Cerita Hari Rabu
7:45 PTGKebetulan pula KOT diadakan sebaik sahaja selesai Peperiksaan Pertengahan Sesi Akademik. Para penoreh bertungkus-lumus melatih anak-anak getah di padang selain menyiapkan kerja-kerja menanda kertas. Pada hari Isnin lepas, sewaktu diadakan perhimpunan para penoreh turut membawa kertas untuk ditanda. Pendek kata, di mana ada peluang, di situlah para penoreh isi dengan sebaiknya tidak kira siang atau pun malam. Tarikh pengisian markah ditetapkan pada 23 Mei 2026 dan 24 Mei 2026 guru kelas wajib menulis ulasan.
Nak buat macamana? Mana boleh tunggu tamat KOT baru menanda kertas. Masa tidak menunggu! Kami bukan menanda jawapan objektif tapi jawapan struktur dan esei. Semua perkataan perlu dibaca dan ditanda.
| Terima kasih yang membidik gambar candid Jusna & Amie - AI |
| Carrot Slice & Iced Caramel Latte |
| Makan bertiga di Secret Recipe |
Oleh kerana gambar makanan yang diambil nampak jelek akibat cahaya kelam-kelam di SR, jadi Amie minta tolong ChatGPT susun semula makanan kami iaitu:
- Vietnamese Beef Noodle Soup
- Spicy Seafood Medley Pasta
- Country Fried Chicken
- Seafood Spring Roll
- Carrot Slice
- Iced Caramel Latte
| Hokkaido Baked Cheese Tart |
Amie tahu cara untuk mengurangkan stres yang baik, tetapi tindakan spontan itu tidak dapat dihalang. Amie minum tiga gelas air mata kucing dan makan dua biji cheese tart! Kadang-kadang makan sedikit makanan kegemaran itu tidak salah, asalkan seimbang dan tidak dijadikan satu-satunya cara mengatasi stres.
Walaupun stres tapi rasa seronok melihat kotak Hokkaido Baked Cheese Tart berisi enam biji tart pelbagai jenis yang dibawa pulang:
- Egg Tart Brulee
- Cheese Tart Chocolate
- Cheese Tart Duriah
- Cheese Tart Ori
- Cheese Tart Salted Caramel
- Cheese Tart Cookies & Cream
| Infografik 3D Hokkaido Baked Cheese Tart |
Jadi, siapa suruh turunkan arahan pada 20 Mei 2026 sebelah petang pula, dan suruh siapkan sebelum 20 Mei 2026. Maaf! Walaupun diri ini Saya Yang Menjalankan Amanah tetapi bukan robot untuk layan kerja gila!
23 comments
Semua orang dah cekap guna ai ni.... Jadi je!
BalasPadamKami kursus AI dari 2025. Kena gunakan dalam PdP.
PadamAlhamdulillah, selesai menanda terus ada hidangan istemewa kan..terbaik..teruskan usaha ya Cikgu..Selamat hari guru Amie's
BalasPadamTerima kasih Etuza.
Padamdah tiba masa pelajar diuji .UPSA
BalasPadamYa, harap semua cemerlang.
PadamTahniah & terima kasih atas dedikasi para guru. Baarakallahu lakum 🤲🏻
BalasPadamSekolah anak Sy pun habis je UPSA, terus sukan. Sepanjang minggu lepas & minggu ni berlatih & bersukanlah depa.
Kak Amie makin cekap berkarya dgn AI 👍🏻😁
Itulah gunanta kemahiran AI. Semya penoreh di ladang kamu wajib ikut kursus AI dari tahun 2025.
PadamSy rasa Kak Amie tengah addict dengan chatgpt skrg, hahahaha. Sedap2 makanan yang dimakan utk menghilangkan stress!
BalasPadamDari 2025 sebenarnya kami aplikasi AI untuk pengajaran dan pembelajaran di kelas. Semua penoreh wajib ikut kursus. Cuma akhir-akhir ini saja keluar idea untuk kongsi di sosmed.
Padambetul-betul mencabar tugas cikgu sekarang ya Kak Amie! Dah lah penat dengan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) dan menanda kertas UPSA, tiba-tiba datang pula arahan mengejut isi data calon SPM siap tarikh 'backdated' begitu. Memang boleh mengundang migrain! Tabah sungguh para pendidik. Selamat Hari Guru Kak Amie!
BalasPadamTerima kasih SA.
PadamSavar sajalah kan.... moga sabar itu buahnya manis.
Sebab tu la guru2 memang patut diraikan masa Hari Guru sebab tugas sebagai guru ni mencabar! Bukan setakat mengajar, kena menjayakan program dan aktiviti sekolah, kena buat kertas peperiksaan dan menanda jawapan. Salute dekat Kak Amie mampu bertahan dalam kerjaya guru 🫡 Saya ni tak punya kesabaran yang tinggi untuk jadi cikgu 😅
BalasPadamTerima kasih Carneyz. Sebenarnya tidak sabar untuk tinggalkan kerjaya ini. Tahun demi tahun ramai kawan penoreh yang bersara awal. In syaa Allah, saya pun akan ikut jejak yang sama tak lama lagi.
Padamada yg stres asik makan ja amie kan releks2
BalasPadamBetul Kak PI.
PadamSelamat Hari Guru buat Amie dan semua guru.
BalasPadamTerima kasih atas pengorbanan yang dicurahkan untuk mendidik anak2.
Terima kasih kembali.
PadamMoga semya anak didik cemerlang dunia san akhirat.
Sambil menunggu, periksa kertas juga, eh dpt tugas yg macam buat candi 1 malam ya kak 🤣🤣. Memang kadang2 si pemberi perintah tak pernah merasakan langsung, jadi bisa sesukanya kasih dateline tugas 😄
BalasPadamLangsung rinduuu dengan cake di SR. Ntar di KL harus mampir di SR lah, dah lama tak makan sana
Penat tu kak banyak kerjaan di padang pastu kerja hakiki tetap kene buat jugak. Banyak kedai makanan memacam tetap jugak SR jadi pilihan kalau dana pun... dia ada makanan malaysia, western, ada kek dan dessert .
BalasPadamKalau murid 3 orang bolehlah siap 20 bahagian tu.
BalasPadamselamat hari guru sis amie! moga blm terlambat utk ana ucapkannya ehehe.. tugas guru kini semakin mencabar :(
BalasPadamuhuhu betul jugak pasal emotional eating tu. bila kita stress, rasa nak cari makanan manis je pastu makan banyak2. kemudian jadi serbasalah sebab terlebih makan manis
BalasPadam