saja dari entri Amie yang lepas DI SINI. Bagi yang tidak berkesempatan untuk klik ke entri tersebut, di bawah ini Amie salin semula tentang ikan layar tersebut.
Amie tidak ada gambar ikan layar sebab yang kami beli di pasar hanyalah kepingan ikan layar yang sudah dipotong. Kalau beli 1 ekor, memang tak habis makan setahun, barangkali boleh  habis makan untuk majlis kenduri! Jadi, di bawah ini Amie kongsikan bersama rupa bentuk ikan layar yang Amie dapatkan dari Encik Google. Ikan layar juga dikatakan mengandungi Omega 3.



Ini gambar keseluruhan ikan layar. Ikan layar boleh mencapai berat lebih 90kg dan panjangnya boleh  melebihi 3 meter. Ikan ini boleh berenang sejauh 110km sejam. Nampak tak muncungnya yang panjang seperti muncung ikan todak?  FIL & MIL  Amie (berasal dari Kepulauan Cocos-Keeling), selalu bercerita tentang ikan layar yang mereka temui di tengah lautan. Kata mereka, ada 2 jenis ikan layar iaitu ikan layar daging warna putih dan satu lagi warna kekuningan. Yang berwarna kekuningan mempunyai rasa yang lebih sedap! Tapi, kalau jumpa di pasar Amie tak peduli warna kuning atau putih, beli saja. Terima kasih MIL & FIL kerana memperkenalkan ikan layar kepada Amie walaupun dalam setahun hanya terjumpa sekali atau dua kali sahaja di pasar!





Besar sungguh ikan layar! Cuba lihat sirip di bahagian belakangnya yang tegak hampir menyerupai kapal layar. Satu lagi Amie ingin kongsikan bersama tentang sisik ikan layar. Ikan layar mempunyai sisik yang berbeza sama sekali dengan ikan-ikan lain. Sisik ikan layar sangat tajam seperti jarum, dan bukannya kembang seperti bulu landak! Sisiknya tersembunyi bersama kulitnya yang tebal! Bahagian ikan layar yang paling Amie suka sudah tentulah bahagian tepinya sebab banyak lemak di situ! 




Okey, kita beralih pula kepada Sambal Bambangan. Masyarakat Kadazan - Dusun mengolah buah ini menjadi Noonsom Bambangan atau dalam bahasa kita disebut sebagai jeruk bambangan. Isi buah bambangan akan dihiris manakala biji buahnya pula diparut dan dibubuh sedikit garam. Setelah itu bahan tadi disimpan di dalam botol atau tajau kecil dan dibiarkan lebih kurang seminggu sebelum dimakan. Amie pula tidak biasa makan jeruk bambangan atau Noonsom Bambangan, sebaliknya menjadikan isi buah bambangan sebagai pengganti buah mangga untuk dijadikan sambal. Di bawah ini Amie kongsikan keratan rentas buah bambangan yang Amie ambil dari entri Amie yang lepas. Senang saja buat sambal bambangan, kerana bahannya sama seperti kita buat sambal belacan atau sambal mangga!


Aduhai.... tiba-tiba teringinlah pulak makan ikan talapia goreng! Di sini susah sangat nak dapat ikan talapia hitam atau talapia merah sebab tiada bekalan ikan air tawar. Yang warna merah bersebelahan sambal bambangan itu ialah durian merah.


16 comments

  1. tak penah dengar nama sambal bambangan tu.selalu dengar nama org Bambang je hihi

    BalasPadam
  2. assalamualaikum amie...
    saya tak penah makan lagi ikan layar.. tapi mak penah cakap, hari tu abah gi laut dapat ikan tu, diorang dah makan.. mmmmm. biasa tengok pemancing2 tegar yg dapat ikan besor2 ni.. kat tv.. kan

    BalasPadam
  3. mcm sedap je sambal bambangan tu...

    ada ya durian merah? ingat dlm cite upin ipin je ada durian tu..rupanya yg real memang wujud..waaa..unik laa

    BalasPadam
  4. Lamanyer x terjah sini
    Rinduuuuuu
    Perhhh meleleh ayaq lioq cheq tgk ni
    Mcm nk p singgah umah nk mkn sekali ngeeee

    BalasPadam
  5. Salam Kak Amie..wow menariknya ikan ni, teringin plak nak cuba tapi kat sini mana ada jual ikan ni...Errrkkk atau Sue yang tak jumpa...Pasal buah bambangan pun menarik juga..Macam2 ya buah yang ada kat sana tapi takde kat sini..untuk Kak Amie boleh belajar banyak benda baru bila berada di sana...

    BalasPadam
  6. ikan ni slalu tgk dalm tv je klu ada rancangan memancing..jgn nnt sy termengidam ikan ni dah le..parah2..he3

    BalasPadam
  7. 1st time ni dengar buah bambangan. Kena cari ni. Kat sini ada durian warna oren. Unik!Lain tempat, lain warna duriannya ^^

    BalasPadam
  8. petang2 mcm ni ucu nak mentong lauk layar pangganglah..boleh kan k.amie....hihihi....

    BalasPadam
  9. baru kenal ikan layar..sirip macam layar gitu hihi

    BalasPadam
  10. amie kerap berkongsi masakan yg unik2 dari sana... seronok madihaa kutip byk ilmu & resepi2 yang tak pernah dikenali sebelum ini.. t.kasih ye amie..

    BalasPadam
  11. Inazamri,
    tak pernah dengar ye... takpe, di sini kita kongsi info ye.

    Jassnani,
    waalaikumussalam...
    kita belajar makan ikan layar ni dari belah Encik Suami, dan kebetulan memang ada ikan tu di sini.

    Faa,
    Encik Suamimkata sambal tu sedap... lebih kurang sambal mangga tapi bambangan ada sedikit aroma yang berbeza berbanding mangga,
    Memang ada durian merah.

    BalasPadam
  12. Lady Ayu,
    memang lama tak jumpa ye Ayu... kak Amie pun takleh masuk blog Ayu...

    Sue,
    Kak Amie pun tak pernah jumpa lagi ikan layar kalau balik kampung, begitu juga buah bambangan....

    KunangKunang,
    he he he heh... dah ada little one on the line ke KK...

    BalasPadam
  13. Mel,
    di Sarawak ye...durian oren cantiklah warnanya!

    Ucu,
    ayok mentong... malam nanti jangan makan ye Ucu.

    Qema,
    agaknyalah sebab siripnya tu macam layar, jadi namanya pun ikan layar...

    Madiha,
    sama-sama kasih Madiha, alhamdulillah... Amie diberi peluang dan kesempatan untuk kongsi pelbagai keunikan dari Negeri di Bawah Bayu.

    BalasPadam
  14. owh ikn tu namanya ikan layar hehe... nampak sedap sgt lauk akk...

    sambal bambangan...pestime dgr ni kak.. mesti sdp tu...

    BalasPadam
  15. adusss..terliur tgk ikan yg posing dlm plate duet ngan sambal bambangan tu kak amie..tapi bila tgk ikan yg real kat tgh laut tu rasa ngeri plak..hehehe

    BalasPadam
  16. Amie, akk x penah mkn ikan ni. Sedap agknya ya.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe