Sambutan Serentak Ulang Tahun Anak-Anak : September 2011

12:56 PTG

Assalamualaikum dan salam pagi Ahad buat semua pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Kelmarin Amie dan suami sibuk  membuat persiapan sambutan ulang tahun untuk ketiga-tiga anak kami yang kesemuanya lahir pada bulan September. Lahirnya pun selang 3 tahun...1995,1998 & 2001. Kelmarin memang kami khaskan untuk mereka bertiga bersama rakan-rakan mereka, selain kami juga dapat mengenali rakan-rakan anak-anak dengan lebih dekat.


Ganaches Cake : kongsi bersama.



Mohd. Faridzuan (Abang) - 30 September 1995



Mohd. Fuad (Adik) - 14 September 1998



Mohd. Fairuz Zamri (Adik Kecil) - 19 Sptember 2001





Alhamdulillah.... ada di antara rakan-rakan Abang (Mohd. Faridzuan) yang ringan tulang datang awal membantu Amie masak di dapur.


Pada masa yang sama, mereka dapat belajar masak. Kesemua mereka merupakan anak murid Amie, Tingkatan 4 pada tahun ini.


Tidak ketinggalan anak murid lelaki.... Yubob yang datang awal, membantu mengupas telur rebus sampailah memasak nasi briyani. Kali pertama masak, Amie ajar mereka. Kali kedua.... Amie serahkan kepada mereka sebab hampir tengahari dan tetamu mula berdatangan..... jadi Amie lari ke bilik sekejap untuk membersihkan dan mengemaskan diri. Alhamdulillah.... masakan mereka menjadi.


Lepas masak .... anak-anak dara duduk santai atas tingkap pulak!


Terima kasih banyak-banyak kerana ringankan kerja cikgu.......


Ganaches Cake ini dipilih sendiri oleh anak-anak.


Antara rakan-rakan pelajar yang hadir.


Dua dalam satu.... masih ada kuih raya...... hari jadi & beraya!


Makanlah apa yang ada....


Yang ini pula memilih untuk makan di luar rumah.....




Cantik situasi di atas.... ada Daniel Chin, Uthayakumar, ada Jason & Yubob..... moga anak-anak bakal pelapis masa depan negara ini akan terus hidup rukun damai.



Tay Chee Chong & Yap Xien Yin



Jason Toan & Eric


 Silakan makan...... jangan malu-malu....


Menjamu selera......



Malcom Gary, Amador & Eileen....


Sebenarnya, sebab sibuk buat itu ini.... terlupa nak ambil gambar menu yang disediakan. inilah Nasi Beriyani Jagung yang mereka kata sedap! Rata-rata yang masak di dapur tidak mahu Amie bubuh kismis dan kacang gajus. Oleh kerana ada simpanan jagung tin, Amie masukkan sebagai gantinya. Ikut cita rasa mereka..... sebab mereka juga yang akan makan.


Udang Butter Cereal. Amie pun ajar mereka masak. Pendek kata.... datang untuk sambut hari jadi anak, beraya & belajar masak!


Ini Amie masak sendiri. Lamb Masak Lada Putih...... ingatkan ramai tak suka makan lamb......licin!



Acar Mentah. Acar di atas berbeza sedikit dengan acar yang Amie selalu buat. Kalau di Sabah, biasanya hidangan acar begini yang disediakan. Ada masa nanti Amie tulis resepinya ye.... sebab acar ini ada campuran telur rebus & kacang tanah.


Pada mulanya Amie nak buat ayam masak kari.... tapi lepas raya, rasanya ramai yang dah muak. Amie buat Ayam Goreng 10 Rempah. Semoga anak-anak kami gembira bersama rakan-rakan mereka di hari ulang tahun yang diraikan kelmarin. Itu sahajalah yang mampu Mummy dan Baba sediakan untuk permata hati yang disayangi.

27 comments

  1. salam mie,
    Meriahnya sambutan. Macam-macam pulak yang amie masak tu. Untunglah amie ada anak murid yang dah besar boleh tolong cikgu masak. Murid2 bundo semua kecik2.. tau makan je haha..

    BalasPadam
  2. Salam Ibundo,
    inilah peluang untuk lebih dekat dengan anak murid, di samping mengenali rakan anak-anak...

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir kpd semua hero-hero Amie. Moga depa menjadi anak-anak yang soleh- berjaya dunia & akhirat, Amin.

    Ni sambut bersekali dgn. hari Malaysia lah ye.

    ps: saya 3 lelaki, ke4 baru ppuan

    BalasPadam
  4. Wahhh...meriahnya..untung ada anak murid yg besar2...boleh tlong apa yg patut...

    selamat hari lahir utk hero bertiga...semoga berjaya dalam pelajaran...

    BalasPadam
  5. Noname,
    Terima kasih atas ucapan... amin!
    alhamdulillah...semua hero... he hehehh, sambut sekali harung ni...dengan hari raya sekali.

    MP,
    Terima kasih....mudah-mudahan akan berjaya dalamhidup mereka,
    memang tiap kali buat rumah terbuka dll, anak murid ringan tulang...datang bantu...syukur!

    BalasPadam
  6. Salam Amie..
    Menarik susunan anak Amie..
    macam dirancang je..
    selamat hari lahir buat hero2 Amie tu.. semuga mereka menjadi anak yang soleh..

    cantiknyaaa rumah Amie.. hehe.. sempat lagi tu.. dah namanya pompuan kan..

    BalasPadam
  7. Salam Maklong,
    itulah susunan anak Amie, 3 tahun satu, semua lahir bulan September...

    cantik ye rumah Amie ni Maklong... he he hehhh mengemasnya pun setahun sekali..hi hi hiii

    BalasPadam
  8. Salam. Amie... Bangga dapat bersahabat dengan Amie. Ada 3 bujang rupanya.. Selamat Hari Lahir semoga panjang umur dan berjaya seperti ibunya. Lain kali ma singgah lagi. Sila sign in di gerbang silaturahim ma, yer...

    BalasPadam
  9. Assalam ami..beruntung amie..tiga sekali lahir dalam bulan september.'acik pun teringin macam tu.tapi dua aje yang lahir bulan ogos..sorang lagi bulan mac..
    senang kan..sekali aje buat sambutan birthday untuk anak2..

    BalasPadam
  10. Salam Ma,
    terima kasih sudi singgah sini, nanti Amie datang rumah Ma sign in di gerbang tu yeee...

    Assalam Acik,
    alhamdulillah.... rezeki Allah, memang sebang sambut serentak, tapi kadan-kadang kelahi juga tu... he hehehh

    BalasPadam
  11. - xde anak dara, anak murid pon boleh tolong kan...untung jd cikgu...ramai anak2 kan...

    BalasPadam
  12. Salam Amie
    Selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran buat anak2 Amie, meriahnya sambutan serentak pada bulan yang sama, semoga semuanya diberkati Allah..

    BalasPadam
  13. hai kak amie sayang...puteri nak tumpang sambut birthday sekali boleh?

    Harijadi puteri semalam...sama bulan dengan anak-anak kak amie :)

    BalasPadam
  14. Salam Kak Amie...Wahhhh syoknya mereka dapat beraya dan sambut birthday beramai2..sambil2 tu dapat plak belajar memasak....

    BalasPadam
  15. amboi buat makan2 tak ajak....
    untung cikgu dapat anak murid yg ringan tulang mcm cikgunye...

    BalasPadam
  16. Al,
    alhamdulillah...rezeki anak murid ramai, tak terhitung dek jari... he heheheh

    Ummi,
    terima kasih...mudah-mudahan diberkati Allah...Amin.

    Puteri,
    nanti Kak Amie hantar birthday kek ye Puteri, tunggu depan pintu rumah he hehehhh

    Sue,
    sesekali nak bermesra dengan anak murid, masa bujang dulu selalu jamu anak murid makan, dah berkeluarga ni... inilah masanya yang sesuai kot...

    Ucu,
    untung ye Ucu dapat anak murid yang ringan tulang... tulang cikgunya jadi berat pulak... he hehehh

    BalasPadam
  17. Assalam amie,
    waduh seronoknya tengok gamabr kat atas tu!!! Happy birthday for the september babies ya..memang berbaloi sambut raya & birthday & open house ..oh anak amie yang tua pun dalam tingkatan 4 ya..samalah my boy juga tahun ni ambik o level..stress betul kalau dekat boleh minta tolong amie ajarkan..

    BalasPadam
  18. seronok dan meriahnya kak.. lawa rumah akak pandai hias.. betul anak murid besar leh tolong2 .. dulu ita pun buat open house ajak anak murid

    BalasPadam
  19. Seronoknya dapat sama2 memasak dengan mereka.meriah sambutan ni. anak WC yg sulung lahir 30sept 1989..oh ya, amie bagila resepi ayam goreng 10 tu..boleh tak?

    BalasPadam
  20. Happy belated birthday untuk anak2 kak Amie ya..
    Meriahnya, seronok nampak

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum akak amie cayang...
    Selamat hari lahir buat ketiga2 anak akak... moga mereka d panjangkan umur.. sihat sejahtera... berjaya dunia akhirat.... Amin...

    meriah sungguh sambutannya yer akak... n seronok sungguh kesemuanya pun dalam bulan sept... tiap thn bole sambut serentak... :)

    BalasPadam
  22. meraung tgk semua food tue...
    cake terlioq nyer lama x bikin dan makan ni....
    pics tue baru nampak 1 mesia...syabas akak

    BalasPadam
  23. Happy belated birthday buat anak2 kak amie..semoga diberikan kehidupan terbaik buat mereka dan menjadi anak2 yang soleh..aminn..
    seronok tengok sambutan besday tu..meriah betul!

    BalasPadam
  24. Ayu,
    anak sulung kita sebayalah ye ... takpe Ayu, pelan2... bertenang , pasti segalanya akan berjalan dengan baik... moga2 bujang Ayu berjaya dalam 'O' levelnya.

    Salam Juwita,
    nanti balik sini, bolehlah Ita buat lagi open house untuk student... memang seronok, kita rasa seronok & murid kita lagi rasa seronok dijamu gurunya...

    BalasPadam
  25. WC,
    Amie dah hantar resepi ayam goreng 10 rempah tu ke rumah WC... dah siap nanti, hantar 3 ketul ye.... he hehehh, birthday anak on 30 nanti jangan lupa jemput Amie ye...

    Ixora,
    terima kasih... memang rasa seronok...& meriah untk anak-anak..

    Diana,
    terima kasih.... tiap tahun memang sambut serentak tapi adakalanya berkelahi juga tu...sebab masing-masing tak mahu kongsi! kenalah undi...tarikh lahir siapa yang kena...

    BalasPadam
  26. Rahel,
    memang seronok....

    Lady Ayu,
    macamana bunyinya Ayu meraung tu ha.... he hehehh
    itulah kawan-kawan anak kakak, satu Malaysia

    Hasue,
    terima kasih atas doa itu... mudah-mudahan diberkati Allah.... amin!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe