ADSENSE

Ahad, 8 April 2012

Apam Mentega

Assalamualaikum semua. Hari ini cuaca cerah, angin bertiup nyaman, sinaran matahari terang benderang menyuluh alam. Alhamdulillah, suasana di dalam dan di luar rumah sungguh menyelesakan. Entah angin mana yang bertiup, tiba-tiba rajin pula tangan keras kejang Amie menggodek tepung dengan teman-temannya yang lain. Maka pagi ini terhidanglah Apam Mentega versi Amie. Versi Amie kali ini Amie gantikan susu cair dengan susu perisa coklat. Hasilnya, warna Apam Mentega kali ini kelihatan lebih gelap berbanding yang biasa Amie buat. Rasanya tetap sama, cuma ada sedikit aroma coklat ketika kita menikmatinya. Resepi asal bolehlah klik di Apam Mentega Gula Hangus versi Kak Siti.




Kepada yang bangun lewat pagi ini, atau yang belum bersarapan silakan nikmati hidangan pagi dengan minuman panas dan beberapa ketul Apam Mentega. Ambillah mana-mana pun, yang atas boleh yang di bawah pun boleh.




Resepi : Apam Mentega

Sumber : Amie's Little Kitchen

Resepi Asal : Apam Mentega Gula Hangus versi Kak Siti

Bahan A: Gula Hangus

1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gram mentega

Bahan B:

1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum - ayak bersama soda bikarbonate
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla

Cara:
Bahan A: Gula Hangus
1. Untuk menyediakan gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk.
2. Masak dengan api perlahan sehingga gula larut dan berwarna perang.
3. Padamkan api dan masukkan air. 
4. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut.
5. Masukkan mentega dan kacau rata. Ketepikan.


Bahan B: Adunan
1. Untuk menyediakan bahan adunan, pukul gula, telur dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
3. Masukkan susu dan diselang-selikan dengan tepung. Gaul rata. 
4. Panaskan pengukus dan acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan. 
6. Kukus selama 12 hingga 15 minit.


Amie gantikan susu cair dengan susu perisa coklat. Sukatan gula pasir sepatutnya 1 1/2 cawan tapi Amie gunakan 1 1/4 cawan.





Selamat berhujung minggu! Amie masuk dapur semula untuk persiapan hidangan tengahari. Pagi ini memang rasa ceria sebab rumah sudah dibersihkan, pakaian sudah tersidai di jemuran dan segala urusan berjalan lancar hasil kerjasama Encik Suami dan anak-anak! 

19 ulasan:

ummiaisyah berkata...

salam kak Amie..
sedap nmpknya apam tu..tersusun sopan je..hehehe

Amie berkata...

Ummiaisyah,
bertenggek2lah pulak apam tu ye...

Tihara berkata...

waw cantiknya apam, nampak sedap makan petang2 :)

Amie berkata...

Tihara,
memang boleh makan sampai petang ni, buadak2 suka...buat lebih sikit.

mama sara nur berkata...

assalam k.Amie
nak bekfas kat sinilah he he makan apam yg comel2 ni
kita wat cekodok manis je k.Amie, hari cuti masak nk makan umah kenduri kawen he he

rahel berkata...

Kak Amie...cantek2nya apam mentega tu..tergoda gue..

ijayuji berkata...

Salam kak amie!! Canteknya apam akak, suke pulak tgk, leh cuba ni kak sbb kita suke apam, kaler dia pun cantek jerr, lapo pulak tgk ehehe.... Selamat beristirehat dgn family kak!

Wani berkata...

salam kak amie... kat sini hujan renyai2 sejuk je ..alhamdulillah ... dah beberapa hari asyik panas membahang je .. rajin kak amie godek2 tepung maka terhasillah apam mentega .. comel betul ... hihi..kalau dah nak hulur pinggan ni :)

Ros berkata...

Assalamualaikum Amie,

Comelnya apam ni Amie....nak sikit he.he.he......

Kak Sam berkata...

rajinnya. pagi2 layan apam.

myda_ahmad berkata...

adunan nie dpt brpa ketui kak?.....

Amie berkata...

Mama Sara Nur,
petang ni kita pun dapat jemputan makan juga....

Rahel,
cantik macam orang juga ye Rahel...

Ika,
ini ajelah apam yang pandai dibuat, dan memang kegemaran anak-anak.

Amie berkata...

Wani,
cuaca tempat kami tenang & nyaman... hadooiii boleh santai-santai sambil kunyah apam!

Ros,
waalaikumussalam,
jemput Ros... jemput makan sama.

Kak Sam,
tengah datang mood rajin godek tepung kak.

Myda,
bergantung kepada saiz acuan, tapi kak Amie memang dapat banyak... sayangnya tak kira berapa banyak... lebih 30 ketul kot... sebab sempat bagi jiran kiri dan kanan, anak-anak pun kenyang makan.

ummiross berkata...

Amie..ummi sukanya apam mentega ni,kalau datang rumah Amie tak pernah kecewa, makanannya sedap2 belaka.

Amie berkata...

Ummi,
terima kasih sudi datang, walaupun Ummi dah jauh ke Bangi tapi tetap juga berkunjung ke dapur Amie... terima kasih Ummi sayang!

izahdaut berkata...

memang suke apam mentega resepi kak fiza ni. idea baik tukar susu coklat kan. hmmm best best

Asmara berkata...

Salam kak amie! saya buat apam ni tadi lepas tengok akk post kat sini. TQ kak! mmg sedap! :D

quinnie berkata...

lama betul tak masak apam gula hangus ni...saya ni dah lama teringin nak makan tapi tang nak buat gula hangus tu malas betul..hehehhe

Amie berkata...

Izah,
memang apam mentega kesukaan ramai, lemak manis gebu...

Ummiross,
baru nak lembut-lembutkan tangan godek tepung ni Ummi.

Quinnie,
kadang-kadang memang malas nak buat gula hangusnya, tapi kalau dah datang rajin memang terus jadi.