Lobster Masak Lemak Tempoyak
9:41 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jumpa lagi setelah dua hari membawa diri nun jauh ke Tambisan, sebuah perkampungan nelayan di Daerah Lahad Datu yang menghadap Laut Sulu. Dari segi geografinya Tambisan terletak nun paling timur di Malaysia. Sudah tentu perjalanan ke sana memakan masa dan sangat mencabar. Walaupun masih dalam Daerah Lahad Datu, tetapi lokasinya sangatlah jauh. Hal ini kerana keluasan Daerah Lahad Datu itu sama besarnya dengan ukuran negeri Selangor!
Dalam entri lain Amie akan kongsikan perjalanan kami ke daerah yang masih mengekalkan alam semulajadinya ini.
Entri kali ini Amie paparkan menu Lobster Masak Lemak Tempoyak sahaja.
| Lobster Masak Lemak Tempoyak |
Video di tempat peliharaan lobster.
Kami menginap selama satu malam di Rumah Rakit Tambisan. Dalam perjalanan pulang menaiki bot ke pantai, kami singgah di tempat peliharaan lobster. Menurut penjual lobster di situ, mereka tidak menternak lobster sebaliknya lobster yang ditangkap akan diletakkan dalam bakul dan dimasukkan dalam kolam yang berjaring. Biasanya peraih lobster akan datang untuk membeli di situ.
Harga yang ditawarkan adalah mengikut jenis, saiz dan berat. Lobster berat 300 gram seekor dijual dengan harga RM100.00 dan berat melebihi 500 gram seekor berharga RM150.00. Ada juga mengikut jenis dengan harga RM130.00 sekilogram.
Amie beli empat ekor berat 1400 gram, berharga RM140.00. Sampai rumah lobster masih hidup. Tak sampai hati hendak terus dimasak, Amie masukkan dalam freezer. Bermalamlah lobster dalam freezer sehingga keesokan harinya. Hari ini Encik Suami genap puasa enam. Jadi bolehlah masak lobster untuk juadah berbuka puasa.
Cantiklah pula rupa kulit lobster ini.
| Lobster yang sudah dibelah - nampak warna isinya yang berbeza mengikut kulit. |
Amie masak lemak tempoyak. Oleh kerana tidak ada daun kunyit, Amie gantikan dengan nanas dan daun kaduk sahaja. Resipinya di bawah ini:
Bahan-bahan:
1 cawan santan pekat
1 cawan hirisan nanas
10 tangkai pucuk daun kaduk
1 keping asam gelugor - kalau dah cukup rasa masam tempoyak dan nanas, tak bubuh pun tak apa
2 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor - kalau dah cukup rasa masam tempoyak dan nanas, tak bubuh pun tak apa
2 batang serai - diketuk
2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
20 tangkai cili padi hijau / merah - ikut sukalah nak banyak atau sedikit - ikut kepedasan yang dikehendaki
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu besar tempoyak
4 cm kunyit hidup
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
20 tangkai cili padi hijau / merah - ikut sukalah nak banyak atau sedikit - ikut kepedasan yang dikehendaki
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
4 sudu besar tempoyak
4 cm kunyit hidup
Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar, serai, nanas dan tiga cawan air ke dalam periuk.
2. Setelah mendidih dan nanas layu, masukkan lobster diikuti dengan santan pekat.
3. Taburkan garam dan perasa pilihan.
4. Masukkan pucuk daun kaduk.
5. Kacau sehingga kuah mendidih dan pucuk daun kaduk berubah warna.
6. Padamkan api dapur.
0 comments