Apam Labu Manis - Salmah Haron Singapore
5:23 PTGSelamat petang rakan-rakan pengunjung Amie's Little Kitchen yang budiman. Petang ini Amie ingin kongsi resepi yang sungguh mudah, lazat dan berkhasiat! Resepi ini Amie perolehi daripada rakan kumpulan Meriahnya Dunia Masakan iaitu Salmah Haron dari Singapore.
Resepi : Apam Labu Manis
Sumber : Salmah Haron Singapore
Bahan-bahan:
1 cawan labu rebus - lenyek halus
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
200ml air
250ml santan kelapa
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh yis
Cara:
1. Satukan kesemua bahan dan (Amie masukkan dalam mixer) gaul hingga sebati.
2. Perap adunan selama 1 jam
3. Sapukan acuan dengan minyak.
4. Kukus selama 15-20 minit menggunakan api yang kuat.
Lembut saja kejadiannya. Rasanya enak, manis-manis manja!
Jom, ada sesiapa yang mahu ikut Amie ke Singapopre? Hantar sepiring Apam Labu Manis untuk Salmah Haron!
15 comments
Ehem ehem.terliur dah ni tgk kuih tu:)
BalasPadamrasa nak capai je sebijik apam tu :)
BalasPadamSalam Amie,
BalasPadamTakkan nak hantar p S'pore saja, yang dekat Penang ni tak teringat ker....tak aci la cam ni, nak gak merasa seketul dua....
Laskar pelangi,
BalasPadamlap liur tu dik... meh makan sama.
Kasih,
ambil....ni ha Amie tolong hulur he he hehh
Wattie,
Yang kat Penang tetap dalam ingatan.... tunggu kat Jambatan Pulau Pinang ye... sat lagi Amie sampai naik feri he he hehhh
nampak lembut je apam tu kalau makaan sebiji tak cukup ni Mie...hehee
BalasPadamKe bangi tak nak hantar 2 piring ke Amie?hehe..
BalasPadamNampak sedap dan lembut tu..
Salam Kak Amie.. wah sana sini resipi labi.. kalau macam ni nak kena beli labu baru boleh cuba SEMUAAAA resipi labu dari dapur kawan-kawan.. yang ni simple dan nampak best!
BalasPadamAssalamualaikum k amie...sedapnya apam labu..mieza pernah wat sekali..pastu bantat..terus tamau buat dah..cepat serik mieza ni heheh
BalasPadamAssalamualaikum Amie,
BalasPadamcantiknya apam labu ni, smlm masak sayur labu, nampaknya kena beli labu lagilah sbb nak cuba resepi ni plk...suka kuih yg kukus2 mcm ni..mesti cuba..tq Amie....
Assalam kak Amie cyng,sedapnya apam..sana sini tgk org tayang apam teringin lak nk mkn tapi mcm tak berapa nk rajin lagi nk buat..mkn jer rajinnya...hehe
BalasPadamKak Noor,
BalasPadammemng sangat lembut kak Noor... lagilah baru keluar dari kukusan terus ambil gambar... kalau tunggu sejuk memang tak ada baki laaa...
ting tong..ting tong
Ummi... apam labu 2 piring dah sampai depan pitu ni...he he hehe
Shahriah,
memang simple sangat buat apam labu ni kan sha... makannya pun sedap sebab ada campuran tepung berasnya...lembut!
Mieza,
BalasPadamni pertama kali kakak buat apam labu, alhamdulillah menjadi, sebelum ni buat kek labu kukus je, buat lagi Mieza sayanggg...
Waalaikumussalam Yatie,
kalau kelmarin Yatie buat sayur labu, hari ini pula Amie nak masak lemak labu.. memang lembut apam labu manis ni Yatie... sedap!
Nieza,
kakak buat apam labu ni sebab cara buatnya sekali harung masuk mixer... he he heh tu yang suka sangat buat tu, tajk banyak kerjanya he he heh
Akak teringat Hasnah Haron pulak...
BalasPadamAmie nak ke Singapore ke? kirim salam ye dgn Salah Haron tu...hehe...hantor ler Sabah jugak.
Simple resipi ni, mcm nak cuba.
wahhh..kilat elok je kak amie..
BalasPadammmg menaikkan selera..best jgak ni makan ptg2 ni kan..;)
Zana pb,
BalasPadaminsya-Allah salam akan disampaikan..., boleh hantar kat Zana... kita duduk satu negeri gak he he heh dekat je
Nens,
kilat sebab santannya kot... lembut je rasa dia nens, cubalah.