Cerita Setengah Hari Sabtu
1:33 PTGBismillahirrahanirrahim.
Setelah hantar Firdaus ke sekolah untuk perjumpaan kokurikulum, Amie bersama Encik Suami singgah sarapan di Warung Al Amin. Amie memilih Mi Kari Udang manakala Encik Suami mengambil kuetiaw goreng dengan telur mata. Encik Suami minum nescafe susu, Amie minum coklat susu. Kami makan kuih karipap, kuih serabi yang harum wangi dan apam gula hangus.
Mi Kari Udang |
Karipap, serabi dan apam gula hangus. |
Kuetiaw goreng & telur mata. |
Betik Hawaian Solo |
Amie susun kuih-muih yang dibeli di dalam nyiru. Kemudian letak bawah tudung saji.
Selepas itu naik ke tingkat atas dan masuk bilik, konon hendak menulis entri. Baring-baring dulu tetapi terus terlelap! Apabila terjaga, terdengar suara Firdaus di bawah. Rupanya Encik Suami sudah ambil Firdaus dari sekolah. Kita pun turun ke dapur hendak masak nasi. Eh, Encik Suami sudah masak nasi rupanya.
Amie tanya Firdaus. Lapar tak?
Jawabnya : Daus sudah kenyang. Habis semua karipap Daus makan!
Jawabnya : Daus sudah kenyang. Habis semua karipap Daus makan!
Apabila kita buka tudung saji memang tidak tinggal sebiji karipap pun! Hanya ada sebiji kuih cempiang, sebiji nona manis dan beberap ketul kuih penjaram.
Patutlah apabila diajak makan nasi, Firdaus tidak mahu. Rupanya sudah kenyang makan kuih. Sekarang Firdaus sedang berehat-rehat. Pukul empat petang nanti akan menghadiri kelas tuisyen pula.
Sempat buka HP, nampak gambar Firdaus yang dikongsi oleh guru penasihat BSMM - Bulan Sabit Merah Malaysia ketika beraktiviti di dalam kelas.
Bergambar ramai sempena perjumpaan terakhir sesi 2024. |
Wokey!
Semoga ceria sepanjang hari ini.
Jumpa lagi.
2 comments
Terkejut tengok banyaknya Kak Amie beli kuih rupa²nya memang Firdaus suka makan kuih ya. Bagus betul, Daus. Sedap² nampak sarapan Kak Amie.
BalasPadamWah boleh kenyang dgn makan karipap saja ye Days... Kalau aunty nak juga nasi 🤭
BalasPadamGemuk² la using tu, puas makan tu...