Sardin Sambal Tuhau Kegemaran Firdaus

7:45 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kita dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, bulan untuk kita mengenang dan menghayati kelahiran junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, insan pilihan Allah yang membawa cahaya Islam kepada seluruh umat manusia.

Pada hari yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas baginda, sambil bermuhasabah tentang sejauh mana kita benar-benar berusaha mencontohi akhlaknya dalam kehidupan seharian. Semoga cinta kita kepada Rasulullah SAW bukan hanya terucap di bibir, tetapi diterjemahkan melalui akhlak, tutur kata, perbuatan dan cara kita melayani sesama manusia.

Sebaik sahaja Encik Suami keluar dari hospital, Fairuz terus out station ke Kota Kinabalu, ke Tawau dan ke Sandakan. Balik pun sekejap-sekajap sahaja, sekadar mandi dan solat kemudian sambung semula kerjanya. Dua hari lepas, Fairuz bawa pulang tiga bekas tuhau yang dibeli di Pekan Kundasang. Sebekas berisi jeruk tuhau, sebekas lagi berisi serondeng tuhau dan sebekas lagi berisi sambal tuhau.

Sardin Sambal Tuhau


Ketika Amie sedang menumis sambal sardin dengan tuhau di dapur, Firdaus muncul sambil berkata : Daus tahu Mommy masak apa. Mommy masak tuhau!

Rasanya jarang anak-anak sebaya Firdaus pandai makan tuhau. Itulah kelebihannya hidup dengan orang tua, kenalah ikut selera orang tua macam kami juga... ahaks!

Amie pernah beberapa kali kongsikan resipi Sardin Sambal Tuhau : Resipi Sardin Sambal Tuhau Yang Menggoda Selera!

Tiga bekas tuhau.

Dalam gambar di atas, tiga bekas tuhau:
  • Jeruk Tuhau
  • Sambal Tuhau
  • Serondeng Tuhau
Sardin Sambal Tuhau

Bismillah


Biasanya kalau masak Sardin Sambal Tuhau, Amie hanya gunakan sambal tuhau sahaja. Kali ini Amie masukkan sambal tuhau dan jeruk tuhau sekali harung. Tamak punya pasal, semua hendak dimakan.... ahaks! Amie tidak tambahkan halia sebab tuhau sudah mempunyau aroma yang kuat. Oleh kerana sudah ada rasa masam jeruk tuhau, Amie juga tidak masukkan air asam jawa atau asam keping dalam masakan. Sambal dan jeruk tuhau sudah ada rasa garam, jadib Amie masukkan secubit garam sahaja. Tak masukkan pun boleh sebab sudah ada tambahan perasa dari sos tiram dan kicap lemak manis.

Resipi Sambal Sardin Tuhau
Bahan-bahan:
  • 1 tin kecil sardin dalam tin
  • 1 sudu besar sambal tuhau
  • 1 sudu besar jeruk tuhau
  • 1 biji kentang  - kupas - potong wedges 8 bahagian - goreng hingga masak - angkat - toskan
  • 1 sudu besar kicap lemak manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan secukupnya
Bahan hiris:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 tangkai cili hijau
  • 1 tangkai cili merah
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis semua bahan hiris hingga layu.
  2. Masukkan sambal tuhau dan jeruk tuhau.
  3. Biarkan masak sehingga terbit aroma.
  4. Masukkan ikan sardin, sos tiram, kicap, garam / perasa pilihan, cili merah dan cili hijau.
  5. Gaul rata.
  6. Masukkan kentang goreng dan masak sehingga terbit minyak.
  7. Padamkan api dapur.
Untuk Encik Suami, Amie panggangkan ikan temparing dan masak bening sayur sawi.  Encik Suami pesan, jangan bubuh minyak banyak semasa panggang ikan. Biar ikan garing, katanya. Pelengkap hidangan makan kami, Amie masak lemak sayur pucuk paku. Ada lebihan daging rusa yang sudah direbus kelmarin, Amie masak dengan pucuk paku.

Ikan Temparing Bakar Kunyit

Hidangan Makan Tengah Hari / Malam

Sayu Pucuk Paku Masak Lemak dengan Daging Rusa

Alhamdulillah, nampak Encik Suami berselera makan nasi dengan ikan bakar dan sayur bening sawi.


Firdaus dan Amie sudah tentu berebut makan nasi lauk Sardin Sambal Tuhau. Ada seekor lagi ikan bakar. Amie terlupa Fairuz masih di Kota Kinabalu. Terlebih masak pula!

Sekian, cerita untuk hari ini.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah, limpahkanlah selawat, salam dan keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda serta para sahabat Baginda.

Salam Maulidur Rasul ﷺ
Semoga cinta kepada Rasulullah SAW menjadi jalan untuk kita semakin dekat kepada Allah SWT.

25 comments

  1. Alhamdulillah semuga enche majed bertambah sihat. Mesti tuhau ada aroma tersendiri seperti budu atau cencalok sampai kan Firdaus sudah kenal baunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam daun kesum dan bunga kantan yang ada aroma tersendiri, begitulah tuhau.

      Padam
  2. Tuhau ni sejenis mcm ikan sardin tu ke?

    BalasPadam
  3. Kita baru lepas makan Nasi Tomato tapi entahlah kenapa, rasa kecur pulak tengok Sambal Sardin letak tuhau tu. Walaupun tak pernah makan, tapi sebab Firdaus suka, tentulah sedap apa² sambal diletak tuhau.

    BalasPadam
  4. sorry kak, terlepas kapalterbang, tuhau tu ape?

    Alhamdulillah, banyak rezeki sekeluarga hari ni

    BalasPadam
  5. Wah! Daus suka pedas eh?
    Uncle pun tak tau tuhau tu apa.... Buat malu kat Daus je....

    BalasPadam
  6. salam maulidur rasul saw. tuhau tu apa ye? baru first time dengar ni.. hehe. tapi nampak pada fotonya macam menyelerakan..

    BalasPadam
  7. Premium masak lemak pucuk pagu tu, ada daging rusa :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ada lebihan daging rusa rebus. Tu yang masuk dalam sayur tu.

      Padam
  8. Baru tadi tekak Lin bisik, lamanya tak makan sardin.. ishhh masuk sini nampak pulakkk sambal sardin.. esok nak masaklah

    BalasPadam
  9. sedapnya semua menu amie alhamdulillah salam maulidur rasul

    BalasPadam
  10. Yang outstation ke KK, Tawau & Sandakan Fairuz kan bukan Firdaus. Lahaiiii.. kak.. bila ada 2 anak bujang kat rumah sampai tersasul² ya.
    Geram pulak nengok ikan goreng Temparing tu.. rasa nak cubit masuk mulut je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasihh, nanti saya betulkan. Ikan tempering mrmang sedap... isinya gamol.

      Padam
  11. Sedapnya lauk tuhau. Siap gugel cari tuhau, spesis halia katanya.

    BalasPadam
  12. Alamak, saya tertinggal cerita ni. Tak tahu pula husband Kak Amie masuk hospital. Alhamdulillah dah discharged.

    Pandai Firdaus, bau je dah tahu mommy masak apa. Senang juga kerja masak sambal sardin sekali dengan sambal tuhau ni kan. Sambal dah cukup rasa dan masamnya tu.

    Harini ilmu baru, ikan temparing pula. Comel pula namanya. Kalau kak Amie tunjuk semula nanti mesti lupa. hihihi...Banyak jenis ikan dalam blog kak Amie ni.

    Sedapnya lauk pucuk paku masak lemak +daging rusa tu. Alhamdulillah ada selera makan tu kita pun senang hati.

    BalasPadam
  13. Di manalah saya nak cari tuhau di siniii😅😅. Teringin sangaaaat. Tuhau Ini ada dijual di KL tak kak? Blm tahu kapan bisa ke Sabah. Tapi kalau ke KL memang tiap tahun.

    Ini dah terbayang sedaap sangat ikan sardin masak tuhau 😍😍. Pasti habis banyak nasi lah 😅😅.

    BalasPadam
  14. Terliur betul tengok lauk-pauk Kak Amie hari ni. Kombinasi Sardin Sambal Tuhau dengan pucuk paku daging rusa tu memang mantap! Paling gembira bila baca Encik Suami dah mula berselera makan nasi dengan ikan bakar garing dan sayur bening sawi tu. Semoga Encik Suami bertambah sihat dan diberikan kesembuhan berpanjangan ya Kak Amie.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

RESIPI AMIE - SAJI - OGOS 2017

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2015

RESIPI AMIE - AROMA - JANUARI 2013

RESIPI AMIE - AROMA - MEI 2014

RESIPI AMIE - JELITA - DISEMBER 2014

RESIPI AMIE - SAJI - MEI - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - JULAI 2015

RESIPI AMIE - IBU & ANAK - JULAI 2015

RESIPI AMIE - SAJI -OGOS - 2015

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2016

RESIPI AMIE - SAJI - APRIL 2017

RESIPI AMIE - SAJI - FEBRUARI 2017

RESIPI AMIE - SAJI - JANUARI 2017

RESIPI AMIE -SAJI - MEI 2016

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Switzerland ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe