ADSENSE

Sabtu, 11 Mei 2013

Nasi Asoka

Assalamualaikum.
Paparan ringkas untuk hari Sabtu..... 



Pernah makan Nasi Asoka? Amie pernah masak DI SINI. Rindu sangat dengan aromanya yang menggoda selera, jadi hari ini Amie masak sekali lagi. Nampaknya hidangan ini tidak popular tetapi rasanya memang enak terutama daging ayam yang lembut itu sebab dikukus dahulu baru di goreng. Amie jumpa resepi Nasi Asoka ini pun dalam sebuah majalah lama, dan tak tertulis pula tahun terbitannya.




Resepi: Nasi Asoka
Sumber: Sajian Tradisi Popular - Majalah Perempuan

Bahan-bahan:
1kg Beras Jati Super Siam Istimewa - Amie gunakan 4 cawan rice cooker beras Basmathi dan rendam 10 minit
1 liter air - Amie gunakan 5 cawan sukatan cawan rice cooker
70ml susu sejat
garam secukup rasa

Bahan-bahan rempah kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 inci halia tua
1 sudu besar rempah masala

Bahan dedaun:
2 tangkai daun kari
3 tangkai daun pudina - Amie tak gunakan

Bahan kekacang:
1/2 cawan kacang gajus - digoreng
1/2 cawan badam - digoreng - Amie tak gunakan

Minyak untuk menumis:
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung dalam rice cooker. Tumis bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan daun kari dan daun pudina dan tumis hingga layu.
3. Masukkan air, susu dan garam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan beras dan tutup, kacau sekali-sekala.
5. Apabila wap nasi naik, gaulkan bahan kekacang dan kacau perlahan-lahan dan tutup periuk.
6. Apabila nasi telah kering, bolehlah dihidangkan bersama ayam goreng.

Sebenarnya tidak dituliskan resepi ayam goreng untuk nasi ini tetapi ada disebut tentang ayam tersebut hendaklah diperap bersama lada sulah dan garam masala serta dikukus terlebih dahulu sebelum digoreng. Di bawah ini Amie sertakan resepi yang Amie sendiri buat untuk menghasilkan Ayam Goreng Asoka. Jadi, nama Ayam Goreng Asoka ini sememangnya pandai-pandai Amie sendiri untuk memberikan namanya.



Resepi: Ayam Goreng Asoka

Bahan-bahan:
4 keping daging ayam
minyak

Bahan perapan:
1 sudu besar rempah masala
1/2 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu lada putih - kisar
3 biji bawang putih - kisar
1.5cm halia - kisar
1 sudu besar serbuk pati ayam

Cara:
1. Perap daging ayam bersama bahan perapan selama 1/2 jam.
2. Kukus daging ayam sehingga masak. Keluarkan dari pengukus dan toskan.
3. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi hingga garing.
4.Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Asoka.



Jemput makan... Bismillah....


9 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

nama nasi tu pun sudah menarik apalagi kalau dapat makan..em, mesti sedap kan..

Rohah berkata...

rancaknya kak..angger ono rezeki tekan negeri sabah,arek mamperlah...arek mangan nasi asoka..hehee.bujang cilik wes pandei opo..

Acik Erna berkata...

assalam amie..baru pertama kali acik tau dan tengok nasi ni..sedap ye amie

Hafizah Mohamad berkata...

salam kak...sedapnya nasi asoka ni...ayam pun sedap...fiza ambil yer resepinyer....t/kasih kak...

ummiross berkata...

Salam ahad Amie..

Datang tengok nasi asoka, ummi tak pernah makan lagi tapi nampak memang sedap sangat tu.

Cik Wan berkata...

alamak!! mengancam sungguh nasi ni..tetiba rasa lapar :-)

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie, nampak sangat2 sedap nasi asoka tu, lagi best bila ada gajus tu, lapar tetiba je nih

hana berkata...

salam kak.amie..
nampak menarik nasi akak nih... leh cuba nanti time wiken.... tima kasih kak

tenku butang berkata...

done follow/singgah sini..No. 934
jom follow/singgah blog teman.. heee..http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/