Segenggam Daun Kemangi : Haruman Terakhir Sebelum Api Dapur Dipadamkan
7:37 PTGMari kita bayangkan gabungan haruman daun selasih, sedikit limau purut dan angin segar selepas hujan. Itulah kemangi. Sukar diterangkan dengan tepat kerana aromanya perlu dihidu sendiri untuk benar-benar memahaminya.
Amie sendiri tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan aromanya dengan tepat. Setiap kali memasukkan segenggam daun kemangi ke dalam sup ayam, ia bukan sekadar wangi, tetapi memberi rasa segar yang menjadikan setiap hirupan kuah terasa lebih istimewa. Kadang-kadang Amie tambahkan daun kemangi dalam singgang ikan, sambal tomato dan juga sayur bening. Menu-menu seperti ini Amie temui di rumah adik ipar yang beristerikan keturunan Bugis.
Petang tadi Amie masak sup ayam dengan betik mengkal dan ditambah dengan segenggam daun kemangi di hujung masakan sebelum matikan api dapur. Masakan ini memang Amie biasa olah terutama sewaktu dalam pantang. Bonda selalu pesan supaya hirup sup betik untuk memperbanyakkan air susu. Sebenarnya resipi ini Amie cipta sendiri. Tak tahulah kalau ada resipi yang sama seperti masakan Amie. Amie hanya tambahkan bawang besar, bawang putih, sedikit halia dan lada putih tumbuk dalam sup ayam dengan betik mengkal. Kiranya daun kemangi dijadikan pengganti daun sup.
| Sup Ayam denga Betik mengkal & Daun Kemangi. |
| Daun Kemangi |
| Daun Kemangi |
Daun kemangi mengandungi minyak pati yang mudah meruap. Sebab itu, apabila dimasukkan pada penghujung proses memasak, aromanya kekal segar dan tidak hilang akibat terlalu lama dipanaskan. Jadinya, gabungan aroma kemangi dengan kemanisan betik mengkal dan kuah ayam menghasilkan rasa yang seimbang, ringan, bersih dan menyenangkan.
| Sup Ayam dengan Betik Mengkal & Daun Kemangi |
19 comments
First time pulak dengar daun kemangi ni...
BalasPadamDi tempat memang jarang ada. Tak pernah jumpa pun.
PadamSaya memang curious dengan daun kemangi ni. Alamak, nak membayangkan pun tak tahu macam mana sebabnya daun selasih pun tak pernah bau camne. huhu...banyak betul tak tahu ni.
BalasPadamBoleh juga ye dibuat ulam selain dicampurkan dalam masakan.
Agaknya kena bau sendiri baru tahu bau dia macam mana kan.
Sedapnya menghirup sup ayam panas dengan campuran buah betik ni. Mesti ada rasa manis tu. So far tak pernah lagi makan sup ayam campur betik mengkal.
Setakat ini memang Kak Amie belum jumpa pokok kemangi di Malaya. Yang ada biasanya pokok selasih.
PadamMacam tak pernah jumpa je. Masuk sini baru dengar
BalasPadamSaya bergaul dengan orang Bugis dan makan masakan mereka, baru kenal dengan kemangi.
Padamsuka lah baca penulisan kak amie..biar pun penulisannya tentang masakan tapi setiap ayat yang ditulis sangat rapi dan tersusun..
BalasPadamTerima kasih Zuraida.
Padam1st time tgk dlm sup ayam ade betik.Rare ni =)
BalasPadamSaya biasa buat sup begini. Ada rasa manis semulajadi.
PadamSedapnya nampak Sup Ayam Betik Mengkal & Daun Kemangi ni Kak Amie! Terasa kesegarannya walaupun hanya membaca penulisan Kak Amie. Terima kasih perkongsian resipi yang bermanfaat ni.
BalasPadamdepan rumah banyak buah betik..boleh la carik betik mengkal ni...itupun kalau PZ bagi petik..hahahahaha
Cubalah sesekali SA. Tambahkan lada putih. Segar!
PadamDaun kemangi saya selalu utk ulam atau lalapan di sini sebutnya. Kalau makan ayam penyet atau pecel ayam di JKT, sebagian kasih daun kemangi utk ulam nya.
BalasPadamKalau orang Sunda, suka makan daun kemangi Krn mereka percaya badan jadi harum
Saya pun nak belajar makan ulam kemangi biar badan jadi harum.
PadamSedapnya sup ayam + betik. Rasanya pernah makan sekali je sup macam ni. Pernah beli di nurseri pokok 3,4 kali pokok kemangi ni tapi itu la mati belaka semua. Tidak berjodoh sungguh
BalasPadamKami pun entah berapa kali tanam, mesti mati. Akhirnya beli sajalah.
PadamAduh... rasa macam terlalu puitis pulak nak menggambarkan rasa daun kemangi ni. Nampak gaya kena tengok, pegang dan hidu sendiri lah eh.
BalasPadamHahahaaa....saja jew nak bermain dengan kata-kata, bermadah pasal daun kemangi.
Padamkalau lauk mcm ni ada daun kemangi sy boleh mkn.
BalasPadamkalau nak ratah jd ulam tu tak kot tgk je hehehhee