Jerusalem : Kota Tua Yang Tidak Pernah Tua di Hati

11:02 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas melawat Masjid dan Makam Nabi Musa a.s, kami meneruskan perjalanan ke Jerusalem
Perjalanannya terasa begitu panjang dan sunyi. Kiri kanan jalan dipenuhi bukit-bukau yang gersang, berlapis-lapis tanah keperangan tanpa secalit kehijauan. Kawasan Padang Pasir Judea ini seakan tidak berpenghuni, hanya hamparan alam yang kaku dan ditemani langit luas yang membiru.

Sesekali, mata tertangkap lekuk-lekuk lembah yang sunyi, seolah menyimpan seribu kisah yang tidak terucap. Tiada deretan pokok, tiada rumah-rumah, hanya jalan yang membelah kesunyian. Angin yang bertiup dingin di musim sejuk menambah rasa hening, membuatkan hati jadi lebih sayu dan lebih banyak mendiamkan diri.

Dalam diam itu, terlintas bayangan perjalanan umat terdahulu, betapa bumi yang tandus ini pernah menjadi saksi ujian dan kesabaran. Perjalanan ini bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat lain, tetapi seolah membawa jiwa menyelami sejarah, mengajak hati merenung kebesaran dan kekuasaan Ilahi.

Pemandangan ini juga mengingatkan kita kepada perjalanan panjang Bani Israel suatu ketika dahulu, melalui kawasan yang mencabar, penuh ujian, tetapi sarat dengan sejarah dan ibrah.


Kedatangan kami ke Jerusalem disambut dengan hujan dan angin kencang. Musim sejuk ketika itu bertambahlah sejuknya apabila angin bertiup dan serasa akan menerbangkan kami !

Jerusalem ialah kota suci yang sangat penting dalam sejarah para nabi. Ramai nabi mempunyai kaitan langsung dengan kota ini samada tinggal, berdakwah, atau peristiwa penting berlaku di sana. Berikut kisah beberapa nabi yang berkait rapat dengan Jerusalem:
  • Nabi Ibrahim a.s.
    Baginda dianggap antara tokoh awal yang mengangkat kesucian bumi ini. Walaupun lebih dikenali dengan kisah di Mekah, baginda juga pernah menetap dan berdakwah di kawasan Syam termasuk Jerusalem. Dari keturunan baginda lahir ramai nabi yang kemudian tinggal di Jerusalem.

  • Nabi Ishak a.s. & Nabi Yaakub a.s.
    Nabi Ishak, (anak Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub, cucu baginda menetap di kawasan ini. Nabi Yaakub dikenali sebagai Israel, dan dari keturunannya lahir Bani Israel, umat yang ramai nabi diutuskan di Jerusalem.

  • Nabi Daud a.s.
    Baginda adalah raja dan nabi yang memerintah Jerusalem. Di zaman baginda, Jerusalem menjadi pusat pemerintahan dan ibadah. Baginda juga dikenali dengan suara merdu dan kitab Zabur.

  • Nabi Sulaiman a.s.
    Nabi Sulaiman, anak Nabi Daud ini membina Masjid Al-Aqsa, dalam bentuk awalnya. Di bawah pemerintahannya, Jerusalem mencapai kemuncak kegemilangan. Baginda diberi kelebihan menguasai angin dan jin.

  • Nabi Zakaria a.s.
    Baginda menjaga tempat ibadah di Masjid Al-Aqsa. Baginda juga menjaga Maryam, ibu Nabi Isa. Kisahnya banyak berkait dengan kehidupan di Jerusalem.

  •  Nabi Yahya a.s. Baginda anak kepada Nabi Zakaria. Baginda berdakwah kepada Bani Israel di sekitar Jerusalem. Dikenali sebagai nabi yang sangat suci dan berakhlak tinggi.

  • Nabi Isa a.s.
    Baginda banyak berdakwah di Jerusalem dan sekitarnya. Banyak mukjizat berlaku di sini. Dalam kepercayaan Islam, baginda tidak disalib, tetapi diangkat oleh Allah.

  • Nabi Muhammad ﷺ.
    Walaupun baginda tidak tinggal di Jerusalem, peristiwa besar berlaku di sini iaitu Isra’ dan Mikraj - Baginda dibawa dari Mekah ke Masjid Al-Aqsa sebelum naik ke langit. Baginda menjadi imam kepada semua nabi di sana menunjukkan kedudukan istimewa Jerusalem.
Antara pemandangan dari dalam bas sepanjang perjalanan ke Jerusalem.


 
Jerusalem bukan sekadar kota biasa, istimewanya Jerusalem adalah tempat pertemuan sejarah para nabi. Dari Nabi Ibrahim hingga Nabi Muhammad, kota ini menjadi saksi perjuangan tauhid dan dakwah.

Misalnya Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s., dua nabi yang menjadikan kota ini pusat pemerintahan dan ibadah. Nabi Daud a.s.  merupakan raja yang adil dan hamba yang taat. Nabi Daud bukan sahaja seorang nabi, tetapi juga seorang raja yang memerintah di Jerusalem. Baginda terkenal dengan keadilan yang luar biasa. Allah mengurniakan kepadanya suara yang sangat merdu apabila baginda membaca kitab Zabur, gunung dan burung turut bertasbih bersama.

Salah satu kisah menarik apabila dua orang datang mengadu tentang kebun dan kambing. Nabi Daud memberi keputusan berdasarkan zahir kes namun Allah kemudian mengajar bahawa ada penyelesaian yang lebih adil. Dari sini kita belajar walaupun seorang nabi, baginda tetap diajar oleh Allah untuk mencapai keadilan yang lebih sempurna.

Nabi Sulaiman a.s. merupakan seorang raja agung yang bijaksana. Baginda ialah anak kepada Nabi Daud dan mewarisi kerajaan tetapi dengan kelebihan yang lebih luar biasa. Baginda mampu memahami bahasa haiwan,  menguasai angin dan jin dengan izin Allah, memerintah kerajaan yang sangat luas dari Jerusalem dan terlibat dalam pembinaan Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa merupakan salah satu sumbangan terbesar Nabi Sulaiman ialah membina semula dan memperindah Masjid Al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa menjadi pusat ibadah utama Bani Israel dan tempat para nabi berkumpul serta beribadah. Hingga hari ini, ia kekal sebagai salah satu tempat paling suci dalam Islam

Satu hari, Nabi Sulaiman dan tenteranya berjalan melalui sebuah lembah. Seekor semut berkata kepada kawannya: Masuklah ke dalam sarang, nanti kamu dipijak oleh tentera Sulaiman.

Nabi Sulaiman tersenyum mendengar kata-kata semut itu.
Ini menunjukkan sifat baginda yang lembut, prihatin dan tidak sombong, walaupun memiliki kuasa besar.

Pengajaran dari kisah mereka ialah kuasa bukan untuk bermegah, tetapi untuk menegakkan keadilan. Ilmu dan kebijaksanaan adalah anugerah Allah. Pemimpin yang baik ialah yang rendah hati dan takut kepada Allah.

Sedikit demi sedikit, landskap mula berubah saat menghampiri Jerusalem. Dari tanah yang gersang, muncul tanda-tanda kehidupan—bangunan, manusia, dan suasana yang lebih hidup. Seakan satu peralihan dari sunyi kepada nyata, dari kosong kepada penuh makna.


Bas putih ini setia membawa kami ke tempat-tempat lawatan sekitar Palestin.

Buat pertama kalinya Firdaus berada di negara musim sejuk.


Firdaus menahan sejuk!

Firdaus teruja hendak kongsikan video ini bersama kawan-kawannya.



Kami berada di kawasan tinjauan pemandangan Jerusalem, Mount of Olives (Bukit Zaitun). Dari tempat duduk  batu bertingkat yang menghadap bandar, kami dapat melihat pemandangan yang sangat luas ke arah Old City. 


Hassan, tour guide Palestin sentiasa membantu memudahkan urusan kami menangmbil gambar.



Gambar ini merupakan kawasan perkuburan besar di Jerusalem di lereng Bukit Zaitun. Apa sebenarnya bentuk seolah-olah kotak putih itu? Sebenarnya ia adalah batu nisan berbentuk kotak yang menutup liang kubur. Kebanyakan kubur ini milik komuniti Yahudi,  bentuknya ringkas, segi empat dan disusun rapat-rapat. Tidak seperti kubur Islam yang biasanya tanah bertimbun, di sini batu dibina di atas permukaan.

Kenapa terlalu banyak kubur di situ? Bukit Zaitun ialah kawasan perkuburan yang sangat tua, berusia ribuan tahun. Di Bukit Zaitun, ramai tokoh besar dalam sejarah Yahudi dikebumikan, antaranya para nabi Bani Israel (menurut tradisi Yahudi), tokoh agama dan ulama Yahudi sejak beribu tahun, dan individu penting dalam sejarah Judaism. Menurut kepercayaan mereka, tempat ini sangat hampir dengan lokasi berlakunya peristiwa besar pada hari kebangkitan, sebab itu ia menjadi tempat perkuburan paling diidamkan.

Di sini terdapat tiga tradisi utama iiaitu Islam, Kristian, dan Yahudi dan  masing-masing berbeza cara pengebumian:
  • Kubur IslamTanah ditimbus sederhana.
    Ada batu nisan di kepala kadang tanpa nama besar, menghadap arah kiblat yang terdapat di sekitar kawasan perkuburan Muslim berhampiran Masjid Al-Aqsa
  • Kubur Yahudi seperti dalam gambar di atas.
    Batu kotak menutup kubur, disusun rapat dan memenuhi bukit, ada tulisan Ibrani pada batu. Tidak ditanam dalam seperti kubur biasa  dan lebih kepada struktur batu
  • Kubur Kristian selalunya ada salib. Ada yang berbentuk makam kecil atau ruang bawah tanah (crypt). Lebih hiasan berbanding kubur Islam.


Baik, kita sambung dengan kisah Nabi Isa a.s. di bumi Jerusalem yang penuh dengan ujian, kasih sayang, dan keajaiban. Kehidupan Nabi Isa a.s. bermula dengan kelahiran secara luar biasa oleh Maryam tanpa ayah merupakan satu mukjizat besar dari Allah. Sejak kecil, baginda sudah menunjukkan tanda kenabian. Membesar sebagai seorang yang penuh kasih, lembut, dan sangat dekat dengan Allah. Baginda menyebarkan dakwah di sekitar Jerusalem dengan  menyeru Bani Israel supaya kembali kepada tauhid dan mengajak manusia meninggalkan kezaliman dan kembali kepada ajaran yang benar Namun tidak semua menerima ajaran baginda. Ramai yang menentang kerana kedudukan dan kepentingan mereka tergugat.

Antara mukjizat Nabi Isa a.s. dengan izin Allah, baginda dapat menyembuhkan orang sakit, menghidupkan orang mati, membentuk burung dari tanah lalu hidup dan mengetahui perkara tersembunyi. Semua ini berlaku sebagai bukti kerasulan baginda dan bukan kekuatan sendiri

Semakin kuat dakwah baginda, semakin hebat tentangan yang dihadapi. Pemimpin-pemimpin ketika itu merancang untuk membunuh baginda kerana mereka berasa terancam dengan pengaruh Nabi Isa. Menurut kepercayaan Islam, Nabi Isa tidak dibunuh dan tidak disalib sebaliknya, Allah menyelamatkan baginda dan mengangkatnya ke langit


Dari kawasan view point di Bukit Zaitun (Mount of Olives), kami dapat melihat hampir keseluruhan  bandar Jerusalem termasuk Old City of Jerusalem dan Dome of the Rock di Masjidil Aqsa yang berkubah kuning itu.


Di kejauhan, kelihatan Masjid Al-Aqsa berdiri tenang., bukan sekadar masjid, tetapi saksi kepada perjalanan panjang iman manusia. Berada di Jerusalem bukan sekadar melancong tetapi  seperti berjalan di atas lembaran sejarah yang hidup. Bukit-bukau, jalan sempit dan batu-batu lama semuanya seakan berbisik : Di sinilah para nabi pernah menangis, berdoa dan berharap.



Di bumi anbia ini, kami dapat belajar satu perkara baharu  iaitu iman tidak lahir dari kesenangan, tetapi dari ujian.

Jerusalem - Coffee View


Petang itu, dalam dingin yang menggigit, bas membawa kami melalui jalan raya yang dibasahi hujan menuju ke tempat penginapan.

1 comments

  1. Menarik jika dapat berkunjung ke sini ya sebab sejarah nabi. Dapat melihat sendiri tempatnya pasti meninggalkan memori yang cukup indah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe