Ikan Lumahan Panggang Sumbat Sambal Tomato
7:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami memang sentiasa menjaga diet pemakanannya setiap hari. Dalam hal ini memang Amie berasa kagum sebab beliau sangat berdisiplin. Kalau dahulu, setiap kali makan jarang nasi dan lauk-pauk tidak habis, tetapi sekarang nasi selalu berbaki, dan lauk yang dihabiskannya hanya yang dimasak rebus sahaja.
Petang tadi Amie hendak panggang ikan lumahan, tetapi Encik Suami mahu ikan rebus dengan sayur. Amie kata boleh jew makan ikan panggang. Encik Suami bertanya semula : Gunakan minyak jugakah untuk panggang ikan? Amie jawab, sudah tentulah tapi sikit saja. Takut kulit ikan melekat di kuali dan tertanggal.
Encik Suami sudah keluarkan sayur sawi dan rendam ikan batu. Maknanya memang hendak makan nasi lauk ikan rebus jugalah.
| Ikan Lumahan Panggang Sumbat Sambal Belacan |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
| Masak Lemak Pucuk Paku |
| Singgang Ikan Batu |
| Nasi Putih & Telur Masin |
Encik Suami suruh panaskan baki telur masin yang disimpan dalam peti sejuk. Amie masukkan ke dalam rice cooker ketika nasi mula mengering.
Untuk segala jenis ikan sumbat termasuk sumbat sambal kelapa dan sambal belacan, sambal tomato dan sebagainya boleh klik link di bawah ini:
- Ikan Lumahan Sumbat Serondeng Udang
- Ikan Cencaru Sumbat Sambal
- Ikan Cencaru Sumbat Sambal Tomato
- Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Ikan sumbat belakang ini sebenarnya boleh gunakan ikan selain ikan cencaru. Amie pernah makan ikan tuna sumbat sambal kelapa sewaktu berkunjung ke Pulau Sakar beberapa tahun lepas.
Teringat sewaktu besan kami dari Gombak datang ziarah kami pada bulan puasa yang lalu, terdengar Encik Suami berkata kepada kedua-dua besannya :
- Di rumah ini banyak doktor yang jaga pemakanan saya.
- Orang lain makan sedap-sedap, saya makan rebus-rebus saja.
Mungkin waktu itu teringin makan seperti biasa, tetapi disebabkan keadaannya yang kurang sihat dan perlu kurangkan pengambilan garam dan minyak, terpaksalah ikut cakap 'doktor' yang menyediakan makanan hariannya.
Sekarang, Encik Suami sudah terbiasa dengan amalan pemakanan menyihatkan sehingga tidak sudi menjamah makanan bergoreng.... ahaks! Mudah-mudahan janji temu dengan doktor di penghujung Mei nanti akan membuahkan keputusan kesihatan yang lebih baik.
1 comments
Okeh... waktu untuk gugel ikan lumahan
BalasPadam