Sayur Gènjèr @ Keladi Senduk @ Paku RawanTumis Belacan

8:52 PTG

Sewaktu kita paparkan entri tentang sayur gènjèr di Beli Sayur Gènjèr (Keladi Senduk) di Pasar Tani, Faizah dari WIFE TO @ JALAN REBUNG minta kongsikan cara memasaknya.

Kelmarin petang Amie masak, dan sekarang Amie kongsikan resipinya.

Sayur Gènjèr @ Keladi Senduk Tumis Belacan

Sayur Gènjèr @ Keladi Senduk @ Paku Rawan

Untuk hilangkan rasanya yang sedikit pahit, Amie masak air hingga mendidih dan masukkan paku rawan kemudian terus tutup api. Balik-balikkan paku rawan seketika dan kemudian toskan. Perah paku rawan tadi sebelum ditumis.

Sayur Gènjèr @ Keladi Senduk  @ Paku RawanTumis Belacan

Resipi Sayur Gènjèr @ Keladi Senduk  @ Paku RawanTumis Belacan
Bahan-bahan:
  • 2 cekak sayur gènjèr - ambil bahagiannya yang lembut - potong sepanjang 3 cm 
  • 1 cawan udang kertas yang sudah dibersihkan 
  • 4 sudu besar minyak
  • garam / perasa pilihan
Bahan tumbuk:
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm belacan
  • 15 tangkai cili padi - boleh kurang / tambah ikut kepedasan yang dikehendaki
Cara memasak:
  1. Didihkan air secukupnya. Masukkan sayur  gènjèr dan terus padamkan api dapur. Balik-balikkan sayur gènjèr dan kemudian toskan. Bilas dengan air biasa dan perah.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga terbit aroma.
  3. Masukkan udang dan masak sehingga udang berubah warna.
  4. Seterusnya masukkan sayur gènjèr.
  5. Taburkan garam / perasa pilihan.
  6. Gaul beberapa kali dan biarkan seketika.
  7. Padamkan api dapur.


Sewaktu makan malam, Firdaus meratah tiga ekor ikan sulig goreng, Encik Suami meratah Sayur Gènjèr @ Keladi Senduk  @ Paku RawanTumis Belacan sampai habis. Sedap kot, sebab lama tak masak sayur gènjèr. Tidak adalah bakinya untuk dibuat bekal makan dengan nasi sejuk di ladang.

Cara memasak sayur ini boleh dipelbagaikan seperti masak lemak. Boleh bubuh pelbagai perencah seperyi ikan masing, ikan bilis, udang kering, sotong dan sebagainya.

6 comments

  1. rupa sayur tu lepas dah dimasak nampak mcm kailan pulak. udang menaikkan seri sayur tu hihi

    BalasPadam
  2. Macam best je.. Ada udang lagi.

    BalasPadam
  3. Nampak sedap tapi tak pernah makan :D
    Sedap tu sayur masak gini lawan dgn ikan goreng 😋

    BalasPadam
  4. Selalu nampak sayur ni kat pasar tani...sedap ye kak amie...boleh cuba la nanti

    BalasPadam
  5. selalu tgk orang masak, tgk kt tiktok orang Indonesia mcm sedap je masak genjer ni

    BalasPadam
  6. kalaulah rumah akak ni dekat, teringin sekali nak minta sedikit masakannya.. hihi

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe