Sardin Sambal Tuhau Kegemaran Firdaus
7:45 PTGPada hari yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda, sambil bermuhasabah tentang sejauh mana kita benar-benar berusaha mencontohi akhlaknya dalam kehidupan seharian. Semoga cinta kita kepada Rasulullah SAW bukan hanya terucap di bibir, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, tutur kata, perbuatan dan cara kita melayani sesama manusia.
Sebaik sahaja Encik Suami keluar dari hospital, Firdaus terus out station ke Kota Kinabalu, ke Tawau dan ke Sandakan. Balik pun sekejap-sekajap sahaja, sekadar mandi dan solat kemudian sambung semula kerjanya. Dua hari lepas, Fairuz bawa pulang tiga bekas tuhau yang dibeli di Pekan Kundasang. Sebekas berisi jeruk tuhau, sebekas lagi berisi serondeng tuhau dan sebekas lagi berisi sambal tuhau.
| Sardin Sambal Tuhau |
| Tiga bekas tuhau. |
- Jeruk Tuhau
- Sambal Tuhau
- Serondeng Tuhau
| Sardin Sambal Tuhau |
| Bismillah |
Bahan-bahan:
- 1 tin kecil sardin dalam tin
- 1 sudu besar sambal tuhau
- 1 sudu besar jeruk tuhau
- 1 biji kentang - kupas - potong wedges 8 bahagian - goreng hingga masak - angkat - toskan
- 1 sudu besar kicap lemak manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 4 sudu besar minyak
- garam / perasa pilihan secukupnya
- 3 ulas bawang putih
- 1 labu bawang besar
- 1 tangkai cili hijau
- 1 tangkai cili merah
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan hiris hingga layu.
- Masukkan sambal tuhau dan jeruk tuhau.
- Biarkan masak sehingga terbit aroma.
- Masukkan ikan sardin, sos tiram, kicap, garam / perasa pilihan, cili merah dan cili hijau.
- Gaul rata.
- Masukkan kentang goreng dan masak sehingga terbit minyak.
- Padamkan api dapur.
| Ikan Temparing Bakar Kunyit |
| Hidangan Makan Tengah Hari / Malam |
| Sayu Pucuk Paku Masak Lemak dengan Daging Rusa |
| Alhamdulillah, nampak Encik Suami berselera makan nasi dengan ikan bakar dan sayur bening sawi. |
Sekian, cerita untuk hari ini.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda.
Salam Maulidur Rasul ﷺ
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW menjadi jalan untuk kita semakin dekat kepada Allah SWT.
3 comments
Alhamdulillah semuga enche majed bertambah sihat. Mesti tuhau ada aroma tersendiri seperti budu atau cencalok sampai kan Firdaus sudah kenal baunya.
BalasPadamTuhau ni sejenis mcm ikan sardin tu ke?
BalasPadamKita baru lepas makan Nasi Tomato tapi entahlah kenapa, rasa kecur pulak tengok Sambal Sardin letak tuhau tu. Walaupun tak pernah makan, tapi sebab Firdaus suka, tentulah sedap apa² sambal diletak tuhau.
BalasPadam