Teka Lima Beradik Guru & Selamat Bercuti
11:14 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Musim cuti sudah tiba. Masing-masing sibuk dengan perancangan sekeluarga. Jadinya sebelum tinggalkan dapur maya buat sementara waktu, Amie tinggalkan teka-teki kepada pengunjung setia Amie's Little Kitchen. Kali ini ada syaratnya iaitu hanya rakan-rakan blogger Malaysia sahaja yang boleh meneka. Hal ini untuk mengelak dari masalah pengeposan hadiah. Bukan blogger pun tak boleh ikut meneka ya.
Di bawah ini ada gambar infografik 5 Beradik Guru. Mereka adalah Amie sendiri serta empat beradik yang lain. Soalan yang perlu dijawab: Nyatakan mengikut urutan adik-beradik 5 Beradik Guru ini. Contohnya sebelah kiri bertudung hijau itu Amie : Teka anak nombor berapa di antara kelima-lima beradik. Dan begitulah seterusnya.
- Tudung hijau
- Tudung pink belacan
- Tudung purple muda
- Tudung maroon
- Tudung purple tua
| 5 Beradik Guru |
Maaf ya kawan-kawan. Tinggallah dulu. Jaga diri dan jaga kesihatan. Amie undur diri buat seketika untuk jalan-jalan melihat negara orang.
Jumpa lagi!
0 comments