Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat
10:29 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu buat pengunjung setia Amie's Little Kichen. Apa aktiviti di hari minggu ini? Jangan lupa alas perut terlebih dahulu untuk mendapatkan tenaga agar segara urusan berjalan dengan lancar.
Pagi ini masuk ke dapur setelah empat hari tak berasap. Seperti biasa, masak rebus-rebus saja untuk Encik Suami. Amie buat Sweet Pepper Sumbat. Kemudian masak rebus bersama ikan salmon, putik jagung, brokoli, seafood mushroom dan tomato kampung. Nampaklah warna-warni sarapan kami pagi ini.
Firdaus hanya meratah sweet pepper sumbat dengan ikan salmon sahaja. Amie dan Encik Suami makan dengan bihun. Jadilah Bihun Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat.
| Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat. Kalau kita sediakan sendiri cili sumbat, bolehlah sumbat seberapa banyak inti yang kita mahu! Ratahlah sepuas-puasnya. |
| Bihun Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat |
Warna kuning oren kuah sup ini hasil daripada rebusan ikan salmon. Untuk rasa lebih lazat, tambahkan sambal cili padi dalam Bihun Sup Ikan Salmon dengan Sweet Pepper Sumbat.
Minta tolong ChatGPT buatkan gambat 3D.
| Terima kasih ChatGPT. |
0 comments