Jalan-Jalan Cari Sayur, Terbeli Betik Hawaian Solo
5:24 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini tak berhasrat untuk beli buah-buahan memandangkan setiap hari gugur buah mangga udang di belakang rumah. Hari-hari jugalah Encik Suami buat jus mangga udang. Kononnya hendak cari sayur saja, tapi dalam peti sejuk masih ada sayur bayam dan labu manis yang dibeli kelmarin.
Jadi, jalan-jalan sajalah tengok-tengok kalau ada gerai jual isi lokan. Entah mengapa, susah sangat sekarang ini hendak jumpa lokan. Kita hendak masak lemak cili padi lokan dengan pucuk paku. Dan sampai ke hujung pasar, memang tidak ada sebiji lokan!
Kita bawa pulang betik Hawaian Solo!
Kenapa kita beli betik yang comel ini?
Setiap kali pulang dari menoreh memang terus ke dapur. Perut lapar wei!
Macamlah ada orang sediakan makanan di bawah tudung saji,
Kenapa kita beli betik yang comel ini?
Setiap kali pulang dari menoreh memang terus ke dapur. Perut lapar wei!
Macamlah ada orang sediakan makanan di bawah tudung saji,
Jadi kita pun carilah apa yang boleh dimakan. Jumpa biskut, makanlah biskut. Jumpa roti, makanlah roti. Jumpa tembikai, makanlah tembikai!
Minggu lepas kita beli betik Hawaian Solo yang belum masak, masih mengkal-mengkal begitu. Setiap hari, masaklah sebiji dua. Jadinya kita pun belah dan buang biji terus sudu masuk mulut. Jadilah alas perut yang lapar balik dari menoreh. Ada beza betik Hawaian Solo dengan betik yang biasa kami beli. Betik Hawaian Solo walaupun kecil tapi rasanya manis dan tidak pandai menipu seperti betik yang biasa kami beli. Betik saiz besar yang kami selalu beli adakalanya tawar hambar walaupun kulit dan isinya nampak cantik.
Betik Hawaian Solo |
Cantikkan isinya! |
Daun Kucai |
Nampak daun kucai, belilah seikat. Bolehlah nanti hiris-hiris campur dalam adunan cucur udang dengan jagung. Sedap juga kucai masak dengan sayur taugeh dan lobak merah.
Beli seikat pucuk paku, konon hendak masak lemak cili padi dengan lokan tapi tak jumpa lokan!
Cili padi memang wajib beli. Nak buat sambal belacanlah, sambal terung pipitlah.... apa-apalah.
Mangga Udang |
Pagi tadi sekembalinya kami dari pasar tani, Encik Suami kutip sebiji buah mangga udang yang jatuh ke tanah. Beratnya 2.203 kilogram. Oleh kerana sudah masak ranum, eloklah buat smoothie mangga. Tapi kena cari yogurt......
1 comments
Cantiknya pucuk paku tu! Yg muda² gitu sedap kalau dibuat kerabu 😋
BalasPadamKak Amie nanti kalau ada kesempatan ambillah gambar pokok mangga udang tu, teringin nak tgk buahnya yg bergayutan tu 🤗