Makan Apa Yang Ada, Mana Yang Sempat
1:22 PTGHari ini, kelas tamat awal sebab hari Jumaat. Pukul 12:06 minit solat zohor di surau, dan selepas itu cari makan apa yang ada di kantin. Oleh kerana menu di kantin sama setiap hari, maka jemulah hendak isi perut di situ. Kadang-kadang, tunggu selepas selesai kelas tambahan, barulah cari makan. Kelas tambaan tamat pukul 3:30, jadi bolehlah terus solat asar sebab waktu asar masuk pada pukul 3:21 petang. Biasanya Amie akan ke Perdana Square membeli Roti Daging Diraja Cina yang masih panas selepas digoreng! Makan sekeping atau dua keping dalam perjalanan pulang ke rumah!
| Roti Daging Diraja Cina |
| Roti Inti Ayam |
Kadang-kadang ke Bandar LD, singgah di Dominos cari kudap-kudapan seperti Banana Kaya Dessert. Walaupun rupa parasnya tidak seindah mana tapi tetap sedap. Cerita tentang Banana Kaya Dessert ini teringat Fuad dulu pernah bekerja di Dominos sewaktu cuti semester di Johor. Katanya, paling banyak pelanggan memesan Banana Kaya Dessert!
Fuad hari ini berada di China. Hampir seminggu lamanya bersama majikannya mencari barang syarikat di Shanghai, Fujian dan Nanchang. Malam tadi, katanya dia naik bullet train ke Fuchou. Pandai-pandailah Fuad jaga diri ya.
| Paling menarik selera sudah tentulah Banana Kaya Dessert dan Ayam BBQ. |
| Encik Suami - Mix Soto Ayam. |
| Amie - Mix Soto Beef |
| Dagingnya banyak dan lembut. |
| Dilengkapi dengan udang segar dan bebola udang segar. |
| Wantan inti udang segar. |
Wokey!
Hendak gerak ke gereja, untuk laksanakan kelas tambahan.
Doakan sentiasa bertenaga berkongsi ilmu dengan anak-anak getah!
20 comments
sedapnya nampak Roti Daging Diraja Cina tu. macam tak pernah jumpa kat sini.
BalasPadamUntunglah ada ladang untuk dikerjakan.
BalasPadamSelamat menjamu selera.
Nampak sedap hidangan soto.
BalasPadamSemua hidangan nampak 😋 tapi Roti Daging DiRaja China tu memang menggiurkan
BalasPadamSoto tu menarik betul!
BalasPadamSelamat bertugas Kak Amie
Satu roti daging cina tu pun dah kenyang kan?
BalasPadamSotonya ada Macam2 kalau saya pun makan tu je. Selamat ber ladang semuga anak murid berjaya tahun ini.
BalasPadamKalau kat KL glemer mon beef roti. Saya pun suka roti daging cina ni.
BalasPadamClear soup betul kuah soto tu. Jarang nampak soto ada letak udang
Roti daging China tuh saya rinduuuuu yg di bukit bintang . Itu yg pertama kan, baru kemudian buka di tempat2 lain. Berhubung yg kakak makan saya belum coba JD tak bisa komen. Tp waktu roti daging ini buka di jakarta, beda brand, saya tetep lebih suka yg di bukitbuntang. Isinya lebih banyak. Yg di JKT lebih banyak bawang Holland. Tak suka jadinya
BalasPadamSaya ada makan roti goreng inti ada ayam dan daging. Satu saja memang sudah cukup kenyang. Jumpa di Ipoh, tempat saya tak ada jual.
BalasPadamTak pernah pula cuba banana kaya dessert dari Domino tu. Menarik untuk dicuba.
Semoga anak² getah menumbuh dengan baik.
BalasPadamJauh Fuad berkelana... mana² business sekarang memang banyak dengan China. Sama gak syarikat kami... beralih ke sana walau sebelum ini dengan Japan.
mix soto beef macam2 ada sedap tu
BalasPadamSedapnya roti inti tu kak... semua la nampak sedap, lagi la tengah mengantuk ni
BalasPadamMacam² makanan ada di Amie's Little Kitchen, ni. Sy tak pernah beli makanan lain di Domino's Pizza selain pizza, macam sedap aje makanan yg Fuad sebut tu.
BalasPadamsedap nmpk semua makanan ittewww., nyum2
BalasPadamSedapnya semua makanan
BalasPadamYang banana dessert macam menarik untuk dicuba. Selalu Cuya order pizza je kalau di Dominos. Sini pon Dominos dah tutup dah , taktahu la mana pergi. Bankrap ke? Entahh
walaupon roti daging tu agal viral, tp saya tak pernah rasa lagi..
BalasPadamRoti Daging tu sedapnya. Mix soto dll semuanya sedap nampak tu.
BalasPadamSilap baca entry ni pukul 2 pagi.. tetiba lapar hahahaha :P
BalasPadamMenyelerakan sungguh semua nampaknya...semoga yang baik2 je untuk anak didik dan guru yang mengajar
BalasPadam