Jumpa lagi rakan-rakan maya.
Siapa suka jeruk buah?
Zaman kanak-kanak dahulu, kalau pergi beraya sudah tentu suka makan jeruk atau halwa buah. Amie paling suka makan jeruk mangga dan halwa kolang-kaling. Haaa, kolang-kaling itu bahasa Jawa. Kolang-kaling ini sebenarnya isi buah nipah muda. Jeruk dengan halwa memang berbeza. Jeruk rasanya masam-masam, tapi halwa memang manis bergula.
Ini kisah orang tamak apabila terjumpa jeruk buah di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu. Lima malam menginap di Hotel Grandis yang terletak di bangunan sama dengan mall sudah tentulah setiap hari kami teroka semua tempat di sini terutamanya tempat makan!
Ini kisah orang tamak apabila terjumpa jeruk buah di Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu. Lima malam menginap di Hotel Grandis yang terletak di bangunan sama dengan mall sudah tentulah setiap hari kami teroka semua tempat di sini terutamanya tempat makan!
![]() |
| Pelbagai jenis jeruk buah di Suria Sabah Shopping Mall |
Sebelum daftar keluar hotel, dan sebelum berangkat ke lapangan terbang, Amie bersama Nora membeli apa yang patut untuk di bawa pulang termasuk jeruk buah-buahan. Separuh untuk kawan-kawan di tempat kerja dan separuh lagi untuk sendiri. Hampir 3 kilogram jugalah kita memborong segala jeruk buah itu.
Kami bersama-sama ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Amie terbang ke Lahad Datu, Nora terbang ke Tawau.
Kami bersama-sama ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Amie terbang ke Lahad Datu, Nora terbang ke Tawau.
![]() |
| Jeruk buah pala. |
Boleh tambah serbuk pencecah buah. Macam-macam perasa ada. Ala-ala serbuk colek ala Thai begitulah.
Boleh beli serbuk colek dalam bekas yang berasingan.
Melihat jeruk betik, teringat Encik Suami suka sangat meratah!
Setiap 100 gram jeruk buah berharga RM4.80 sen. Kita ambil sendiri dan masukkan dalam bekas:
- Jeruk Mangga
- Jeruk Sengkuang
- Jeruk Bawang Putih
- Jeruk Salak
- Jeruk Anggur
- Jeruk Pala
- Jeruk Kedondong
- Jeruk Ceri
- Halwa Kolang-Kaling
![]() |
| Halwa Kolang-Kaling |
![]() |
| Jeruk Mangga |
![]() |
| Jeruk Ceri |
![]() |
| Jeruk Salak |
![]() |
| Jeruk Mangga |
![]() |
| Jeruk Kedondong |
Sampai LD, gigi pula meragam. Memang pantang makan masam dan manis! Tak dapatlah nak meratah setiap malam (bulan puasa). Encik Suami kata, jeruk buah hampir habis sebab dia makan setiap malam. Kita kata, eloklah habis daripada terbiar. Apabila sakit gigi, semua yang sedap jadi tak sedap!


.jpg)








.jpg)

























