Sarapan Apa di Palestin?
10:10 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi pertama di Palestin kami menikmati sarapan di hotel dengan hidangan tradisional Timur Tengah. Ada hidangan shakshouka yang masih panas, dengan telur yang dimasak dalam kuah tomato berempah. Aromanya cukup membuka selera, apatah lagi apabila dicicah bersama roti pita yang lembut.
Turut disediakan nasi berempah ala Nasi Arab yang digaul bersama kacang kuda dan ditabur daun hijau segar. Rasanya sederhana tetapi penuh dengan keharuman rempah yang menghangatkan tubuh dalam cuaca sejuk pagi di Jerusalem.
Di sudut lain, terdapat juga roti bijan seperti ka'ak serta biskut kering yang rangup dipanggil rusk. Ada pelbagai hidangan mezze tradisional seperti hummus yang lembut dengan minyak zaitun, foul medames serta labneh yang berkrim dan menyegarkan. Turut melengkapkan hidangan pagi ialah salad segar yang rangup, hirisan keju dan daging, serta sedikit kek sebagai pencuci mulut. Walaupun kelihatan ringkas, setiap hidangan membawa rasa tempatan yang unik dan cukup memberi tenaga untuk memulakan hari.
| Hummus dengan kacang kuda. |
| Foul Medames |
| Labneh |
| Salad Arab |
| Hieisan timun. |
| Hirisan tomato. |
| Turkey & Beef Slice |
| Potongan kek. |
| Roti Pita |
| Ka'ak. |
| Rusk |
| Nasi Goreng Gaya Arab |
| Sosej |
| Telur Rebus |
| Shakshouka |
| Jom sarapan. |
| Bismillah |
| Firdaus masih membantu ahli rombongan lain membuat air panas dari mesin. |
0 comments