Sarapan Yong Tau Foo di Food Garden KLIA1
8:13 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Walaupun kami sampai di KLIA1 waktu pagi tetapi kami tidak terus terbang pulang ke Negeri di Bawah Bayu. Penerbangan kami pada sebelah petang. Hendak jadi cerita, kami terpisah pesawat. Jusna, Nano dan Gee akan menaiki pesawat Batik Air dari KLIA1 ke Tawau pada pukul enam petang. Amie pula, terbeli tiket AirAsia dan penerbangan yang dijadualkan pada pukul enam petang diawalkan ke pukul 5:20 petang.
Sementara menunggu waktu penerbangan, kami lepak di Food Garden dahulu.
Ketika ini jam menunjukkan pukul 8:39 pagi.
Masing-masing memilih yong tau foo sebagai menu sarapan.
Boleh pilih kuah seperti soy sauce, kuah tom yam, kuah kari atau kuah sup.
Agaknya teringin makan makanan berkuah sebab sudah seminggu makan makanan berempah!
Dari jauh macam terpikat melihat promosi Special Set Meal, tapi lain pula yang diambil setelah melihat pelbagai pilihan yong tau foo.
Yong Tau Foo Kuah Tom Yam. |
Yong Tau Foo Kuah Kari - RM24.10 sen. |
Kita pilih jus tembikai tanpa gula.
Rasanya tetap manis, dan nampak merah menyala!
Lama jugalah kami lepak di Food Garden, sehinggalah Abang Farid muncul bersama Aseeyah dan Hamzah. Perut pun sempat lapar semula. Amie beli nasi lemak dan fresh orange.
Nasi Lemak Telur Sebiji - RM6.70 sen. |
1 comments
sedap YTF kuah kari..belum pernah rasa...Hamzah tu cucu Amie ke?
BalasPadam