Rendang Ayam Kampung & Sambal Kacang Kerang

9:58 PTG

Assalamualaikum semua. Hari ini Syawal ke 8. Masih lagi dalam suasana raya walaupun sudah tiada lagi segala rendang dan ketupat. Kuih raya tentu masih berbaki. Amie sendiri belum sempat membuka segala kuih muih, halwa dan jeruk buah-buahan serta pelbagai kerepek dan keropok yang bonda bekalkan. Apa pun kita layan dulu menu di bawah ini. Menu Rendang Ayam Kampung ini Amie sendiri yang masak semasa di kampung. Untuk tradisi 'munjung' Kak Ros, iaitu kakak Amie bantu bonda masak ayam, masak sayur lodeh dan juga ketupat. Bagi masyarakat Jawa tradisi 'munjung' memang sudah tidak asing lagi. Tradisi ini biasanya dilakukan sehari atau beberapa hari awal sebelum menjelang raya. Kami akan menghantar sedikit ketupat bersama lauk-pauk ke rumah jiran dan saudara mara terdekat. Begitu juga dengan yang lain, jiran tetangga dan saudara mara akan menghantar 'punjungan' pula ke rumah kami. Tidak kisahlah, siapa yang dulu hantar, dan kebiasaannya tradisi ini merupakan tradisi 'bertukar' juadah. Di bawah ini bukan masakan untuk punjungan tetapi khas Amie masak untuk santapan keluarga. Resepinya Amie ambil dari MYR - Mat Gebu@myresipi.com


Minta izin ye Mat, Amie panjangkan resepi di bawah ini untuk rujukan kawan-kawan. Amie buat rendang ayam kampung gunakan 5 ekor tapi di bawah ini Amie perturunkan resepi mengikut apa yang Mat Gebu hasilkan. (Biasanya ayam kampung agak liat dan keras, tapi ayam kampung yang Amie masak memang bonda pelihara khas untuk hidangan keluarga. Setiap hari bonda akan beri makan nasi hangat... nasi yang baru ditanak... kata bonda ayam-ayam ini perlu diberi makan nasi hangat secukupnya supaya cepat berisi dan dagingnya lembut apabila dimasak. Kalau digoreng pun, anak-anak suka makan sebab dagingnya tidak seliat dan sekeras yang kita sangka.... dan yang sebaiknya pilih ayam kampung yang berumur 6 bulan!)

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar
  • 4 camca besar kerisik
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula Melaka
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
  2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
  4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
  5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
  6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesiapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.

Kebiasaannya, kami masak rendang kerang untuk cicah dengan ketupat, tetapi memandangkan sudah ada Rendang Ayam Kampung, Amie masak  Sambal Kacang  Kerang pula. Memang banyak kerang yang sudah dikopek dijual di pasar tapi Amie sengaja beli yang masih segar, rebus dan kopek sendiri. Rasanya tentulah lebih manis....... dan memang rezeki Amie tinggal di Mukim Jeram sebab memang kawasan pantai Jeram membekalkan banyak hasil kerang-kerangan laut!


Oleh kerana Amie masak 10 kg kerang (yang belum dikopek.... bila dah kopek beratnya tak sampai 4kg), jadi di bawah ini Amie turunkan resepi untuk 1kg kerang sahaja. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba sekiranya melebihi 1kg, bolehlah gandakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan Sambal Kacang Kerang:

1kg isi kerang
500gram kacang tanah - goreng dan tumbuk (jangan sampai halus)
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 sudu pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
5cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 sudu gula pasir
garam secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
10 biji lada kering
10 biji bawang merah
7 biji bawang putih
1.5cm belacan
3 batang serai
3cm halia
1.5cm lengkuas
1/2 sudu ketumbar
1/2 sudu jintan manis
1/2 sudu jintan putih

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga pecah minyak.
2. Masukkan kerang dan gaul rata.
3. Masukkan bancuhan air asam jawa, dan santan cair dan biarkan kacau sekali-sekala hingga mendidih.
4. Masukkan kacang tanah dan perlahankan api. Masukkan pula santan pekat.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali-sekala.
6. Apabila kuah telah pekat, angkat dan hidangkan.

P/S: jika tidak suka santan, tidak perlu masukkan. Gantikan dengan air tetapi lebihkan minyak semasa menumis bahan-bahan kisar.



Rendang Ayam Kampung & Sambal Kacang Kerang merupakan antara 2 menu hidangan di pagi raya pertama. Seronok betul Amie pagi itu sebab kakak-kakak, adikdan ipar duai datang membawa pelbagai juadah dan lauk pauk, ketupat, nasi himpit dan ketupat daun palas..... sayangnya akibat terlalu leka melayan rasa seronok, terlupa ambil gambar! Mmmmm..... tiba-tiba teringin pulak nak makan lauk-pauk raya!

9 comments

  1. Aduhai, kalaulah rumah Amie dekat, dah lama ummi bertandang, nak rasa air tangan Amie...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Amie,
    Dah meleleh dah air liur ni menengok rendang ayam kg dan sambal kerang Amie. Akak suka sangat ni, kalaula Amie dok sebelah, nak tebalkan muka mintak semangkuk keh keh keh....

    BalasPadam
  3. Ummi,
    jemput datang Ummi....

    Wattie,
    boleh... boleh datang ..jangan malu-malu...

    BalasPadam
  4. ayu x pernah masak ayam kg sebab org kata liat ek...ada tips kt nk masak kasi ok ek???

    BalasPadam
  5. Kak Zai jarang masak ayam kampung sebab lama nak masaknya.

    Mungkin nak cuba buat sambal kacang kerang nampak sedap dan tak susah sangat menyediakannya.

    BalasPadam
  6. k. amie sihat....
    rasenye dah licin kot sambal kacang kerang tu...sbb ramai sangat yg ambik...
    kalau mcm tu..., nak minta kulit kerang pun jadilah..untuk tabur bawah pokok limau belakang rumah ucu ni ha...

    BalasPadam
  7. Lady Ayu,
    ayam kampung kami tak liat sebab bonda pelihara dengan caranya yang tersendiri.... bagi makan nasi hangat selama 6 bulan...lepas tu sembelih, dagingnya sedap...tak keras!


    Zaitun,
    memang orang kata ayam kampung l;ama nak masak, tapi ayam kampung peliharaan bonda Amie tak liat sebab memang bonda pelihara untuk makan / sembelih...

    BalasPadam
  8. Ucu.... ambillah kulit kerang tu, ada lebih buat main dam! he he hehhh

    BalasPadam
  9. nampak sedap kerang tu, bak sepiring Kak Amie :)..poslaju, bungkus elok2 tau :D

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe