Dari Jericho ke Jerusalem - Singgah di Masjid dan Makam Nabi Musa a.s

9:19 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sambung catatan perjalanan selepas makan tengah hari di Al Rawdah Restaurant Jericho - 28 Disember 2025.

Lawatan kami seterusnya iaitu ke Masjid dan Makam Nabi Musa a.s. Riwayat hidup Nabi Musa a.s. sangat penting dalam sejarah umat manusia, khususnya dalam kisah Bani Israel. Baginda juga disebut dalam kitab Al-Quran sebagai antara nabi yang paling banyak diceritakan.

Nabi Musa a.s. lahir di Mesir pada zaman pemerintahan Firaun yang zalim. Ketika itu, Firaun memerintahkan agar semua bayi lelaki Bani Israel dibunuh kerana takut akan ancaman terhadap kekuasaannya. Atas ilham Allah, ibu Nabi Musa menghanyutkan bayi Musa ke Sungai Nil untuk menyelamatkannya. Baginda akhirnya dijumpai dan dipelihara oleh keluarga Firaun sendiri.

Ketika tour leader dan tour guide mengimbas kembali tentang riwayat hidup Nabi Musa, kami teruja untuk ke Mesir, melihat Sungai Nil tempat Nabi Musa dihanyutkan dan juga Bukit Tursina (Gunung Sinai) tempat baginda menerima wahyu (Kitab Taurat).

Maksud tulisan di atas : Masjid dan Maqam bagi Nabi Musa alaihis salam.


Perjalanan kami meninggalkan Jericho menuju ke Jerusalem membuka satu pemandangan yang cukup berbeza daripada apa yang biasa mata lihat. Di kiri dan kanan jalan, terbentang luas bukit-bukau yang gersang, tanahnya kering, berdebu dan hampir tiada kehidupan hijau.

Sekilas pandang, ia kelihatan kosong. Sepi. Seolah-olah tiada apa yang menarik untuk direnungi. Namun semakin lama memandang, semakin terasa ada sesuatu di sebalik kesunyian itu.

Bukit-bukau, batu yang berlapis, warna tanah yang pucat kekuningan, dan lekuk-lekuk semula jadi yang terbentuk sejak ribuan tahun dahulu semuanya seakan menyimpan kisah yang tidak terucap. Angin yang bertiup perlahan menambahkan lagi rasa sunyi, seolah-olah bumi ini sedang berbicara dalam bahasanya sendiri.


Ketika menghampiri Masjid dan Makam Nabi Musa, ia seakan-akan membuka satu sisi rasa yang sukar digambarkan. Laluan yang kami tempuhi dipenuhi bukit-bukau gersang, tanah berdebu dan angin sejuk yang menggigit seolah-olah membawa kami jauh ke masa silam.

Tiada deretan rumah, tiada kesibukan kota. Hanya sesekali terlihat kelibat manusia dari jauh, atau ternakan kecil yang meragut di celah tanah kering. Suasana di sini tampak sederhana, sekaligus menggambarkan ketabahan mengharungi kehidupan.

Dalam perjalanan itu, hati  tiba-tiba jadi sayu.

Bagaimana agaknya para nabi suatu ketika dahulu merentas laluan ini? Di bawah panas terik di musim panas, merentasi bumi yang sama gersangnya, dengan penuh keimanan dan kesabaran. Di kala malam menjelma, dingin sedinginnya! Laluan ini bukan sekadar jalan biasa, ia adalah saksi perjalanan manusia, sejarah, dan pengorbanan.



Melihat bentuk muka bumi di sini, teringat mata pelajaran Geografi Fizikal sewaktu di sekolah menengah dahulu. Kalau di kelas, hanya melihat gambar hitam putih tetapi sekarang dapat melihat dengan jelas kawasan separa gurun  atau disebut desert/semi-arid. Laluan ini dikenali sebagai Judean Desert  atau Padang Pasir Judea. Tanahnya kering, berdebu dan berbatu. Hujan sangat sedikit sepanjang tahun dan suhu boleh jadi sangat panas, terutama musim panas. Sebab itu bukit-bukau nampak gersang, pucat kekuningan dan hampir tiada pokok besar.

Mata puas menyaksikan hamparan bukit batu kapur dan bentuk hakisan. Bukit yang kami lihat bukan sekadar tanah biasa, tetapi terbentuk daripada batu kapur atau limestone. Akibat proses hakisan angin dan air sejak ribuan tahun itulah sebab bentuknya bergelombang dan kasar serta terdapat lekuk-lekuk seperti lipatan. Nampak seperti kosong atau tidak subur

Berbeza dengan kawasan lain di Palestin, air di sini sangat terhad dan hampir tiada sungai besar manakala tumbuhan yang ada hanya jenis tahan kering dan renek.

Namun Jericho sendiri unik kerana ia oasis, ada sumber air bawah tanah, sebab itu ada pokok kurma dan pertanian di situ. Namun begitu aktiviti manusia sangat terhad. Jarang  kelihatan rumah atau kampung dan kadang-kadang hanya  nampak khemah atau penternak. Hal ini kerana kawasan ini tidak sesuai untuk pertanian besar dan lebih kepada penternakan kecil seperti kambing dan biri-biri.

Biarpun nampak tandus, kawasan ini sangat penting dalam sejarah kerana ia merupakan laluan purba antara Jericho dan Jerusalem dan digunakan sejak zaman nabi-nabi.

Apa yang kami lihat sebenarnya sebuah keindahan alam yang keras, sunyi, gersang, tetapi penuh sejarah dan makna.


Masjid dan Makam Nabi Musa a.s.

Pintu masuk.



Pintu ini memang nampak sangat tua, tebal dan penuh sejarah dan itu sebenarnya ciri biasa bagi bangunan makam lama di Timur Tengah, termasuk di kawasan Makam Nabi Musa.

Menurut petugas yang menjaga makam Nabi Musa a.s, pintu ini diperbuat daripada kayu keras tebal, disusun dan dipaku dengan paku besi besar. Reka bentuk begini tahan lama berpuluh hingga ratus tahun. Pintu ini sukar ditembusi dan tidak mudah rosak walaupun cuaca ekstrem.



Penampilan  pintu usang itu sebenarnya hasil usia yang sangat lama. Ini termasuklah kesan cuaca gurun termasuk  haba, debu dan  kelembapan rendah serta penggunaan berterusan oleh pelawat dan jemaah

Menariknya, banyak tempat bersejarah sengaja tidak diperbaharui sepenuhnya untuk kekalkan keaslian sejarah dan memberi rasa jejak masa kepada pengunjung. Masuk melalui pintu seperti ini memberi satu pengalaman yang mendalam seolah-olah melangkah dari dunia moden ke dunia lampau, mengingatkan tentang perjalanan dakwah Nabi Musa a.s. yang penuh cabaran


Di balik dinding yang usang dan suasana yang serba sederhana, tersimpan peringatan yang sangat mendalam tentang kehidupan, tentang perjalanan, dan tentang kembali kepada Yang Maha Esa.

Pintu ini bukan sekadar laluan masuk, tetapi sempadan antara dunia kini dan kisah silam. Di Makam Nabi Musa, kita dapat belajar bahawa setiap kesan usia menyimpan hikmah dan setiap perjalanan iman menuntut kesabaran seperti yang dilalui oleh baginda.




Sebaik melangkah masuk, suasananya sunyi tetapi tidak kosong. Di satu sudut, terdapat tulisan kaligrafi Arab yang terukir kemas di dinding dengan ayat-ayat suci yang mengandungi Surah Al-Fatihah, doa dan pujian kepada Allah. Tanpa disedari, mata ini membaca, dan hati perlahan-lahan ikut berzikir.

Tulisan ayat-ayat suci yang terukir di dinding makam itu seakan tidak pernah diam walaupun kawasan sekelilingnya sunyi dan gersang, kalam Allah terus berbicara menyambut setiap pengunjung yang hadir dengan doa dan peringatan tentang kehidupan yang sementara.



Kami juga sempat memasukkan sedikit sumbangan ke dalam kotak derma. Bukan kerana banyaknya nilai, tetapi kerana rasa ingin berkongsi dan menghargai tempat yang penuh sejarah ini.

.
Makan Nabi Musa a.s.




Di mimbar Masjid Nabi Musa.

Mendengar penerangan daripada tour guide, Hassan.



Tulisan dalam gambar di atas adalah petikan hadis Qudsi yang berkaitan dengan kewafatan Nabi Musa a.s. Maksud ringkasnya:

Dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).

Kemudian disebut:
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Musa a.s. apabila didatangi malaikat maut, baginda menolak (tidak mahu dicabut nyawanya ketika itu). Lalu Allah memerintahkannya supaya meletakkan tangannya di atas badan seekor lembu, dan setiap helai bulu yang disentuh akan diberi tambahan umur setahun.
Namun Nabi Musa bertanya: “Selepas itu bagaimana?”
Dijawab: “Kemudian tetap mati.”
Maka baginda berkata: “Kalau begitu, sekaranglah waktunya.”
Baginda kemudian memohon agar didekatkan dengan tanah suci (Baitulmaqdis) sejauh lemparan batu.

Di akhir hadis, Nabi Muhammad ﷺ bersabda bahawa jika baginda berada di situ, baginda akan menunjukkan lokasi kubur Nabi Musa di tepi jalan berhampiran bukit pasir merah.

Makna tersirat:
  • Nabi Musa memilih untuk kembali kepada Allah tanpa memanjangkan umur walaupun diberi pilihan.
  • Mengingatkan bahawa kematian itu pasti.
  • Menunjukkan keinginan baginda untuk dekat dengan tanah yang diberkati.


Mari kita ronda-ronda seketika di persekitaran Masjid dan Makam Nabi Musa a.s.














Sebelum naik ke bas, kami jalan-jalan di bahagian tepi masjid untuk menyaksikan suasana padang pasir dan bukit-bukau saujana mata memandang. Suhu ketika itu terasa sangat sejuk apabila angin bertiup. Ketika itu kelihatan beberapa ekor kucing datang mendekat. Kami teringat roti khubz dan kebab yang dibungkus dari Al Rawdah Restaurant. Amie suruh Firdaus ambil roti tersebut di dalam bas.

Kucing-kucing yang datang mendekat!

Firdaus beri makan kucing!






Berakhirlan lawatan kami ke Masjid dan Makam Nabi Musa a.s. Sesungguhnya ziarah ini mengajar  sesuatu untuk direnungi bahawa keindahan tidak semestinya hadir dalam kehijauan dan kesegaran. Kadang-kadang, dalam tanah yang kering dan tandus, tersimpan ketenangan yang tidak kita temui di tempat lain. Dalam kesunyian, kita lebih mudah mendengar suara hati sendiri.

Dari bumi yang kelihatan kosong ini, kita belajar menghargai bahawa setiap tempat ada ceritanya, dan setiap perjalanan ada maknanya. Dan di antara Jericho dan Jerusalem, kami  menemukan satu rasa iaitu sunyi yang sebenarnya penuh dengan makna.

Perjalanan dari Jericho ke Jerusalem ini mungkin nampak biasa pada pandangan mata, namun jauh di sudut hati, ia meninggalkan rasa yang sukar dilupakan. Bumi yang gersang ini seolah-olah mengajar diri ini  untuk melihat dengan rasa, bukan sekadar dengan mata. Semoga setiap langkah yang dilalui di sini menjadi kenangan yang bukan sahaja indah, tetapi juga penuh makna untuk dikenang sepanjang hayat.



0 comments

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Jordan - Amman ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Palestine - Jericho - Baitul Maqdis - Hebron - Jerusalem ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~UAE - Sharjah - Dubai ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Salad Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe