Ikan Baulu @ Bolu Panggang, Sambal Tempoyak & 7 Ulaman

10:17 PTG

Assalamualaikum buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang dihargai. Nampaknya kali ini Amie hanya sempat menyediakan menu makan malam yang serba ringkas memandangkan Amie agak lewat pulang petang tadi. Amie terlibat sebagai AJK Pengurus Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu, dan bersama beberapa orang rakan pentadbiran yang lain telah melaksanakan tugas dalam raptai penuh di Dewan Siew Ching sehingga pukul 4.30 petang. Majlis sebenar akan diadakan pada hari Sabtu ini. Okey.... di bawah ini merupakan menu ulang tayang, sebab sudah biasa sangat buat ikan panggang terutama ikan baulu@bolu. Amie temankan ikan panggang ini dengan sambal tempoyak dan 7 jenis ulam. Adeeeehhhhh..... kenapa sampai 7 jenis? Sebenarnya Amie tak tersedar pun ada 7 jenis semuanya, yang hanya dicelur sahaja termasuklah terung Taiwan, sebab apa yang terpandang dalam peti sejuk yang boleh dijadikan sayur.... Amie ambil serba sedikit. Dan entah kenapa... teringinlah pula makan ikan kering cicah sampai tempoyak. Jadi, Amie kukuslah seekor ikan kering (tak tahu nama) di dalam rice cooker sebaik sahaja nasi mula mengering.


Ikan baulu@bolu ini Amie panggang menggunakan sedikit lada putih..... resepi jiran sebelah rumah. Anak-anak minta Amie renjiskan minyak bijan sebab mereka suka aromanya. Amie bubuh sahajalah ikut selera mereka.

Bahan-bahan:
1 ekor ikan baulu@bolu  - bersihkan, cuci dan toskan
2 biji bawang putih - tumbuk
1.5cm halia - tumbuk
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1/2 sudu pati asam jawa
garam
1 sudu minyak bijan
daun pisang / daun kunyit

Cara:
1. Lumurkan ikan dengan kesemua bahan tumbuk berserta asam jawa dan garam.
2. Taburkan lada putih di seluruh badan ikan.
3. Panggang hingga masak- Amie lapik dengan daun kunyit dan panggang di dalam kuali.
4. Renjiskan minyak bijan sebelum diangkat dari kuali.
5. Hidangkan bersama sambal tempoyak dan pelbagai ulaman.


Antara ulam-ulaman yang Amie sediakan termasuklah timun, tomato, kacang botol, kacang bendi, lobak merah, terung dan kubis bunga. Ulaman yang paling Amie suka tentulah lobak merah. Semuanya Amie celur termasuklah terung yang biasanya Amie goreng. Macamana menu Amie kali ini? Menyihatkan tak.... sebab tidak gunakan minyak. Hanya ikan panggang dan ikan kering kukus bersama pencicah dan ulam-ulaman.


Alhamdulillah...... jom makan!

29 comments

  1. Amie,kalau macam ni mak mertua lalu pun tak nampak,hehe..
    Ini pun dah kecur air liur ni...

    BalasPadam
  2. Sedapnya K.Amieeeeeeeeeeee.Lapar la pulak mlm2 singgah sini:)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum akak amie cayang...
    waaah ... lapar ler akak.. hehehhe... cam nak capai jer tau ulam2an tu... sukanya tu... mmg menyihatkan menu akak nie.. suka2!

    BalasPadam
  4. macam2 nama ikan saya belajar dari blog akak nih..hehehe...saya suka makan ala2 kg cam gini..memang selera saya...nasi mesti bertambah.itu yg bahaya tuh...hehehhe

    BalasPadam
  5. salm amie... masakan kampung cam ni my fav... lebih2 lg ada ulam dan sambal belacan... kecurrrrnya... lama tak makan...

    BalasPadam
  6. dah lama tak makan ikan bolu bakar. sedapnya!!!

    kak amie.nanti datang ambil award di rumah ye!!!

    BalasPadam
  7. kak amieeeeeee...apa khabar? i'm backkkk datang berkunjung ke umah kak amie yang sentiasa kaya dengan pelbagai jenis ikan ni..suka mieza tengok ikan-ikan di dapur akak ni..ikan bolu ni memanjang mcm ikan keli ye kak..nampak isinya putih mcm sedap..tp tak pernah jumpa di sini...

    BalasPadam
  8. benda paling best biler makan makanan kg...ai loikeeee...terlioq suda ni

    BalasPadam
  9. waduh kak! makan ni je pun dah rasa sedap giler! kita lg suka masakan mcm ni. boring betul kat sini ikan agak mahal. uhuhu..

    BalasPadam
  10. Ummi,
    asal dari kampung, memang pandai makan makanan kampungkan Ummi....

    Atie,
    jomlah makan.... cuci tangan dulu.... Bismillah.

    Diana,
    memang kena ada stok ulam-ulaman di dapur, tapi kadang-kadang jenis yang sama je dimakan.... hehehh terutama lobak merah tu..

    Quinnie,
    kak Amie tak tambah nasi tapi lebih ratah sayur cicah sambal tempoyak tu....

    BalasPadam
  11. Wana,
    sejak raya asyik makan hidangan berlemak, sesekali makan style panggang, kukus & ulam pulak...

    Nani,
    Jarang dah ada ikan bolu di sini...
    nanti kakak datang ambil award ye... terima kasih Nani.

    Miezaaaaa,
    ha...yang ditunggu dah tiba, lama sangat Mieza 'bercuti'... he hehehhh ikan bolu tu banyak tulang halus, tapi berlemak... milkfish tu...

    Lady Ayu,
    terubat rindu pada bonda di kg... sebab bonda memang gemar makan ulam-ulam & sambal & juga ikan masak pindang!

    BalasPadam
  12. MamaEma,
    ada juga ikan ni di semenanjung tapi tak semua tempat ada, namanya pun lain kot....

    Asmara,
    takpe, walaupun ikan mahal...mungkin ada pilihan hidangan lain yang lebih murah & lazat...

    BalasPadam
  13. Salam Kak Amie..Yana xpnh dgr pula ikan baulu nii..igtkan ada kuih baulu je hehe..nmpk sgh menyelerakan..

    * kak Amie..nnt singgah umah yana amek award yee :=)

    BalasPadam
  14. amie.. puas maklong menelek ikan bolu ni.. kalau kat sini apalah namanya ye..
    terliur sungguh maklong tengok ulam2 yang telah dicelur begitu menarik.. siap ikan masin lagi tu..

    BalasPadam
  15. Yana,
    terima kasih atas ingatan... Kak Amie dah ambik award tu...selisih dengan Yana di tengah jalan tadi..

    Maklong,
    tak pastilah pula ada atau tidak ikan ni di sana....

    BalasPadam
  16. Sedapnyer kak..berkeroncong perut puteri ni..walhal baru lepas makan...hehehe

    BalasPadam
  17. As salam K Amie,
    memang sedapppp kalau menu2 cam gini jer sebenarnya... malam tadi pun nurul makan lebih kurang camni jgk... tapi ikan baulu tu tak pernah dengar plak... :)

    BalasPadam
  18. awet muda tu...tak tahu nak komen ape dah..sebab asyik telan air liur je..

    BalasPadam
  19. Amie..sedapnya ...nampak sungguh menyelerakan.

    BalasPadam
  20. Assalam kak Amie, apa khabar? lama tak singgah sini..mcmx2 menu best tertinggal ni..hmm sedap tgk menu akak ni...menyelerakan..:)

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Amie,

    Amboi kecor liur tengok ulam-ulaman Amie tu. Ikan Baulu tu ikan aper yer, ada nama lain.

    BalasPadam
  22. Kak Amie, menu sihat ni..elok tu Kak..hari-hari makan macam ni memang confirm stay slim!

    BalasPadam
  23. Nurul,
    memang sedap sangat.... tapi kalau tangan lain yang sediakan tentu lebih sedap..... (ini kes dah jemu dengan hasil air tangan sendiri nih.... hi hi hii)

    Ucu,
    betul tu Ucu.... dan jangan lupa minum air suamaje ye...


    Liza,
    celur-celur je... mudah & ringkas.

    BalasPadam
  24. Puteri,
    dah lapar semula?... takpe...ratah aje sayur tu....

    Acik,
    jemput makan Acik....

    Nieza,
    Waalaikumussalam, Kak Amie khabar baik, jomlah makan sama-sama Nieza...

    KK,
    ikan baulu tu orang putih panggil milkfish, di Indonesia di sebut belanak sembawa & Filipina kata ikan bangos... di semenanjung tak taulah pulak.... ada ke idak ikan ni...

    BalasPadam
  25. kak amie sedapnya nampak ikan akak tu tentunya manis.. yum yum seronok nya senang dapat ikan fresh macam tu

    BalasPadam
  26. kak amie..mieza datang lagi..nak bgtau mieza ada bg award kat akak..jemput ambil ye kak..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe