Sardin Sambal Tuhau Kegemaran Firdaus
7:45 PTGPada hari yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda, sambil bermuhasabah tentang sejauh mana kita benar-benar berusaha mencontohi akhlaknya dalam kehidupan seharian. Semoga cinta kita kepada Rasulullah SAW bukan hanya terucap di bibir, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, tutur kata, perbuatan dan cara kita melayani sesama manusia.
Sebaik sahaja Encik Suami keluar dari hospital, Fairuz terus out station ke Kota Kinabalu, ke Tawau dan ke Sandakan. Balik pun sekejap-sekajap sahaja, sekadar mandi dan solat kemudian sambung semula kerjanya. Dua hari lepas, Fairuz bawa pulang tiga bekas tuhau yang dibeli di Pekan Kundasang. Sebekas berisi jeruk tuhau, sebekas lagi berisi serondeng tuhau dan sebekas lagi berisi sambal tuhau.
| Sardin Sambal Tuhau |
| Tiga bekas tuhau. |
- Jeruk Tuhau
- Sambal Tuhau
- Serondeng Tuhau
| Sardin Sambal Tuhau |
| Bismillah |
Bahan-bahan:
- 1 tin kecil sardin dalam tin
- 1 sudu besar sambal tuhau
- 1 sudu besar jeruk tuhau
- 1 biji kentang - kupas - potong wedges 8 bahagian - goreng hingga masak - angkat - toskan
- 1 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 tangkai cili hijau
- 1 tangkai cili merah
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan hiris hingga layu.
- Masukkan sambal tuhau dan jeruk tuhau.
- Biarkan masak sehingga terbit aroma.
- Masukkan ikan sardin, sos tiram, kicap, garam / perasa pilihan, cili merah dan cili hijau.
- Gaul rata.
- Masukkan kentang goreng dan masak sehingga terbit minyak.
- Padamkan api dapur.
| Ikan Temparing Bakar Kunyit |
| Hidangan Makan Tengah Hari / Malam |
| Sayu Pucuk Paku Masak Lemak dengan Daging Rusa |
| Alhamdulillah, nampak Encik Suami berselera makan nasi dengan ikan bakar dan sayur bening sawi. |
Sekian, cerita untuk hari ini.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda.
Salam Maulidur Rasul ﷺ
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW menjadi jalan untuk kita semakin dekat kepada Allah SWT.
25 comments
Alhamdulillah semuga enche majed bertambah sihat. Mesti tuhau ada aroma tersendiri seperti budu atau cencalok sampai kan Firdaus sudah kenal baunya.
BalasPadamMacam daun kesum dan bunga kantan yang ada aroma tersendiri, begitulah tuhau.
PadamTuhau ni sejenis mcm ikan sardin tu ke?
BalasPadamTumbuhan.
PadamKita baru lepas makan Nasi Tomato tapi entahlah kenapa, rasa kecur pulak tengok Sambal Sardin letak tuhau tu. Walaupun tak pernah makan, tapi sebab Firdaus suka, tentulah sedap apa² sambal diletak tuhau.
BalasPadamAda orang tak pandai makan hehehe.
Padamsorry kak, terlepas kapalterbang, tuhau tu ape?
BalasPadamAlhamdulillah, banyak rezeki sekeluarga hari ni
Tumbuhan herba.
PadamWah! Daus suka pedas eh?
BalasPadamUncle pun tak tau tuhau tu apa.... Buat malu kat Daus je....
Boleh Google kan Uncle.
Padamsalam maulidur rasul saw. tuhau tu apa ye? baru first time dengar ni.. hehe. tapi nampak pada fotonya macam menyelerakan..
BalasPadamSalam Maulidur Rasul.
PadamPremium masak lemak pucuk pagu tu, ada daging rusa :D
BalasPadamYa, ada lebihan daging rusa rebus. Tu yang masuk dalam sayur tu.
PadamBaru tadi tekak Lin bisik, lamanya tak makan sardin.. ishhh masuk sini nampak pulakkk sambal sardin.. esok nak masaklah
BalasPadamMasak, jangan tak masak sardin.
Padamsedapnya semua menu amie alhamdulillah salam maulidur rasul
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamYang outstation ke KK, Tawau & Sandakan Fairuz kan bukan Firdaus. Lahaiiii.. kak.. bila ada 2 anak bujang kat rumah sampai tersasul² ya.
BalasPadamGeram pulak nengok ikan goreng Temparing tu.. rasa nak cubit masuk mulut je.
Terima kasihh, nanti saya betulkan. Ikan tempering mrmang sedap... isinya gamol.
PadamSedapnya lauk tuhau. Siap gugel cari tuhau, spesis halia katanya.
BalasPadamBetul, keluarga halia.
PadamAlamak, saya tertinggal cerita ni. Tak tahu pula husband Kak Amie masuk hospital. Alhamdulillah dah discharged.
BalasPadamPandai Firdaus, bau je dah tahu mommy masak apa. Senang juga kerja masak sambal sardin sekali dengan sambal tuhau ni kan. Sambal dah cukup rasa dan masamnya tu.
Harini ilmu baru, ikan temparing pula. Comel pula namanya. Kalau kak Amie tunjuk semula nanti mesti lupa. hihihi...Banyak jenis ikan dalam blog kak Amie ni.
Sedapnya lauk pucuk paku masak lemak +daging rusa tu. Alhamdulillah ada selera makan tu kita pun senang hati.
Di manalah saya nak cari tuhau di siniii😅😅. Teringin sangaaaat. Tuhau Ini ada dijual di KL tak kak? Blm tahu kapan bisa ke Sabah. Tapi kalau ke KL memang tiap tahun.
BalasPadamIni dah terbayang sedaap sangat ikan sardin masak tuhau 😍😍. Pasti habis banyak nasi lah 😅😅.
Terliur betul tengok lauk-pauk Kak Amie hari ni. Kombinasi Sardin Sambal Tuhau dengan pucuk paku daging rusa tu memang mantap! Paling gembira bila baca Encik Suami dah mula berselera makan nasi dengan ikan bakar garing dan sayur bening sawi tu. Semoga Encik Suami bertambah sihat dan diberikan kesembuhan berpanjangan ya Kak Amie.
BalasPadam