Ikan : Berbau Nostalgia Zaman Kanak-Kanak
2:22 PTGAmie tinggal di asrama bermula dari tingkatan empat sehinggalah tingkatan enam atas. Kemudian bersambung lagi sewaktu belajar di universiti selama empat tahun. Jadinya, zaman kanak-kanak yang dilalui setakat usia 15 tahun, kerana Amie lahir di bulan November, hujung tahun. Usia 15 tahun satu bulan setengah sudah tinggal berjauhan di Klang. Rupanya sekejap sangat dapat bersama sepenuh masa dengan keluarga! Bertugas pula nun di LD dan terkahwin pula dengan orang sini.
Sudah tentu segala kerinduan berada di rantauan diubati dengan kenang-kenangan yang tercipta sewaktu zaman kanak-kanak!
Kembali kepada cerita ikan.
Banyak jenis ikan yang berbau nostalgia zaman kanak-kanak tidak atau jarang ditemui di LD seperti ikan gelama kepala batu. Tak apalah, balik kampung nanti boleh makan puas-puas. Hari ini jumpa ikan kerisi.
Bolehlah goreng lebih sedikit, dan bakinya dibiarkan 'menginap' satu malam. Esoknya akan timbul aroma yang berbau nostalgia zaman kanak-kanak! Ikan goreng garing yang menginap semalaman memang sangat sedap. Boleh makan dengan nasi, ubi kayu rebus atau lempeng.
Ikan Kerisi |
Ikan Tamban |
Ikan Kembung Pelaling |
Ikan Sulig |
Udang Kertas |
11 comments
Ikan berbau.. sy ingat ikannya berbau. Sekejap sangat 15 tahun masa bersama keluarga tapi banyak kenangan nya, Kak Amie. Kak Amie, ikan menginap semalaman tu, menginap di dalam suhu bilik atau dalam peti sejuk?
BalasPadamBiarkan saja di bawah tudung saji SK. Kalau masuk peti sejuk hilang aromanya.
PadamIkan Tamban tu berkawad satu².. elok pulak susunannya😁
BalasPadamWaktu menyusun ikan tamban tu teringat satu persatu nostalgia makan ikan tamban goreng zaman kanak-kanak.
Padamkemas jew kak amie susun ikan..nak masak tinggal amik satu2 senang keje..mesti setiap menu dah standby dalam kepala ni.
BalasPadamSatu jew menunya Zila...goreng hihihiii.
Padamcantik susunan ikan dlm bekas tu
BalasPadamanak-anak ammi yg berdua tu, duduk dirumah sehingga usia 12 je. Kyra pulak lahirnya pun dibulan 12...lebih kurang kak amie je. kawan lain dalam kelas dah nak beralih usia, dia baru nak mengejar dari belakang haha
BalasPadamlepas saya baca entry kak amie yg sebelum yg citer psl suka mkn ikan goreng dibiarkan semalaman tu, lps mkn malam ada ikn goreng sekor tak terusik, sy nk simpan dlam fridge, mak sy tak bagi. mak ckp biarkan je bwh saji, esk pagi mak nk makan dengan nasi pnas2. mak ckp suka bau n rasa dia. mak pun nk mengimbau nostalgia mcm kak amie jugak rupanya.
BalasPadamSaya tuh suka ikan sebenarnya, walaopun tak semua ikan. Di goreng garing lebih suka. Krn tulangnya pun JD bisa dimakan. Tapi saya tak pandai masaknya. 🤣. Krn itu tak pernah buat di rumah sejak asisten resign. Kalo nak ikan, jadi beli di kedai yg sudah jadi 😄
BalasPadamIkan tamban tu SA suka goreng garing2..ratah atau makan dengan nasi je kak..sedapnya...
BalasPadam