Assalamualaikum. Nampaknya akhir-akhir ini tekak kita sudah pandai cerewet. Sudahlah malas masak, tapi selera makan tetap ada! Bujang tengah tegur, kenapa Mummy jarang masak akhir-akhir ini. Bukan tidak masak langsung, tapi bila menjelang petang, capai saja apa yang ada untuk dimasak. Kalau ada telur di peti sejuk, goreng telur sajalah. Kalau ada ikan sardin, alamatnya memang masak sardin sajalah! Kasihan si bujang tengah!...
Assalamualaikum. Entah angin mana yang bertiup, lantas membawa bersama mood masak-memasak terus terbenam masuk ke dasar Laut China Selatan! Oh! Amie... kenapa mula malas nak masuk ke dapur, dan terus membiarkan ikan-ikan serta bahan masakan lain membeku di dalam peti sejuk. Selera untuk makan memang ada, tetapi untuk memasaknya .... kalau boleh semuanya siap terhidang di depan mata macam menunggu makanan di kantin...
Assalamualaikum. Sekarang Amie sudah ada koleksi buku masakan dari teman blogger. Terima kasih yang tidak terhingga di atas kiriman 3 buah buku masakan daripada Che CT. Delima di http://www,sitidelima.com/. Che Ct kirimkan buku-buku tersebut ke kampung Amie, jadi setibanya Amie beraya di Selangor pada petang hari raya pertama, Amie sudah boleh membelek-belek resepi yang lazat-lazat belaka terutama Istimewa Pemanis Mulut di atas! Seronok rasanya...
Assalamualaikum. Terima kasih buat rakan-rakan yang masih setia berkunjung ke Amie's Little Kitchen. Amie turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang baru, dan menambah bilangan dari hari ke hari. Semoga dapur kecil yang hanya seadanya ini dapat memberi manfaat buat semua pengunjung yang sangat Amie hargai. Tengahari ini Amie kongsikan menu Ayam Lemak Cili Padi. Sebenarnya ini menu hidangan tengahari...
Assalamualaikum. Bertemu kembali bersama hidangan buat kali pertama yang Amie hasilkan selepas juadah sepanjang Ramadhan. Kepala masih lagi berpusing pening, mungkin letih seharian seawal pagi bertolak dari kampung halaman menuju ke KLIA, terbang ke KKIA dan menunggu beberapa jam kemudian untuki meneruskan penerbangan ke LD. Malam tadi sempat menghadiri undangan rumah terbuka di rumah ibu saudara belah Encik Suami. Hari ini, untuk hidangan...
Dulu pokok getah, sekarang kelapa sawit! Amie bersama adik bongsu. Seronoknya beraya ..... santai di tepi parit setelah seharian beraya di Rantau Panjang Kelang, keluarga sebelah bonda. Penerbangan dari KKIA ke KLIA ditunda beberapa minit. Kami tiba pada pukul 6. 00 petang dari KLIA. Bersama keluarga bonda dari Hutan Melintang, Perak. ...
Assalamualaikum. Ramadhan hampir tiba ke penghujungnya. Alhamdulillah, hari yang ke 28 dapat dilalui dengan sempurna. Tentu ramai yang telah meninggalkan kediaman masing-masing untuk pulang ke kampung berhari raya bersama ayah bonda dan sanak saudara. Apa pun, sentiasalah berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang. Petang ini Amie sediakan Sate Ayam Goreng untuk juadah berbuka puasa sementara Encik Suami membantu menyediakan Jus...
Himpunan Kad Ucapan
Selamat Menyambut Aidil Fitri - Syawal 1433H Kad Ucapan Daripada Amie & Rakan-Rakan Blogger
Selamat Menyambut Lebaran 1433H buat semua rakan pengunjung Amie' Little Kitchen yang disayangi. Maaf jua dipinta andai selama persahabatan maya ini Amie pernah menyinggung perasaan, terkasar bahasa dan tersilap bicara tanpa Amie sedari. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya, dan sentiasalah ingat orang yang tersayang! Moga lebaran kali ini membawa seribu rahmat dan kemenangan dalan perjuangan hidup kita semua. Amin....