Nasi Arab di Timbun Ikan Goreng
10:58 PGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa dilagi di pagi Jumaat, penghulu segala hari yang penuh keberkatan. Semoga rakan-rakan semuanya sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Minggu lepas Amie masak nasi Arab lauk ikan goreng. Setiap kali makan nasi Arab lauk ikan goreng mesti teringat pengalaman umrah kali pertama pada tahun 2014, kami singgah di Wadi Qudait dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah : Nasi Arab Mandi Wadi Qudait , Sentiasa Teringat Kelazatannya! Itulah untuk pertama kali kami dihidangkan nasi Arab berlauk ayam dan ikan goreng. Biasanya kita makan nasi Aran lauk ikan atau kambing, dan tak terfikir rupanya nasi Arab turut dihidangkan dengan lauk lain seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya.
Menu Nasi Arab Ikan Goreng ini terlebih ruangan pula ikannya sampai tak nampak nasi Arab di bawahnya! Tak apalah, gambar untuk suka-suka saja. Maklumlah suka syok sendiri kan ... ahaks!
| Nasi Arab Ikan Goreng |
| Sos Cili Daun Ketumbar |
| Sup |
| Nasi Arab Ikan Goreng |
Resipinya ada di sini: Nasi Arab Mandi Wadi Qudait , Sentiasa Teringat Kelazatannya! Sewaktu kami berada di Madinah pada 2022, sempat makan malam di Syariq Qurban. Kami mencuba menu Nasi Arab Hati Unta. Mutawwif kami pula, katanya sudah bosan dengan lauk kambing dan ayam. Jadi beliau memesan Nasi Arab Ikan. Amie lihat ikan goreng yang dihantar ke mejanya serupa dengan ikan temparing yang Amie goreng untuk lauk Nasi Arab yang dikongsikan ini.
Ta Allah! Tiba-tiba rasa rindu pula suasana di tanah suci. Mudah-mudahan ada rezeki jejak kaki ke sana lagi. In syaa Allah.
| Ihsan Nasi Arab Ikan Goreng ChafGPT |
0 comments