Teka Berat Buah Mangga Udang
8:45 PGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat pagi dan semoga ceria sepanjang hari ini.
Selamat pagi dan semoga ceria sepanjang hari ini.
Jom cerita tentang mangga udang di penghujung tahun 2024!
Setiap hari gugur sebiji atau dua biji. Sudah tua atau terlalu berat, tangkai tak dapat tampung. Sejak dua minggu lepas ada yang gugur kerana sudah masak tetapi bondaslah sedikit bahagian yang jatuh itu. Dua hari lepas Encik Suami kirim dua biji ke Kota Kinabalu untuk Fairuz. Kelmarin ada sebiji di dapur. Entah gugur sendiri, entah Encik Suami petik. Apabila disentuh, agak lembut dan memang sudah masak.
Sehari dua ini Amie bawa mangga udang ke ladang, makan-makan dengan rakan penoreh getah.
Berbalik kepada mangga udang nan sebiji di dapur, Amie timbang. Jadinya, bolehlah buat main teka-teki:
- Berapa berat buah mangga udang dalam gambar di bawah.
- Sesiapa yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat, akan diberikan hadiah.
- Boleh teka dari sekarang sehingga tarikh tutup yang akan diberitahu kemudian.
Selamat meneka!
12 comments
sedapnya kak amie colek-colek kuah rojak mak bee...
BalasPadamsaya agak dalam 2kg nampak besar ni
Tak pandai nak meneka. Tapi sibuk nak teka jugak 😄
BalasPadamSaya teka 1.2 kg.
SA teka 1.7kg..Sedapnya mangga udang
BalasPadam1.8kg...besar btul buahnya
BalasPadambole teka byk kali ke....2.4 kg
BalasPadamSaya akan ambil jawapan yang pertama ya hehehee. Kedua dan seterusnya tidak dikira.
Padam2.2 kg
BalasPadam2.6 kg
BalasPadambesarnya buah mangga ni. syu teka dlm 2.2kg la.
BalasPadamSkrg Kak Ngah memang hantu pelam...x kisah pelam apa pun...tiap2 hari mesti makan pelam.. kita lock 1.95kg
BalasPadam2.8kg
BalasPadamBoleh teka sekali saja ye.
BalasPadamKalau lebih sekali, saya ambil jawapan kali pertama.