ADSENSE

Jumaat, 5 Jun 2020

Sotong Butter Telur Masin

Jom masak Sotong Butter Telur Masin.
Kalau makan di luar, memang kena berebut dengan anak-anak.... ahaks! Baru ambil dua tiga ketul, pinggan sudah licin! Baik buat di dapur sendiri. Puas makan. Berebut juga, tapi banyaklah juga kita dapat makan. 
Berebut itu tandanya anak-anak suka dan menandakan makanan itu luar biasa sedapnya...ahaks!

Bahan-bahan:
500 gram sotong - bersihkan - potong ikut saiz yang digemari - lumurkan dengan 1 sudu kecil garam - gaul dengan putih telur (1 biji) -  masukkan 4 sudu besar tepung jagung - gaul sebati 
4 pelepah daun kari - lurutkan
10 biji cili padi merah - hiris kasar
5 biji cili padi hijau - hiris kasar
3 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris
4 sudu besar mentega
4 sudu besar serbuk telur masin
3/4 cawan susu cair
1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
minyak

 Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak. Angkat dan toskan.
2. Panaskan mentega hingga cair.
3. Masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, cili padi hijau, cili padi merah dan daun kari.
4. Kacau hingga terbit bau.
5. Kemudian masukkan serbuk telur masin dan kacau sebati.
6. Seterusnya masukkan sotong, dan tuangkan susu cair.
7. Gaul rata, dan taburkan Maggi Cukup Rasa.
8. Kacau sekali dua. Padamkan api dapur.

Sotong Butter Telur Masin merupakan menu paling digemari Abang Farid. Kalau hendak balik ke LD, mesti Abang Farid senaraikan Sotong Butter Telur Masin sebagai menu utama pilihannya!

7 ulasan:

asyifamustaffa berkata...

Selalu ayam jer nmpk resepi ni, guna sotong pun menarik gak ye kak.

ShirVen berkata...

Seapnya. esok nak ke market cari sotong, bahan lain semua dah ada

TukangKebun berkata...

Memang berebut ni kak...
Alahai ni yang buat kena cari Sotong ni... Tapi kena displin diri dulu kerja banyak tertangguh sobsobsob.

Azhafizah MN berkata...

Boleh cuba ni..Biasa buat untuk ayam dan udang. Sotong belum cuba lagi

Ujie Othman berkata...

Uish..menggoda sungguh ni Amie!

Semut Senyum berkata...

Assalamualaikum. baru je beli sotong.. Waaa.. boleh try ni.

Unknown berkata...

Salam....serbuk telur masin beli kat mn. Tk pernah nmpk