Menu Sarapan Gang Nasi Sejuk Minggu Ini
9:06 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Minggu ini bersamaan hari Isnin, Selasa dan Khamis ada Ujian Amali Sains SPM untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi. Gang Nasi Sejuk ada yang tidak dapat bersama-sama bersarapan di awal pagi kerana ada yang bertugas mengendalikan Ujian Amali Sains dalam ladang dan luar ladang.
Apa pun nasi sejuk tetap dijadikan menu utama!
Hari ini Jumaat, Mas bawa nasi sejuk lauk ayam goreng dan kari ayam.
Nasi Sejuk & Ayam Goreng |
Kari Ayam |
Julik bawa ayam (lupa tanya masak apa) dan juga sambal tempoyak petai.
Sambal Tempoyak Petai |
Nano bawa sosej, telur dan hirisan timun.
Sitti tidak boleh dipisahkan dengan telur dadar!
Nano bawa keropok papadom.
Amie bawa buah belimbing yang diperap dengan garam dan gula.
Sayur Lodeh |
Ketupat Segera |
Telur Rebus |
Sambal Udang |
Balik dari ladang, cari baki sayur lodeh dan ketupat segera.
Alhamdulillah! Makan lagi di rumah, seadanya!
Idea untuk bawa sayur lodeh bukanlah dirancang. Sebenarnya Amie hendak masak sambal tauhu dan tempe tambah kentang. Amie sudah masak sambal. Hanya hendak panaskan dan masukkan bahan-bahan tadi. Rupanya Encik Suami sudah buang sambal dalam periuk yang bertenggek atas dapur tanpa bertanya terlebih dahulu! Alasannya dia tak tahu kita masak sambal dan tinggalkan dalam periuk di atas dapur. Lain pula gayanya apabila bantu kemaskan dapur.... ahaks!
Apa kau rasa?
Setelah Encik Suami tunjukkan sambal tadi sudah masuk tong sampah, dan minta maaf barulah kita ada idea untuk masak lodeh. Hanya tambahkan hirisan kacang panjang, lobak merah, kobis dan suhun. Kita memang masak lebih sebab hendak dijadikan bekal ke ladang keesokan paginya.
Terpandang bungkusan ketupat segera, kita pun rebuslah 10 bungkus kecil. Sempatlah masak sambal udang. Paginya hanya panaskan dan rebus telur.
Hari ini Jusna belanja lima bungkus roti jala dan kuih-muih.
Kuih-muih dan pisang dibawa oleh Jusna, James dan Sinar.
Ada karipap, lumpia, epok-epok, dan popia.
Telur Dadar |
Hari Khamis, Sitti dengan telur dadar berpisah tiada.
Amie bawa sambal terung pipit dengan ikan bilis.
Sambal Terung Pipit dengan Ikan Bilis |
Amie sengaja tidak gaul ikan bilis. Sambal tumis di bahagian bawah bersama terung pipit. Ikan bilis sengaja diletak di bahagian atas supaya kekal rangup. Apabila hendak makan barulah digaul seperti gambar di bawah.
Sambal Terung Pipit dengan Ikan Bilis |
Putu |
Encik Suami belikan putu. Bawalah juga ke ladang sebab sudah ada ikan goreng baki makan malam. Rakan-rakan penoreh ramai yang minat makan putu dengan ikan goreng.
Oleh kerana setiap hari buah mangga udang gugur, jadi bawa sajalah ke ladang. Makan ramai-ramai memang sedap.
Jusna bawa kek gula hangus dan kek pisang.
James bawa popia dan kuih lenggang.
Hari Rabu, agenda sarapan nasi sejuk masih diteruskan. Amie bawa ikan pari masak lemak cili padi tambah tempoyak.
Mas bawa ikan lumahan masak singgang. |
Amie bawa buah mangga udang.
Nano bawa kerepek ubi.
Amie bawa roti sandwich inti sardin.
Kuih-muih yang dibawa oleh Jusna dan James: Onde-onde, kuih lenggang, popia, seri muka, karipap dan doraemon
Hari Selasa, Guda bawa ikan putih goreng dan tembikai kuning. Bertambahlah sedapnya dengan kehadiran nasi putih dan telur dadar!
Ikan Putih Goreng |
Tembikai Kuning |
Nasi Putih & Telur Dadar |
Amie bawa sambal ikan bilis rangup.
Bawa juga putu dan ikan goreng.
Ikan Belais @ Belawis Goreng |
Amie selalu sebut ikan belais @ belawis tetapi ada nama lain dalam bahasa Bajau. Lupa pula apa yang disebut oleh Sitti.
Isi limau, sudah dikupas. Boleh terus ngap masuk mulut! |
Nano bawa siew mai. Oleh kerana Nano bertugas untuk Ujian Amali Sains, tak sempatlah makan bersama kami. Nano makan duluan sebelum kami sampai ke kantin.
Hari ini James dan Jusna bawa kuih : Karipap, popia, aoam pisang, kuping gajah, epok-epok dan kuih lenggang.
Hari Isnin, hari paling sepi kerana hampir kesemua gang nasi sejuk bertugas. Amie bawa buras @ burasak bersama serondeng sambal ikan bilis dan ayam palekko, masakan sendiri.
Buras @ Burasak |
Ayam Masak Palekko |
Serondeng & Sambal Ikan Bilis |
Limau Madu |
Kuih-muih yang dibawa oleh Jusna dan James :
Atas - Seri muka, epok-epok dan doraemoon.
Bawah - Onde-onde, karipap dan popia.
Semoga ukhuwah di antara sesama gang nasi sejuk terus berpanjangan.
1 comments
Eh, kalau uncle tak cukup papdom banyak tu...
BalasPadam