Ikan Tongkol Masak Pindang Tumis

8:12 PTG

Jumpa lagi.
Hari ini makan tengahari ketika jam menunjukkan hampir pukul 6 petang. Selesai meeting online, terus bergegas ke dapur. Nampaknya ada yang sudi masak nasi walaupun beras dalam rice cooker belum kembang. Sempat kita masukkan sebiji telur masin. Tak tahu siapa yang masak nasi. Mungkin Fairuz, mungkin Encik Suami! Di sinki, ada bungkusan ikan sedang direndam. Ikan tongkol rupanya. Masih keras!  Kita pindahkan ke dalam bekas yang lebih besar dan tambah air supaya ikan terendam keseluruhannya. Tadi, separuh bahagian ikan saja yang terendam. 
Fairuz memang tidak berminat untuk masak ikan. Kalau ayam, memang lajulah kerjanya! Bila bab ikan, memang sanggup dia makan maggi untuk alas perutnya. Bukan tak makan ikan, tapi tak mahu masak ikan.
Solat Asar dahulu.
Kembali ke dapur semula. 
Terfikir-fikir, bila agaknya ikan tongkol ini dibeli sebab masih bulat belum dibersihkan! Bila diingat-ingat, rupanya kami beli di pasar Kunak! Lamanya.....! Patutlah sudah tidak nampak kesegaran ikan itu!

Ikan Tongkol Masak Pindang Tumis
 Untuk memudahkan kerja memasak, Amie olah jadi Ikan Tongkol Masak Pindang Tumis.

Ikan Tongkol Masak Pindang Tumis
Warna kuah pindang kelihatan sangat kuning, akibat campur kunyit hidup dengan cili padi merah! Cili padi hijau ada dua tiga biji saja. Nampak pekat pula kuahnya!

Inilah rupa ikan tongkol yang muncul secara tiba-tiba di atas sinki... ahaks! Ada 4 ekor semuanya, tapi Amie masukkan kembali dua ekor ke dalam freezer. Masak 2 ekor saja. Ikan tongkol jenis hitam ini isinya lembut. Memang ada beza rasa antara ikan tongkol jenis hitam dengan tongkol jenis putih yang rasanya sesuai dipanggil ikan kayu sebab isinya pejal dan agak keras. Nak bezakan tongkol hitam isi lembut dengan tongkol putih isi pejal dan agak keras tidaklah susah. Ikan tongkol hitam siripnya panjang seperti dalam gambar atas dan bawah. Manakala tongkol yang isinya pejal dan agak keras siripnya lebih pendek dan bahagian atas badan ikan berjalur-jalur.
Wokey!
Bahan-bahan yang digunakan untuk masak pindang sudah tersedia, jadi marilah kita masak.

Bahan-bahan:
2 ekor ikan tongkol - bersihkan - kerat 5 setiap seekor
2 batang serai - diketuk
1 labu bawang besar - mayang kasar 
2 keping asam gelugor - boleh gunakan bancuhan air asam jawa
4 biji tomato saiz kecil - belah 2
3 cawan air
4 sudu besar minyak
2 helai daun kunyit - siat dan simpul
garam / gula melaka / perasa pilihan

Bahan tumbuk / kisar:
20 biji cili padi merah  / hijau
3 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm halia
3 cm kunyit

Cara memasak:
1. Panaskan minyak. Tumis serai bersama bawang besar hingga terbit aroma.
2. Kemudian masukkan bahan kisar ke dalam tumisan. Tumis hingga pecah minyak.
3. Tuangkan air dan biarkan kuah mendidih.
4. Masukkan asam gelugor, gula melaka, ikan, dan tomato.
5. Masak selama 5 minit. Masukkan daun kunyit.
6. Perasakan dengan garam / perasa pilihan.
7. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Masakan pindang ikan ini Amie bubuh sedikit gula melaka sebab takut terlalu pedas, nanti Firdaus tak mahu makan pula!

Ikan Tongkol Masak Pindang Tumis
 Alhamdulillah.
Walaupun anak-anak tak suka masak ikan, tapi bila dihidangkan lauk begini menambah pula nasi dalam pinggan masing-masing. Melihat Firdaus berkali-kali meminta kuah pindang, rasa seronok pula sebab sekurang-kurangnya anak alaf 21 ini boleh terima masakan kampung terutama rasa serai, halia, dan kunyit itu!

5 comments

  1. Sibuk ya Amie, sedap ni msm mcm ni mkn dgn nasi panas2kan

    BalasPadam
  2. Hampir sama menunya
    Tengah hari ini wak ngadap lauk pindang rebus ikan parang.

    BalasPadam
  3. dana biasa ikan kerisi dengan ikan kembong je buat pindang... menarik jugak pindang ikan tongkol nih

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe