Singgah Makan di Restoran Anjung Selera Ranau

9:20 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
21 Disember 2024, bersamaan pada hari Sabtu pukul 5:45 Encik Suami memulakan pemanduan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu. Jarak perjalanan LD - KK sejauh 400 kilometer. Namun begitu destinasi kami tidak sampai ke bandaraya Kota Kinabalu, hanya sampai ke Sepanggar iaitu di Borneo Tree House.

Sepanjang perjalanan hujan renyai-renyai mengiringi kami. Encik Suami tidak sedap perut, kita pun sama! Tiga kali kami singgah stesen minyak untuk melegakan perut. Kami tidak berani makan, takut perut tambah meragam. 

Sebenarnya Encik Suami ingin mengelakkan kesesakan jalan raya terutama sepanjang jalan dari Ranau menuju Kundasang. Itu sebabnya kami keluar awal dari LD. Pukul 12:50 kami singgah di Restoran Anjung Selera, Ranau. 

Oleh kerana hendak jaga perut yang meragam, Amie cadangkan makan masakan bersup sahajalah.


Makanan yang dipesan:
  • Nasi Putih & Ayam Goreng
  • Bihun Sup Campur
  • Bakso Campur
  • Teh Ais
  • Kopi O

Firdaus : Nasi Putih & Ayam Goreng


Oleh kerana semua meja makan penuh, kami duduk sahaja di bahagian luar yang menempatkan sebuah meja dan tiga buah kerusi. Tak sabar Firdaus hendak makan!

Bismillah.

Amie : Bihun Sup Campur

Encik Suami : Bakso Campur

Hirup kuah sup panas di kala hujan renyai dan suhu sejuk memang sanagat menyelerakan!
Sudah masuk kereta, Encik Suami kata, harga keseluruhan RM46.00. Kita minta resit. Encik Suami kata tak ada resit diberi. Tertanya-tanya juga berapa harga semangkuk Bihun Sup Campur dan Bakso Campur itu.


Sekarang kami berada di persimpangan jalan di pekan Ranau.   Arah ke kiri menuju ke Kota Kinabalu dan arah ke kanan menuju ke Telupid. Kami hendak meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu, dan terlebih dahulu kenalah melintasi Kundasang.



Jom perlahan-lahan memandu ke destinasi dituju.
Nampak langit mendung, awan warna kelabu.

17 comments

  1. Wah.. Kundasang tempat tumpuan pelancong... Moga ada rezeki jejak kaki ke sabah.. Aamin2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kundasang - Ranau selalu berlaku kesesakan jalan raya yang teruk.

      Padam
  2. Sedap menu nya sebab kami pun suka sup2. Kalau travel, perut tak selesa, nak makan kena hati2 kan Kak Amie.

    Last day 2024 dah ni. Moga sihat ceria selalu buat Kak Amie dan family.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Mulan. Itu pun Encik Suami sempat makan ubat juga. Syukurlah lepas makan di Anjung Selera perut tak meragam sampailah ke tempat tujuan.

      Padam
  3. Macam tak logik pulak harganya tu. Tengok muka Daus, sama reaksi muka Pak Inche tiap kali tunggu kita ambik gambar makanan, hahah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah SK. Tiada tanda harga dan tiada pula resitnya. Encik Suami sampai dua kali tanya, betulkah RM46? Jumlah itulah yang disebut sekali lagi.

      Padam
  4. Rm46 tu macam mahal jugak ye kak.... teko tu boleh keluar air ke kak?

    BalasPadam
  5. jauh juga perjalanan Amie, cantiknya replika teko dan cawan tu :)

    BalasPadam
  6. Comel pulak replika teko tu.. kiranya bulatan tu kat Ranau lah kan.
    Kalau kat Kundasang bulatan kobis.

    BalasPadam
  7. makan banyak2 Daus biar cepat besar heh heh

    BalasPadam
  8. Macam mahal je rm46 tu. Tapi nampak sedap makanannya tu.

    BalasPadam
  9. Macam mahal juga harganya tu...
    Daus ni cute la... Suka tengok gaya dia makan, kita pun tumpang berselera ahak 😁

    BalasPadam
  10. Suka sangat sup sup kat Sabah .oenuh perisa lada putih...berpeluh hirup

    BalasPadam
  11. Perjalanan dari Lahad Datu ke Sepanggar pasti memenatkan, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca hujan renyai dan perut tidak selesa. Bagus juga cadangan makan makanan bersup untuk menjaga perut. Semoga pengalaman di Borneo Tree House menjadi kenangan manis selepas perjalanan yang mencabar ni.

    BalasPadam
  12. sup di sabah wajib ada sambal cili merah tu, ui kicknya tu

    BalasPadam
  13. Banyak tempat-tempat menarik di Sabah yang KSarie tak pernah sampai. Kena masukkan dalam bucketlist ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe