Jumaat, 3 Mei 2013

Ikan Percik - Ikan Lumahan Percik

Assalamualaikum.
Salam sayang buat semua. Jom ambil seekor seorang Ikan Lumahan Percik yang Amie hidangkan di bawah ini.


Resepi asal menggunakan ikan bawal, tapi Amie gunakan ikan lumahan. Ikan lumahan mungkin sekali ikan kembung saiz besar kalau di semenanjung ye... orang Sabah panggil ikan lumahan.



Resepi : Ikan Percik
Sumber : 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza

Bahan A:
1 ekor ikan bawal - Amie gunakan 4 ekor ikan lumahan seberat 1kg
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula
1 sudu teh halba
2 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa

Bahan B: di kisar
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai

Cara:
1. Lumurkn sedikit garam dan kunyit pada ikan.
2. Masakkan semua bahan kecuali ikan sehingga pecah minyak dan pekat.
3. Bakar ikan sambil sapukan kuah yang sudah pekat tadi.
4. Hidang dan hiaskan dengan salad atau pun timun.

11 ulasan:

Yatie berkata...

singgah sini nak tumpang makan ni, sedapnya ikan percik ni Amie....wat terliur je..lenkali leh cuba ni..

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

Sedapnya Amie ikan percik.. MaDiHaA dah lama benar tak buat lauk percik ni. biasanya buat percik waktu bulan puasa je.. hehe.. ni kerap sgt tengok kawan2 masak lauk percik.. terliur pula dibuatnya...

Bbwana adienia berkata...

salam kak amie..

sedapnya menu..ikan lumahan percik..

LOVELYGIFT AND HOME DECO berkata...

Sedapnya...

whitecappuccino berkata...

hari ni masak bubur nasi jer..

fazianbatrisyia berkata...

nampak sedap sangat...Ikan lumahan pun sy tak kenal...

EmbunRosaliza berkata...

Assalam amie,kita nak sekor ikan lumuhan percik sedap nampak tu. Mesti best percik ni bau aroma halbakan.

rahel berkata...

Pintu jgn dikunci ya..senang sy masuk rumah...nasi un kena masak lebih...saya kuat makan..

Temuk berkata...

Assalam, Amie
Lama tak ke dapur Amie ni. Oh, ikan lumahan tu ikan kembung rupanya. Bagi Ayah, asalkan ikan, itu lebih tinggi markahnya berbanding ayam, apa lagi daging. Ikan percik Amie tu Ayah ambil semua, hihihi. Selamat mengundi!

faa.rosli berkata...

waaa...sedap sedap sedap...

Gya DuniaKu berkata...

jalan petang2 ni rasa teringin tgk ikan akak ni...
aduyai terliur ikan percik ....
http://monasrie.blogspot.com/