Minum Lemon Madu Pahit Manis Dr. Bazrul
3:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Biasanya sebelum keluar briskwalk, Encik Suami akan minum Lemon Madu Pahit Manis Dr. Bazrul. Katanya, ringan dan segar rasa badan setelah keluar peluh. Kita sebenarnya cemburu dengan kesungguhan Encik Suami keluarkan peluh setiap hari sebab kita malas... ahaks! Tapi kita hendak juga amalkan gaya hidup sihat.
Hari ini kita cadang hendak semak kertas peperiksaan. Ada empat kelas semuanya tapi baru tanda sedikit. Kononnya awal pagi hendak ke pasar tani tapi batalkan hasrat sebab malas hendak bersiap... ahaks! Macam-macamlah hendak dipakai dan terpaksa ambil masa seperti hendak pergi ke ladang pula.
Jadi kita masuk dapur dahulu, sediakan sarapan. Selepas itu bolehlah sambung menanda kertas. Apabila penat menanda, berhentilah sebentar. Boleh tulis entri atau blog walking.
| Lemon madu Pahit Manis Dr. Bazrul |
Dulu kita letak dua hiris lemon dalam air panas, tapi sekarang lebih suka hiris nipis dan kecil-kecil. Kita hendak rasa masam dan pahit kulit lemon yang banyak khasiat itu. Apabila ditambah Madu Pahit Manis Dr. Bazrul, bertambahlah lazatnya minuman ini. Tapi menurut Dr. Bazrul jangan gunakan air panas sepenuhnya sebab nanti hilanglah khasiat madunya. Jadi, gunakanah air suam tapi lebihkan panas. Kira panas-panas manjalah gitu.
Untuk sarapan, Amie sediakan:
| Menu Sarapan |
| Bihun Goreng Udang Kering |
Rasa seperti lama sungguh tak goreng bihun. Pesan dengan Encik Suami, sebelum keluar briskwalk tolong rendamkan sebungkus bihun, udang dan ayam. Waktu Amie masuk dapur, bihun sudah kembang dan lembut. Teruslah carai perencah. Tumbuk bawang putih, bawang merah dengan udang kering. Sedap aroma perencah udang kering dalam kuali. Tambahkan sedikit lada putih tumbuk, tambah sedaplah rasa Bihun Goreng Udang Kering!
| Cucur Jagung + Udang |
Isi udang yang Encik Suami keluarkan dari freezer, Amie cincang dan tambahkan bawang besar, daun sup dan jagung. Bubuh sedikit tepung gandung dan sebiji telur. Tambahkan sedikit air agak-agak untuk lekatkan bahan. Cucur begini memang jadi rebutan anak-anak. Ketika kami sarapan, memang kena ingatkan Firdaus supaya tinggalkan untuk Fairuz. Fairuz pula masuk bilik air sewaktu semua menghadap sarapan!
| Air Lada |
Air Lada ini pula dimakan bersama bihun goreng. Kisarkan cili padi dengan bawang putih. Tambahkan banyak jus limau kasturi supaya kelihatan cair. Untuk rasa, letakkan garam / perasa pilihan. Boleh tambahkan gula juga ikut cita rasa.
Amie sengaja masak Sup Ayam + Betik + Jagung + Daun Kemangi. Nanti kalau tak sempat masak untuk makan tengah hari, bolehlah Encik Suami masak nasi dan makan dengan sup ini. Tapi, sewaktu sarapan semuanya meratah sup ayam ini termasuklah orang yang sedang menulis entri ini....hiks!
Oh ya! Encik Suami sarapan telur rebus, salad dan roti panggang dan semangkuk kecil sup ayam. Yang goreng-goreng dia tak sentuh.
1 comments
disiplin suami cikgu amie tu memang salute betul. kalau saya ni, sebulan buat mesti dah terkandas. banyak makanan yg menarik perhatian, tak lalu juga kalau hari2 makan benda2 rebus je huhu.
BalasPadamair lemon madu dulu saya selalu amalkan sebab nak kulit cantik :D