Selera Kampung

5:59 PTG

Menu makan tengahari:
1. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dengan Sayur Batang Keladi
2. Kerabu Pucuk Ubi, Paku Tanjung, Pucuk Kaduk & Jering
3. Ikan Lampam Goreng
4. Sambal Tempoyak, Telur Masin dan Ikan Sepat Kering Goreng.

Assalamualaikum semua. Amie sudah sampai ke Lahad Datu setelah menempuh 1/2 hari perjalanan udara. Rasa tak puas beraya.... tapi apakan daya, sampai masanya terpaksa berpisah jua dengan bonda, sanak saudara dan kampung halaman tercinta. Baru ada kesempatan masukkan menu kelmarin (resepi di atas) - sebab selepas makan tengahari, anak buah pula datang ambil kami sekeluarga bersama bonda untuk beraya di rumahnya di Subang. Selepas itu, kami merayau pula di belakang kampung - Puncak Alam.... sampai rumah lewat 11 malam. Memang tak tidur lena sebab sibuk packing barang. Bonda sudah sediakan pelbagai kuih untuk dibawa bersama. Seawal pukul 6 pagi, kami bertolak pula ke KLIA untuk penerbangan ke Kota Kinabalu pada pukul 9.20 pagi. kami tiba di Lapangan Terbang Lahad Datu pada pukul 2.20 petang.



Setiap kali hendak memasak, bonda pesan supaya masak lebih. Tidak kiralah sewaktu berbuka puasa tempohari, dan semasa hari raya.... sebab memang tetamu bonda (cucu cicitnya) sentiasa datang bertali arus dan bonda ajak makan. Sebenarnya Amie takut makanan tak habis, tapi bonda kata.... nanti ada cucu-cucunya datang. Iyolah bonda.... jadi tengahari kelmarin Amie pun masaklah 3 kg siput... jenuhlah Amie dan bonda potong ekornya! Semua bahan bonda sudah sediakan termasuk batang keladi (bonda sudah bersihkan) dan juga kelapa parut. Satu belanga besar Amie masak! Jadi resepinya seperti di bawah ini:

Bahan-bahan:
3 kg siput sedut - potong ekor dan gaul bersama hampas kelapa supaya bersih, kemudian bilas dan toskan airnya
1 biji kelapa parut - kisar bersama 1.5 liter air - tapis & ambil santannya
2 batang keladi - siat kulitnya, rebus bersama 4 keping asam gelugur hingga separuh masak - toskan airnya
20 biji cili padi - tumbuk
3 batang serai - ketuk
5cm kunyit hidup - tumbuk
7 biji bawang merah - tumbuk
5 biji bawang putih - tumbuk
garam & gula / perasa

Cara:
1. Campurkan kesemua bahan tumbuk bersama serai ke dalamperiuk bersama santan.
2. Masukkan siput sedut dan kacau sekali-sekala sehingga siput masak / kuah mendidih.
3. Masukkan sayur batang keladi.
4. Tambah garam & gula serta perasa secukupnya.
5. Jangan masak terlalu lama kerana batang keladi mudah hancur.
6. Angkat dan hidangkan.

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dengan Sayur Batang Keladi habis licin... dari nenek, emak, bapak, anak,cucu dan cicit semua menyedut!


Ini Kerabu Pucuk Ubi, Pucuk Paku Tanjung, Pucuk Kaduk dan Jering. Adeeehhhh.... bab buat kerabu ni memang bonda siap pesan awal-awal.... mesti ada rasa masin, manis dan masam! Bonda pesan lagi.... masukkan buah kencur! Dan satu lagi.... gunakan kelapa parut yang putih! Kelapa parut mentah!.....ya yaaa.......

Bahan-bahan:
1 cekak daun ubi - celur dan hiris-hiris
1 cekak pucuk paku tanjung - celur
1 cekak pucuk kaduk - hiris halus seperti hirisan tembakau
5 biji buah jering - celur dan hiris nipis
1 biji kelapa parut
10 biji cli padi
7 biji buah kencur
1 labu bawang besar - mayang halus
1/2 cawan udang kering - rendam
1/4 cawan air asam jawa / air perahan limau
garam / gula / perasa

Cara:
1. Tumbuk cili padi bersama bawang besar dan udang kering serta isi kencur. Tumbuk jangan terlalu lumat.
2. Tumbuk separuh kasar kelapa parut.
3. Gaulkan semua bahan tumbuk yang 1 bersama kelapa parut.
4. Tambahkan garam/ gula dan perasa.
5. Perahkan air limau kasturi / limau nipis / asam jawa.
6. Satukan semua sayur-sayuran seperti pucuk ubi, pucuk paku tanjung,hirisan pucuk kaduk dan hirisan jering ke dalam mangkuk besar.
7. Gaul bersama kelapa tadi.
8. Siap untuk dihidangkan.

Waktu menyiapkan kerabu ini, datang isteri anak buah.... jadi dialah yang bantu Amie hiris segala bahan kerabu!


Ini ikan Lampam Goreng. Amie bawa ikan ini dari Sabah. Sama saja cara menggorengnya seperti biasa. Bubuh garam dan kunyit. Oleh kerana ikan ini banyak tulang halus, Amie kelar-kelar seperti di atas.


Ini lauk tambahan.... tak tinggal tempoyak. Telur masin tu bonda yang buat, belum berapa masin tapi Amie minta izin bonda untuk rebus 3 biji. Untuk lengkapkan menu kampung kali ini, Amie gorengkan ikan sepat kering!



Tidak ketinggalan..... mangga yang dibeli di Sekinchan, dalam perjalanan pulang dari Perak tempohari.

Semasa menaip resepi dan menu kampung ini, Amie rasa sayu sangat sehingga menitis air mata... sebab semuanya hanya kenangan hari semalam! Masih terbayang bonda yang teresak-esak menangis subuh tadi... duduk di kepala tangga menyaksikan Amie dan anak-anak serta suami berangkat ke KLIA. Lama Amie duduk di anak tangga, peluk cium bonda, Amie peluk lutut bonda...Amie cium lutut bonda.... Amie letak kepala atas peha bonda mohon ampun pada bonda...... sehinggalah bonda bersuara: pergilah.... nanti tertinggal kapal terbang....oh bonda!!!!!!!!.... kenapa bonda suruh Amie pergi tinggalkan bonda...........

22 comments

  1. Assalamualaikum akak amie cayang..
    sayu plak diana baca perenggan bawah tu.. menitis air mata diana gak semasa membacanya... :(

    akak.. menu mcm nie mmg sedap ler akak time raya2 nie.. cuma diana x perna makan siput sedut tu.. diana x pandai makan n x perna gak mencuba makannya.. sedap yer akak?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie,

    Kecor tengok kerabu tu. Sedapnya nampak, nanti nak cubalah.

    BalasPadam
  3. Byknya kak amie msk utkraya, yelah mmg orgnya btali arus kan, sdpnya kerabu tu, aritu Mak masak kerabu bunga betik sedapnya ;)

    BalasPadam
  4. Salam Kak Amie, anak bujang saya, Luqman pun suka sgt siput sedut, tapi tulah kan bab mengetuk ekornya yang tak tahan tu,,jenuh!
    kerabu tu nampak best eikk

    BalasPadam
  5. alhamdulilah masih berbonda...
    ni ha adikde kt meru kelaparan...
    ucu pg gak pantai remis tp raya ke 5, jumaat tadi...

    BalasPadam
  6. Waalaikumussalam Diana,
    itulah bonda.... 19 tahun lalu sebaik saja kakak baca surat pnempatan di Sabah, airmatanya terlebih dahulu bercucuran, sewaktu berangkat ke Subang Airport... sejak pukul 4 pagi hingga kakak terbang 9 pagi... airmatanya terus mengalir.... Diana, time menaip ini pun airmata kakak tibva2 turun...

    siput sedut sungai lebih sedap (orang kata - sebab lebih gemuk), berbanding siput sedut laut...ini laut punya, tak apalah daripada tak dapat langsung,

    rasanya...entahlah, tapi sedap menyedutnya tuh! silap sedut nanti masuk hidung pulak... he hehehh

    BalasPadam
  7. Kasih,
    andainya bonda ada di samping setiap ketika... akan kuhargai
    setiap saat bersamanya!

    KK,
    waalaikumussalam,
    memang kerabu begini sangat digemari oleh orang kampung Amie, terutama semasa kenduri-kendara...

    BalasPadam
  8. Aju,
    wah... kerabu bunga betik! Sedap tuh... mak mentua suka buat...lagi sedap kalau makan ramai2!

    Ixora,
    makan siput sedut ni tak payah bernasi ye.... sedut je
    bermangkuk2!

    Ucu,
    datang gak pantai remis ye... nampak jejak kakak tak kat pasir tu...

    BalasPadam
  9. makanan kg memang terbaek dari ladang la akak...perhh meleleh ayaq lioq tgk ni...kerabu pucuk ubi lama giler x mkn...lepas ni blk cuti mesia wajib kena buat list nak mkn apa ngeee

    BalasPadam
  10. Sedihnya kak Zai baca perenggan bawah tu,tapi apa pun Amie masih beruntung sebab masih ada mak.

    InsyaAllah bila ada kesempatan akan berjumpa lagi.

    BalasPadam
  11. sedapnya siput sedut tu....dah lama tak makan..Bisanya mak yg buatkan...

    p/s..Sedihnya bila baca pasal bonda tu...

    BalasPadam
  12. Lady Ayu,
    selalunya kalau kakak buat kerabu pucuk ubi...beli daun tu di pasar, keras... tak sama dengan pucuk ubi yang memang ada di kampung yang bonda guna...

    Zaitun,
    alhamdulillah... memang sentiasa menghargai saat bersamanya selagi hayat masih ada...

    MP,
    syukurlah ada orang jual siput sedut di Pantai Remis, sebelum raya cari di pasar Sungai Buluh, seekor pun tarak...

    itulah bonda.... hanya satu dalam dunia!

    BalasPadam
  13. sedih baca perenggan terakhir tu :(

    sedapnyer kak makanan tu semua. memang berselera makan juadah kampung :)

    BalasPadam
  14. bergenang jugak air mata saya baca perenggan akhir akak tuh....huhuhu

    sedapnya kak lauk pauk kg...saya suka makan siput sedut tapi tak pandai buang ekor dia tu..habis hancur siput..kekekek...ada keladi pulak..sedapnya tak pernah makan keladi masak lemak..lepas ni boleh cuba...

    kerabu pun sedap...fav saya tu...ada letak jering pulak..boleh dicuba nih..tapi kecur tu tak pandai makan la...tak pernah tengok pun rupa dia...hehhehe

    BalasPadam
  15. salam kak amie.. kalau datang umah akak ni kena bawa tisu siap2 takut air liur menitis senang nak lap.. hahahaha.. sedapnya kak ita uka cara akak masak semuanya berselera

    terharu kak..

    BalasPadam
  16. sayunya amie.. mmg sekejapnya waktu berlalu.. saya pun bila duduk bsendirian teringat2 cerianya wajah mak n abah di kg melayan anak n cucu2nya yg tak berhenti2 bcakap n makan.. n rasa sedih bila tpaksa meninggalkan mrka..

    BalasPadam
  17. Salam Syawal, salam bertemu kembali Amie..
    Rindunya nak menjenguk Amie, datang2 je dah ada siput sedut terhidang, bestnya..dah jemu asyik makan daging je musim raya ni..
    selamat hari raya maaf zahir batin ye..

    BalasPadam
  18. Puteri,
    memang begitulah dik... ada masa sedih, ada masa gembira...

    juadah kampung memang sedap,lebih-lebih lagi kalau makan dalam suasana kampung ye Puteri...


    Quinnie,
    itulah uniknya kita sebagai manusia, Allah kurniakan hati dan perasaan, senyum tawa ketika gembira & menangis sedih tika berduka,

    kalau siput agak besar, mudah sikit nak potong ekor, yang malasnya tu kalau dapat yang kecil... tentang kerab tu..., bonda kata kalau dah namanya kerab, gaul saja dengan apa juga bahan sayur & ulam-ulaman yang ada...

    BalasPadam
  19. Salam Ita,
    memang sedap Ita bila berkumpul ramai-ramai, lepas tu masak lauk yang memang menjadi kegemaran, makan pun berselera sekali...,


    Dzana,
    iye.... sebenarnya pertemuan itu bermakna perpisahan, Amie sebenarnya fikirkan keadaan bonda yang duduk seorang diri... itu yang buat sangat berat hati untuk meninggalkannya walaupun ada adik beradik lain yang tinggal berhampiran, itulah hakikatnya... bila duduk berjauhan...


    Ummi,
    terima kasih Ummi sudi datang, banyak Amie masak siput sedut tu...3 kilo! Penuh sebelanga! Puaslah kami berlumba menyedut... lawan siapa banyak!

    BalasPadam
  20. papa mifz sgt suko siput sedut masak cili api...:)

    BalasPadam
  21. dpt mangga dgn kerabu tu pun dah cukup sedap dahhh

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe