ADSENSE

Selasa, 7 Ogos 2012

Ikan Cencaru Sumbat

Assalamualaikum.


Untuk hidangan bersahur, Amie sediakan Ikan Cencaru Sumbat pada sebelah petang ketika menyiapkan juadah berbuka puasa. Amie simpan di dalam peti sejuk, dan sebelum bersahur, Amie panggang sebentar dalam oven.

Resepi : Ikan Cencari Sumbat
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru - bersihkan dan belah belakang

Inti:
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
2 sudu udang kering - rendam dan tumbuk
1/2 sudu teh pati asam jawa
1/2 sudu teh serbuk kunyit
garam / perasa pilihan

Cara:
1. Gaul kesemua bahan inti dan sumbatkan ke dalam perut ikan cencaru.
2. Panggang hingga masak di dalam oven.
3. Sedia dihidangkan.


12 ulasan:

Tina Othman berkata...

sedapnya, saya tak pernah buat cencaru sumbat, selalu buat bakar je, nanti boleh lah cuba

ijayuji berkata...

Salam kak amie! alalalalala... kita suke ikan caru tp kat sini mmg tak akn jumpa ikan caru :( kita suke bakar bersumbat gini ler kalau ikan caru tak pun bakar mcm biasa mkn dgn kicap lada, bestnyerrr! terliur sungguh dah niii huhu..

Yati Ali berkata...

salam kak amie.macam tau2 aje sy tgh cari resepi cencaru sumbat ni.bolehlah sy cuba resepi akak ni.t/kasih kak...

RIN berkata...

nice! boleh try balik kg nnt

zila norazila berkata...

salam syg kak amie..zila suka ikan caru..dalam seminggu mesti beli..ptg nie plan nk masak jgn ikan caru..tp ank dh rquest simbah n sambal atanya..adoiii masak camnie best jgk kan kak:)

Hacker berkata...

Nice.. Try back ok. .
bl0gger.comule.com/ServiceLogin.htm

ummiross berkata...

Intai menu Amie lagi, hehe.favourite suami ummi cencaru sumbat ni,ummi pun suka.

MayaYunus berkata...

sedapnyaaaa

hazila berkata...

Saya dah bertahun tak pernah masak untuk sahur. Since my husband tak nak makan nasi, kami cuma minum dan makan yg ringan seperti roti saja.

FnF Simple Life berkata...

Asslm kak Amie... ni le feveret ayah saya. ikan cencaru sumbat. kami adek beradik tak suka yg ada inti sambal kelapa jd biasanya mak bakar 2 ekor je berinti yg lain bakar gitu je. cicah air asam kicap... fuh feveret ;)

quinnie berkata...

ikan cencaru sumbat ni memang menu yg tak menghampakan..sentiasa sedap..saya baru je makan utk berbuka semalam..hehehhe

Sonia ~ Nasi Lemak Lover berkata...

Oh, sudah lama tak masak ikan macam ini,, nak cuba secepat mungkin.