Sup Ayam Kampung, Telur Itik Goreng Dadar, Ikan Kering Kukus, Sambal Tempoyak & Ulam-Ulaman

11:04 PG

Salam Sabtu semua... sudah masuk hari ke 5 kita beraya. Rendang dan ketupat masih lagi berbaki tapi rindunya pada lauk pauk biasa sudah tidak tertanggung lagi..... Lupakan rendang ayam, lupakan ketupat dan lemang buat seketika. Mari layan makan tengahari di rumah bonda Amie (ini menu tertunggak....kelmarin).


Hidangan tengahari kami (Amie sediakan) Sambal Tempoyak, Ikan Kering Kukus dan Ulam-Ulaman termasuk jering, ulam raja, kacang bendi & tomato.


Amie teringat Telur Itik Goreng Dadar yang Kak Halijah hidangkan semasa kami beraya di Perak. Tengok dalam peti sejuk ada banyak telur itik, jadi Amie gorenglah.... warna kuningnya nampak terang dan lebih cantik.


Ini Sup Ayam Kampung. Memang bonda sediakan khas  5  ekor ayam kampung untuk kami. Bonda akan beri ayam kampung makan nasi yang baru ditanak. Mulia betul ayam-ayam bonda ya..... makan nasi hangat! Tiap-tiap hari bonda akan masak nasi lebih, dan sebahagiannya diberi makan ayam. Katanya, ayam kampung akan cepat membesar dan dagingnya lembut. Memang anak-anak Amie suka sangat makan ayam kampung kalau pulang ke sini. Walaupun ayam kampung digoreng seperti ayam daging, tetapi dagingnya tidaklah liat dan keras seperti yang disangka!

8 comments

  1. wah akak..ayam kg kalau bagi makan cam gitu daging dia lembut ye...saya kalau nak masak ayam kg memang kena rebus 2 jam baru la elok empuk dagingnya...tak pernah makan yg digoreng begitu je...saya pun nak bertukar menu hari ni...sedap nampak ikan masin rebus akak tu..1 kali dengar org rebus ikan masin..akak buat cam mana? hehhehe

    BalasPadam
  2. Quinnie,
    umur ayam kampung 6 bulan dah besar, dulu memang nak makan ayam kampung kena masak lama2, sekarang ayam kampung bonda dagingnya lembut sebab bonda jaga dengan penuh kasih sayang untuk disembelih... he heheh (kebetulan bonda tinggal seorang diri... jadi waktnya banyak dihabiskan untuk pelihara ayam & kucing)

    ikan kering kukus tu, senang saja buatnya, setelah nasi hampir kering letak saja atas nasi, ikan kering masak dengan wap nasi...(ini cara bonda, dan kakak memang buat begini)

    BalasPadam
  3. amie..
    maklong raya pertama belah petang dah tak boleh masuk segala rendang ayam dan daging masak apa sekali pun.. ikan kering dan ikan tahu goreng jugak yang menjadi pilihan maklong dan anak2.. sambal tahun pun ada..

    kalau dapat sambal dan ulam2an macam amie ni lagi best kan..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum akak amie cayang..
    wah kalu dapat makan menu mcm nie mmg best nie... dah lama x masak mcm nie... utamanya time raya nie semua makan yg berat2 kan akak... sedap2!!!

    BalasPadam
  5. White Cappucino,
    memang terangkat dik! Peluh-peluh...

    BalasPadam
  6. Maklong,
    inilah tekak sebenar orang kita ye... tak boleh tinggalkan lauk harian lama2, ikan kering jugak jadi pilihan! Bonda memang suka makan ulam-ulam, itu sebab ke mana Amie pergi... tak tinggal benda2 tu semua...

    BalasPadam
  7. Waalaikumussalam Diana cayangggg,
    asalnya dari kampung, memang ke mana pergi... lauk kampung jugak yang dicari... he hehhhhee

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe