Sayur Petola Masak Lemak dengan Kudup Bunga Lili
9:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi di alam maya, di dapur kesayangan tempat mencurah segala kasih dan sayang, suka dan duka, tangis dan tawa. Kalau tak ada blog tak tahulah hendak tumpahkan hobi masa terluang di mana. Hendak mengait atau menjahit, tangan keras kejung. Mungkin akan lebih banyak habiskan masa menonton filem atau drama sahaja.... ahaks!
Dengan berblogging bolehlah syok sendiri menulis entri. Ada masa lapang bolehlah baca semula entri yang lama-lama. Rumah yang kita bina sendiri, suka hati kitalah hendak masuk waktu bila, hendak sapu sawang celah mana... hiks!
Wokey!
Petang tadi olah Sayur Petola Masak Lemak dengan Kudup Bunga Lili. Lama sungguh tak masak kudup bunga lili. Zaman dulu waktu kecil, Bonda kita selalu masak sayur bening petola, bubuh kentang, suhun, fucuk dan kudup bunga lili. Entah kenapa, sudah jarang sangat jumpa hidangan yang ada kudup bunga lili. Nanti nak masak sayur bening begitu, hidangkan dengan ikan tamban goreng garing dan sambal belacan. Issshhh...issshhh! Hari ini kita layan dulu Sayur Petola Masak Lemak dengan Kudup Bunga Lili.
Petang tadi olah Sayur Petola Masak Lemak dengan Kudup Bunga Lili. Lama sungguh tak masak kudup bunga lili. Zaman dulu waktu kecil, Bonda kita selalu masak sayur bening petola, bubuh kentang, suhun, fucuk dan kudup bunga lili. Entah kenapa, sudah jarang sangat jumpa hidangan yang ada kudup bunga lili. Nanti nak masak sayur bening begitu, hidangkan dengan ikan tamban goreng garing dan sambal belacan. Issshhh...issshhh! Hari ini kita layan dulu Sayur Petola Masak Lemak dengan Kudup Bunga Lili.
| Sayur Petola Masak Lemak dengan Kudup Bunga Lili |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Ayam Tangkap |
Untuk Firdaus dan Fairuz, Amie gorengkan Ayam Tangkap. Encik Suami petik tangkai pucuk daun kari. Daunnya kecil-kecil. Bila digoreng terus jadi halus. Firdaus kata, yang penting sedap. Dia suka makan daun kari yang digoreng! Tapi Ikan Jenahak Panggang pun dia pulun habis.
| Ekor Jenahak Panggang |
| Sambal Mangga Daun Ketumbar Jawa. |
Resipi Sayur Petola Masak Lemak dengan Kudup Bunga Lili
Bahan-bahan:
- 1 biji petola - buang kulit dan potong ikut suka
- 1 cawan kudup bunga lili - rendam hingga kembang - ramas dan bilas bersih
- 1 cawan fucuk - rendam hingga kembang
- 1 cawan suhun - rendam hingga kembang - toskan
- 1 tangkai cili merah - hiris
- 1 batang serai - diketuk
- 1 kotak santan
- 600 ml air
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 2 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang - toskan
Cara memasak:
- Jerang air di atas dapur.
- Masukkan bahan tumbuk, serai, fucuk, kudup bunga lili dan serbuk kunyit.
- Apabila masakan mendidih, masukkan santan kotak, garam / perasa pilihan.
- Apabila kuah hendak mendidih sekali lagi, masukkan petola, cili merah dan suhun.
- Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur apabila petola berubah warna.
4 comments
Lama juga tak makan sayur petals. Susah juga nak jumpe org jual lack petola di kedai
BalasPadamSecara tak lansung, blog ni boleh jadi salah satu hobi kita. Boleh meluah, simpan kenangan dan tiba-tiba dapat ramai kawan.
BalasPadamEh kudup bunga lili ye nama dia. Dia rasa macam kenyal sikit dan masam-masam ek kak Amie. Rasa macam pernah makan dulu kecik-kecik mak masak petola campur fucuk dan suhun dengan kudup bunga lili ni versi bening.
Selama ni tak tahu apa nama dia. huhu...
Kalau lauk petola berkuah ni wajiblah gandingkan dia dengan ikan goreng garing dan sambal belacan.
Ayam tangkap maksudnya? Ayam yang ditangkap? ke? Ohh patutlah kak Amie selalu letak daun kari kalau ikan atau ayam goreng, sebab Firdaus suka. Berbaloilah tanam daun kari. Peminat ikan goreng, mestilah habis makan.
Suka tengok goreng-gorengan kak Amie, mesti ada hiasannya.
Ayam Tangkap tu nama resipi dari Acheh. Waktu je Acheh dulu kami dihidangkan dengan lauk Ayam Tangkap. Ayam yang siap diperap dengan rempah digoreng, sebelum diangkat masukkan daun kari dan daun pandan.
PadamSamalah, saya ingat ayam yang dibela & tangkap sendiri. Rupanya masakan Acheh..😂
Padam