Makan Apa Yang Ada, Mana Yang Sempat
1:22 PTGHari ini, kelas tamat awal sebab hari Jumaat. Pukul 12:06 minit solat zohor di surau, dan selepas itu cari makan apa yang ada di kantin. Oleh kerana menu di kantin sama setiap hari, maka jemulah hendak isi perut di situ. Kadang-kadang, tunggu selepas selesai kelas tambahan, barulah cari makan. Kelas tambaan yamat pukul 3:30, jadi bolehlah terus solat asar sebab waktu asar masuk pada pukul 3:21 petang. Biasanya Amie akan ke Perdana Square membeli Roti Daging Diraja Cina yang masih panas selepas digoreng! Makan sekeping atau dua keping dalam perjalanan pulang ke rumah!
| Roti Daging Diraja Cina |
| Roti Inti Ayam |
Kadang-kadang ke Bandar LD, singgah di Dominos cari kudap-kudapan seperto Banan Kaya Dessert. Walaupun rupa parasnya tidak seindah mana tapi tetap sedap. Cerita tentang Banana Kaya Dessert ini teringat Fuad dulu pernah bekerja di Dominos sewaktu cuti semester di Johor. Katanya, paling banyak pelanggan memesan Banana Kaya Dessert!
Fuad hari ini berada di China. Hampir seminggu lamanya bersama majikannya mencari barang syarikat di Shanghai, Fujian dan Nanchang. Malam tadi, katanya dia naik bullet train ke Fuchou. Pandai-pandailah Fuad jaga diri ya.
| Paling menarik selera sudah tentulah Banana Kaya Dessert dan Ayam BBQ. |
| Encik Suami - Mix Soto Ayam. |
| Amie - Mix Soto Beef |
| Dagingnya banyak dan lembut. |
| Dilengkapi dengan udang segar dan bebola udang segar. |
| Wantan inti udang segar. |
Wokey!
Hendak gerak ke gereja, untuk laksanakan kelas tambahan.
Doakan sentiasa bertenaga berkongsi ilmu dengan anak-anak getah!
1 comments
sedapnya nampak Roti Daging Diraja Cina tu. macam tak pernah jumpa kat sini.
BalasPadam