Ikan Lumahan Panggang Sumbat Sambal Tomato
7:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami memang sentiasa menjaga diet pemakanannya setiap hari. Dalam hal ini memang Amie berasa kagum sebab beliau sangat berdisiplin. Kalau dahulu, setiap kali makan jarang nasi dan lauk-pauk tidak habis, tetapi sekarang nasi selalu berbaki, dan lauk yang dihabiskannya hanya yang dimasak rebus sahaja.
Petang tadi Amie hendak panggang ikan lumahan, tetapi Encik Suami mahu ikan rebus dengan sayur. Amie kata boleh jew makan ikan panggang. Encik Suami bertanya semula : Gunakan minyak jugakah untuk panggang ikan? Amie jawab, sudah tentulah tapi sikit saja. Takut kulit ikan melekat di kuali dan tertanggal.
Encik Suami sudah keluarkan sayur sawi dan rendam ikan batu. Maknanya memang hendak makan nasi lauk ikan rebus jugalah.
| Ikan Lumahan Panggang Sumbat Sambal Belacan |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Masak Lemak Pucuk Paku |
| Singgang Ikan Batu |
| Nasi Putih & Telur Masin |
Encik Suami suruh panaskan baki telur masin yang disimpan dalam peti sejuk. Amie masukkan ke dalam rice cooker ketika nasi mula mengering.
Untuk segala jenis ikan sumbat termasuk sumbat sambal kelapa dan sambal belacan, sambal tomato dan sebagainya boleh klik link di bawah ini:
- Ikan Lumahan Sumbat Serondeng Udang
- Ikan Cencaru Sumbat Sambal
- Ikan Cencaru Sumbat Sambal Tomato
- Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Ikan sumbat belakang ini sebenarnya boleh gunakan ikan selain ikan cencaru. Amie pernah makan ikan tuna sumbat sambal kelapa sewaktu berkunjung ke Pulau Sakar beberapa tahun lepas.
Teringat sewaktu besan kami dari Gombak datang ziarah kami pada bulan puasa yang lalu, terdengar Encik Suami berkata kepada kedua-dua besannya :
- Di rumah ini banyak doktor yang jaga pemakanan saya.
- Orang lain makan sedap-sedap, saya makan rebus-rebus saja.
Mungkin waktu itu teringin makan seperti biasa, tetapi disebabkan keadaannya yang kurang sihat dan perlu kurangkan pengambilan garam dan minyak, terpaksalah ikut cakap 'doktor' yang menyediakan makanan hariannya.
Sekarang, Encik Suami sudah terbiasa dengan amalan pemakanan menyihatkan sehingga tidak sudi menjamah makanan bergoreng.... ahaks! Mudah-mudahan janji temu dengan doktor di penghujung Mei nanti akan membuahkan keputusan kesihatan yang lebih baik.
17 comments
Okeh... waktu untuk gugel ikan lumahan
BalasPadamSha pun google dulu ikan Lumahan tu ikan apa.. kikiki
Padamikan sumbat ini, apa jenis pun sedap.. Lama pula Sha tak buat masak lemak pucuk paku..
BalasPadamTelur masin tu pun sedap..
Semoga keputusan kesihatan suami kak Amie baik-baik sahaja.. Aamiin..
Bagusnya suami Kak Amie, betul2 berdisiplin jaga makan. Mungkin jugak masakan rebus tu dah kena dengan seleranya. Macam saya dulu2 suka makanan deep fry dan berkuah, tapi akhir-akhir ni saya lebih suka makanan digoreng dalam air fyer dan tak berapa berkuah.
BalasPadamMasak lemak dan singgang sedapnya Kak Amie. Bagus dan berdisiplin suami Kak Amie jaga makan.
BalasPadammasakan rebus-rebus kak amie pun menarik boleh buka selera makan..
BalasPadamBerdisiplin betul suami Kak Amie. Sy tengok gambar masakan Kak Amie pun dah terliur 🤭
BalasPadamSayur rebus, sambal belacan, ikan panggang... ni rasanya boleh menambah² nasi🤭
BalasPadamBagus juga jika dah ada yang jaga pemakanan ni, kita bolehlah tumpang makan yang sihat2 jugak, kan, Kak Amie. Semoga suami Kak Amie dikembalikan kesihatannya dan keputusan ujian doktor nanti bagus.
BalasPadamMoga terus sihat buat suami akak ya.... akak masak apa pun semua sedap rebus ke panggang tetap sedap
BalasPadamsinggang ikan batu bersayur nampak sedap boleh cuba ni
BalasPadamWah bagus lah enche Majid jaga betul diet seharian. Doktor yg jaga tu mesti garang sampai mengadu dgn besan. Semuga pemeriksaan nanti tip top resultnya
BalasPadamBerdisiplin suami kak Amie dalam menjaga makan. Saya masih caca marba lagi, iman belum kuat. Itu yang bila dapat keputusan ujian darah, selalu kena marah doktor. Nanti nak cuba makan lebih sihat, Insya-Allah.
BalasPadamSuami kakak macam papa saya. Disiplin soal diet. Sayapun belajar utk lakukan hal sama, tp sesekali saya msh cheating, terutama saat traveling. Cuma saya usahakan banyak berjalan saat travel.
BalasPadamKalau di rumah, saya memang jaga makan juga. Garampun dah mengurangi sangaat. Minyak goreng dah ganti ke olive oil . JD menumis, grill, saya pakai olive oil , tak lagi pakai minyak goreng biasa.
k amie pandai masak walaupun lauk rebus2 je semuanya nampak sedap2 belaka... buktinya suami k amie dah 'lupa' lauk-pauk bergoreng😀
BalasPadamwahh sedapnya ikan bakar sumbat! sekali sekala tukar selera rebus, makan yg bakar2 pulak
BalasPadamMasya-Allah, kagum betul dengan disiplin Encik Suami Kak Amie dalam menjaga pemakanan sihat. Bukan senang ya nak konsisten makan yang rebus-rebus saja dan elak makanan bergoreng. Lucu pula masa dia mengadu kat besan pasal 'doktor' kat rumah ni, hehe. Tapi itulah tanda Kak Amie sayang dan jaga kebajikan suami. Semoga janji temu dengan doktor hujung Mei nanti membuahkan keputusan yang sangat baik dan sihat hendaknya. Amin YRA.
BalasPadamNampaknya SA kena rujuk entry Kak Amie untuk SA disiplin makan atau masak makanan sihat ni...doakan SA kak