Sup Kambing VS Sup Ikan Tenggiri
8:40 PTGJom tengok apa menu Amie kongsikan pada hari ini. Mana tahu boleh dijadikan idea untuk hidangan keluarga atau menu berbuka puasa esok, lusa dan seterusnya.
Amie masak Sup Kambing. Sebenarnya sebelum hari raya puasa tempoh hari, macam-macamlah Amie beli untuk dimasak ketika semua anak menantu beraya bersama. Sayangnya, masa bersama tidaklah lama. jadi, adalah beberapa bahan masakan yang tak sempat diolah kerana waktu itu hampir setiap hari samada siang atau pun malam, ada sahaja jemputan rumah terbuka raya.
Antara bahan yang tak sempat dimasak termasuklah lamb sank yang kononnya Amie hendak jadikan nasi arab lamb shank. Memandangkan sudah hampir menjelang Hari Raya Korban, jadi Amie pun masak sahajalah lamb shank itu. Sekali lagi minta jasa baik slow cooker untuk merenih lamb shank perlahan-lahan sehingga masak sempurna.
Encik Suami pula, awal-awal lagi sudah keluarkan ikan dan sayur sawi! Biasanya kalau melihat Amie sibuk, Encik Suami akan masak sendiri lauk ikan dan sayur rebusnya.
| Hidangan Tengah Hari / Malam / Berbuka |
| Sup Kambing |
| Sup Kambing dengan Roti Panggang. |
| Air Mata Kucing |
| Sup Ikan Tenggiri |
0 comments