Sehari Beraya di Hutan Melintang, Perak.
7:13 PTGAssalamualaikum semua. Apa khabar teman-teman.... agaknya sudah hampir selesai menziarahi sanak saundara sempena hari yang mulia ini. Raya ketiga, Amie sekeluarga, bonda, dan sanak saudara berkunjung ke Hutan Melintang, ke rumah saudara mara sebelah bonda. Bonda lahir di Kampung Belumbang Panjang, Bagan Datoh, Perak tapi saudara bonda menetap di sekitar Hutan Melintang. Kali terakhir Amie datang ke Hutan Melintang kira-kira 15 tahun yang lalu.... wah lamanya! Kali ini Amie bukan sahaja beraya tapi turut menikmati keindahan desa yang menghijau di sekitar rumah sepupu Amie.
Oleh kerana leka mengelilingi rumah, Kak Halijah sudah siap memasak di dapur bersama Kak Kamisah. Apalagi.... kami pun menjamu selera dengan lauk pauk kampung. Sebenarnya terlupa nak tangkap gambar hidangan tengahari tapi sempatlah juga ambil beberapa lauk termasuk sayur turi masak lemak dengan labu manis seperti di bawah ini.
Selepas makan sempat lagi berkeliling rumah bertemu dengan sang monyet! Comelnya....
Raya pertama bersama keluarga dari Perak di rumah bonda di Bukit Hijau.
Menurut bonda, keluarganya di Perak memang pandai membuat kuih tradisional. Di atas ialah kuih Sagon Bakar, Amie ambil gambar kuih ini di rumah Kak Halijah, sepupu Amie. Sebelum ini semasa hayat kakak bonda masih ada, yang kami panggil Wak Perak, memang macam-macam kuih raya yang dibuat secara tradisi dihidangkan.
Amie terpikat dengan suasana sekitar rumah Kak Halijah yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan menghijau termasuk pokok bunga, herba dan pelbagai jenis sayur-sayuran.
Sementara Kak Halijah sibuk memasak di dapur, dan yang lain sedang menikmati kuih raya, Amie ambil kesempatan mengambil gambar di luar rumah....
Orkid di tengah batang pokok kelapa.
Buah labu air yang Kak Halijah tanam di belakang dapur....panjangnya!
Buah petola cantik bergantung di bawah pokok kelapa sawit.
Pokok mata kucing sedang berbuah....
Pokok kecubung pun ada.... herba beracun tau!
Pokok limau nipis lebat berbuah.....
Belimbing buluh yang masih tinggal.
Cili padi warna putih.
Lengkap dengan rumpun pandan nan menghijau.
Buah mangga pun ada....
Pokok herba... pecah beling.
Pokok buah nam-nam.
Buah limau.... tak sempat tanya buah limau apa, tapi sempat makan 3 biji!
Pokok turi .... banyak ditanam sepanjang jalan di hadapan rumah.
Pokok belinjo.... pucuknya sedap dibuat sayur lemak!
Tuan rumah..... Abang Alias yang sentiasa ringan tulang mengusahakan pelbagai tanaman di sekitar kediamannya bersama Kak Halijah.
Sempat mengintai reban itik.....ada telurnya!
Setiap inci tanah dimanfatkan.... ini pokok ubi kucir, daunnya panjang-panjang, enak dimasak lemak!
Ha... ini telur ayam kampung!
Oleh kerana leka mengelilingi rumah, Kak Halijah sudah siap memasak di dapur bersama Kak Kamisah. Apalagi.... kami pun menjamu selera dengan lauk pauk kampung. Sebenarnya terlupa nak tangkap gambar hidangan tengahari tapi sempatlah juga ambil beberapa lauk termasuk sayur turi masak lemak dengan labu manis seperti di bawah ini.
Sayur Daun Turi Masak Lemak dengan Labu Manis.... bonda kata rasanya sangat sedap! Memang betul tu....
Antara lauk-pauk yang Kak Halijah sediakan tengahari itu termasuklah Udang Masak Sambal, Ikan Kembung Masak Asam Pedas dengan Kacang Bendi, Telur Itik Goreng, Sambal Belacan, Ikan Kering Bulu Ayam Goreng, dan pelbagai lauk lain seperti Ayam Masak Kicap dan Rendang Daging.
Sambal Udang.
Selepas makan sempat lagi berkeliling rumah bertemu dengan sang monyet! Comelnya....
Dah kenyang perut... alangkah enaknya bersantai-santai di bawah pokok belimbing sambil berbuaian.... sambil menikmati angin semilir sepoi-sepoi meniup!
Apa di atas tu? Ha... walaupun dah kekenyangan tapi bila ternampak buah kelapa pandan bergayut di atas pokok.... kami pun keluarkan jakun (kata Lady Ayu).... memang betul-betul jakun.... apa tidaknya, entah berapa tandan buah kelapa diturunkan dan kami pun kenduri minum air kelapa pandan dan korek isinya makan bawah pokok! Kepada Abang Alias dan Kak Halijah yang baik hati, terima kasih kami ucapkan. Moga rezeki sentiasa menyebelahi keluarga kalian. Begitu juga dengan Kak Kamisah, Abang Nan dan Kak Ina yang sibuk melayan kami. Menurut Kak Halijah, setelah bondanya meninggal dunia 2 tahun lepas (Wak Perak), rumahnya pula menjadi tempat 'transit' saudara mara. Jadi rumah pertama yang kami ziarahi di Hutan Melintang ialah rumah Kak Halijah yang terletak di Parit 7, Sungai Sumun.
Selamat tinggal Kak Halijah sekeluarga.... ada rezeki dan umur panjang kita pasti bertemu lagi.
Singgah sebentar di rumah Abang Saleh dan Kak Ros, dan juga rumah Kak Rohaniah. Oleh kerana bateri kamera Amie sudah habis, cerita pun berakhir di sini....
16 comments
Salam aidilfitri Kak Amie...wahhhhh beraya sakan ya.bestkan beraya di kampung
BalasPadamSalam aidilfitri Ixora.... memang beraya sakan...dah bertahun tak jumpa sanak saudara!
BalasPadammeriahnyer!! suka tengok gambar pokok2 hijau berbuah ni..
BalasPadamseronoknya kak tengok akak beraya dikg..dah lamanya takmakan kuih sagon bakar tuh...sedap..saya suka...saya pun kalau pegi kg jakun jek bila tengok pokok2..tambah2 kalau sedara mara yg jenis rajin bercucuk tanam cam ginih...makan lauk pauk kg ni lagi sedap...tambah2 makan ramai2 la pulak...bestnya..rindu dgn suasana cam ginih...:)
BalasPadamsalam aidilfitri amie..
BalasPadambestnya tengok amie n family beraya..
berbaloi2.. hehe..
Assalamualaikum Amie dan selamat menyambut raya ke 5.
BalasPadamSeronoknya tengok persekitaran rumah mak saudara Amie tu. Macam-macam pokok ada.
Pernah juga rasa kuih sagon tu, memang sedap.
Assalamualaikum akak amie cayang...
BalasPadamwah seronoknya diana tgk suasana kampung macam tu.. n memang seronok kalu makan beramai2 gitu kan akak.. ermmm.. apa tu ek akak kuih sagon bakar? diana x pasti perna makan ker x.. tp tgk pic tu mmg diana x perna nampak lg sebelum nie.. nampak cam sedaaap kuih tu akak...
Whitecappuccino,
BalasPadammemang meriah tapi habis bateri kamera... tak sempat ambil gambar yang lain!
Quinnie,
BalasPadamsebelum ni pernah makan sagon serbuk, yang bakar rasanya baru pertama kali (tak ingat, mungkin lama sebelumni pernah makan sebab keluarga dari Perak setiap tahun kalau datang ke rumah bonda mesti bawa kuih).
Maklong,
BalasPadammemang berbaloi... sambil beraya sambil menikmati pemandangan hijau...
Kunang-Kunang,
BalasPadamalhamdulillah.... masih ada sanak saudara yang boleh dikunjungi, sagon bakar tu memang sedap!
Waalaikumussalam Diana cayanggg,
BalasPadamletih tapi seronok! Kak Amie dah minta resepi kuih sagon bakar tu dari Kak Halijah, tapi akhirnya terlupa nak salin, sedap tau Diana! Dalam perjalanan pulang ke Selangor, Kak Amie singgah di Sungai Besar... dapat beli satu bekas, tapi tak original seperti yang Kak Halijah buat! Kuih ni dibuat dari tepung pulut, kelapa muda & gula...
semekom kak...
BalasPadamwah sangat meriah yer kak..tapi sambal udang memang menggiurkan..muahaha...
Syiokkkknya beraya di kampung macam ni...persekitaran kampung yang susah nak jumpa lagi...makannan pun mengancam uuu
BalasPadamEt,
BalasPadammemang meriah... sekali-sekala layan!
Gerau,
betul tu... santai-santai di sini hingga tak tersedar hari hampir petang & banyak lagi rumah yang belum diziarah...
salam amie...ya Allah bestnya suasana kampung...teringin nak ada rumah kampung...dia org tak mau ambik keluarga angkat ka...he he...
BalasPadamselamat hariraya amie...minal aidzin wal faidzin...:)