Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan dan Ulam Rumpai Laut @ Latok
6:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apa cerita kawan-kawan di hari minggu? Amie duduk di rumah, merehatkan diri bermalas-malas sahaja. Teringat kata-kata tukang urut minggu lepas, selain stres badan kita juga sangat letih! Benar itu. Umur pun sudah menjangkau usia emas. Bawa-bawalah berehat.... ahaks! Kadang-kadang semangat saja yang besar tetapi terlupa hari demi hari kudrat semakin lemah. Jadi, berpada-padalah. Sudah habiskan tenaga di ladang, kembalikanlah tenaga sewaktu berada di rumah. Apa pun Alhamdulillah dengan anugerah kesihatan yang Allah kurniakan untuk menyambung hidup di ambang senja ini.
Tengah hari tadi Amie masak nasi berlaukkan Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan dengan ulam Rumpai Laut @ Latok. Amie tambahkan acar @ kerabu campur. Banyak bahan campurannya sebab hendak habiskan stok. Selain hirisan lobak merah, timun dan mangga, Amie tambahkan hirisan peria dan bunga kantan. Itulah acae @ kerabu kegemaran Encik Suami. Ada sedikit telur ikan putih, Amie goreng sahaja dengan bawang.
| Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan |
| Sambal Pencecah Latok |
| Acar @ Kerabu Campur |
| Telur Ikan Putih Goreng Bawang |
| Telur Masin |
| Nasi Putih |
| Ikan Tenggiri Panggang Daun Pandan |
Ikan tenggiri ini Amie perap dengan garam, halia, bawang putih dan asam jawa. Tambahkan serbuk cili dan serbuk kunyit. Renjiskan sedikit minyak dan balut dengan daun pandan. Kemudian panggang dalam kuali ajaib. Semerbak harum wangi pandan ketika dipanggang.
26 comments
Kecur liur tengok menu kak amie ni.
BalasPadamJemput Cie.
PadamMenu yang super
BalasPadamAda acaranya pula
Lengkap sudah
Nikmat
Alhamdulillah. Rezeki Allah.
PadamSedapnya menu Kak Amie....
BalasPadamTerima kasih SA. Jemput ye.
PadamSedap lauk pauk kak Amie masak. Saya suka juga kerabu campur macam tu. 😋
BalasPadamTerima kasih Nur. Jemput makan.
PadamHebatnya semua sajan terbaik..
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamSemua nampak sempurna di masak dengan ikhlas,,
BalasPadamTerima kasih.
PadamSemua yang nampak pasti berselera..
BalasPadamtelan air liur linda tengok ikan tenggiri panggang tu...sedap sungguh lah nampaknya...
BalasPadamsepanjang hisup ni, tak pernah cuba lagi latok tu
Jemput Linda. Latok tu memang ngam dengan ikan panggang.
PadamBlog Amie salah satu blog yang selalu bikin ngences sebab selalu kongsikan gambar makanan-makanan yang sedap. Macam boleh terbau aroma ikan tenggiri panggang daun pandan tu. Makan panas-panas dengan nasi putih memang ngam😋
BalasPadamTerima kasih.
PadamJemput makan ye.
Memang tak bisa tak lapar lihat ini 😍😂😂. Apalagi melihat telur asin yg kuningnya Masir atau basah begitu. Itulah yg sedap sangaaaat
BalasPadamIkan bakar pandan pun dah terbayang jika dimakan dengan sambal kecap, beuugh nikmat sangat kak
Ya, ikan bakar panas-panas memang enak banget makan dengan nasi dan sambal kicap.
PadamMenarik idea ikan panggang daun pandan tu..
BalasPadamYa, bagi naik aroma.
PadamMesti harum baunya tu kak.... nampak sedap je latok tu dengan pencicahnya
BalasPadamLatok memang sedap makan dengan pencecah, ratah-ratah gitu jew.
Padamkat sana telur ikan putih tu murah ya kak?
BalasPadamSama dengan harga ikannya. Kalau ikan sekilogram RM35.00 telurnya pun harga sama.
Padamterliur nya tengok ikan panggang tu......
BalasPadamlamanya tak makan latok! suka rasa dia crunchy2 dan cicah dgn sos warna hijau masam pedas